Sumber:Malaysia Kini 2.0

Kerajaan akan mengklasifikasikan perbuatan mengintai dan menghendap sebagai jenayah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong berkata ia bagi mengelak atau mengundang perasaan terancam dan tidak selamat kepada mangsa.

Nampaknya kerajaan begitu serius dalam mewujudkan satu undang-undang baharu bagi menangani gejala tersebut.

Ia juga susulan selepas mendapat maklum balas dari pelbagai pihak berkepentingan termasuk badan bukan kerajaan dan orang awam.

 

Perlu Lindungi Mangsa

Menteri itu juga menjelaskan lagi bahawa perbuatan sebegitu boleh menyebabkan seseorang mangsa itu mengalami gangguan emosi dan mengganggu rutin kehidupan mereka, di samping boleh menjejaskan aktiviti harian termasuk pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga.

Sumber:Hello Sehat

Kes-kes seperti ini melibatkan mangsa adalah dalam kalangan wanita. Mereka akan menjadi mangsa kepada lelaki mata keranjang, gila seks dan sebagainya.

Ini adalah satu langkah baik untuk melindungi wanita daripada terus menjadi mangsa bagi lelaki yang mata keranjang ini.

Emosi wanita perlu dijaga, keselamatan mereka perlu dilindungi daripada lelaki-lelaki yang jahat.

 

Antara Negara Yang Melaksanakan Undang-Undang Menghendap Seseorang

Di Amerika Syarikat telah dilaksanakan undnag-undnag ini termasuk California, Florida, Alabama, Arizona, Connecticut, Hawaii, Illinois, New Hampshire, dan New York.

Selain itu, negara lain telah bermula memasuki kesalahgunaan online (atas talian) dalam penggubalan undang-undang anti-hendapan mereka.

Di Australia, Stalking Amendment Act (1999) termasuk kegunaan dari mana-mana bentuk teknologi untuk menyerang berkali-kali suatu sarasan sebagai bentuk-bentuk “hendapan jenayah.”

Di United Kingdom, Malicious Communications Act (1998) mengklasifikasikan siber-hendap sebagai kesalahan jenayah.

Sumber:FMT

Menurut Liew, negara luar telah lama melaksanakan Undang-Undang Menghendap Seseorang dan tindakan diambil segera apabila laporan dibuat kepada pihak berkuasa, selain mengenakan hukuman terhadap pesalah jika sabit kesalahan.

Ketika ini, katanya, undang-undang sedia ada di negara ini tidak mengambil sebarang tindakan berdasarkan perbuatan mengintai atau menghendap memandangkan ia sukar untuk dibuktikan kecuali jika perbuatan berkenaan telah mengakibatkan kecederaan fizikal terhadap mangsa.

Jenayah moden ini boleh bermula hanya dengan gangguan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), media sosial, panggilan telefon dan juga emel.

Liew berkata jenayah itu juga boleh merebak kepada mengekori dan seterusnya menimbulkan rasa takut dan terancam kepada mangsa.

 

Kes Yang Pernah Berlaku

Pada 2012, seorang jurujual didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur gara mengintai seorang wanita membuang air kecil dalam tandas.

Sumber:mStar

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Bobby Ng Hock Ann, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai wanita berusia 33 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan wanita tersebut.

Pada 2016, seorang pencuci tandas warga Indonesia dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana mengintai seorang jururawat di dalam tandas sebuah klinik kesihatan.

Sumber:Sarawakvoice

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ricky Jandriadi, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah mengintai jururawat berusia 24 tahun itu dengan niat mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan mangsa.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pada 2017, seorang bekas pengawal keselematan dihukum penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya akibat mengintai bawah skirt seorang wanita.

Sumber:dialog rakyat

Majistret Salamiah Salleh menjatuhi hukuman itu ke atas Uzir Muhamad, 52, selepas dia mengaku bersalah mengintai bawah skirt seorang pereka laman web berusia 26 tahun dengan tujuan mengaibkan kehormatannya.

Pada November 2018, seorang wanita tergamam apabila melihat sekeping cermin tiba-tiba ‘muncul’ menerusi tingkap bilik air rumahnya di Tudan Miri.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun ketika itu sedang mandi sebelum menyedari diintai oleh seorang lelaki.

Sumber:NSTP

Sumber memberitahu NSTP, mangsa kemudian meminta abangnya memeriksa keadaan di luar rumahnya sebelum menemui seorang lelaki berusia lingkungan 50-an sedang bersembunyi.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 447 Kanun keseksaan.

 

Wajar Dilaksanakan

Sumber:Carigold

Melihat kepada kes-kes yang pernah berlaku di negara kita ini, undang-undang ini sewajarnya dilaksanakan dengan kadar segera dan hukuman yang berat dikenakan kepada mereka yang bersalah.

Sampai bila wanita akan terus dijadikan mangsa oleh golongan lelaki yang jahat ini. Sudah tiba masanya kerajaan ikut undang-undang yang telah dilaksanakan di negara luar.

Sumber:The Malaysian Times

Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia melibatkan maruah seseorang. Ia boleh dikatakan sebagai membuli mangsa. Sekarang zaman canggih, mereka akan rekod dan sebar di internet.

Betul, undang-undang di negara ini banyak dan boleh guna yang sedia ada, tetapi ia tidak cukup sekadar memenjarakan si pelaku dan diberi denda. Ia tidak akan menginsafkan si pelaku. Hanya hukuman berat dapat sahaja boleh menginsafkan mereka ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah undag-undang baru diwujudkan bagi kesalahan mengintai dan menghendap ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN