Mungkin ramai yang tertanya-tanya, samada individu biasa ataupun selebriti mengapa jumlah pengikut di laman sosial Instagram mereka berkurang. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah akaun mereka digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab?

Sumber : APK Pure

Baru-baru ini pihak Instagram dikatakan membuang mana-mana akaun yang dikenal pasti sebagai akaun palsu dan akaun yang tidak aktif.

Selain itu, mana-mana akaun yang dilaporkan memuatnaik gambar dan video yang kurang baik dan tidak senonoh turut akan dibuang.

Jika dilihat dari sudut positif, usaha pihak Instagram dalam menangani isu pengguna palsu dilihat boleh menyelesaikan banyak masalah yang berkaitan. Terutamanya bagi selebriti dan artis, yang dihidup mereka sering diperhatikan dan dinilai oleh masyarakat.  

Elak Budaya Kecaman Dari Berleluasa

Ramai individu membuat akaun palsu untuk mengkritik dan dalam masa yang sama melindungi identiti mereka. Perbuatan ini adalah tidak sihat kerana seolah-olah menganggu privasi dan kehidupan peribadi orang yang dikritik.

Selain itu, ramai yang mengikuti artis-artis dan selebriti-selebriti hanya untuk tahu gosip-gosip terbaru dan menimbulkan konflik dan bukanlah kerana meminati artis tersebut ataupun hasil karya mereka.

Faktor Bilangan Akaun Palsu Meningkat

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa sekarang ni sudah ada bisnes membeli pengikut di Instagram, dimana mereka menawarkan beberapa pakej dengan harga yang berbeza. Pembeli boleh memilih untuk membeli ratusan atau ribuan pengikut di Instagram mereka.

Boleh anda bayangkan, betapa terdesaknya seorang individu sampai perlu untuk membeli pengikut. Apa yang menyebabkan bilangan pengikut yang ramai itu penting? Bagi individu yang mempunyai pengikut yang ramai, ia turut membuka peluang bagi mereka menjadi ‘influencer’ bagi sesuatu produk.

Zaman sekarang, dengan hanya mempunyai laman sosial sahaja anda boleh membuat duit. Asalkan setiap post anda menerima ‘like’ dan komen yang banyak sudah cukup untuk membuktikan kebolehan anda  menjadi seorang ‘influencer’.

Kerana ini juga, permintaan untuk membeli ‘followers’ ini meningkat.

Jadi Terlalu Terbuka Hingga Mengundah Padah

Kemajuan teknologi yang kita miliki sekarang turut mewujudkan masalah-masalah sosial lain yang boleh memberi kesan kepada individu dan masyarakat. Hampir setiap orang menggunakan laman sosial sebagai ganti kepada diari, dimana setiap aktiviti yang dilakukan akan dimuatnaik ke laman sosial.

Namun begitu, ada keburukannya apabila kita menjadi terlalu terbuka dalam berkongsi hal-hal harian. Contohnya, sebelum ni penyanyi Elyana yang sedang bertarung melawan kanser dikatakan menutup akaun instagramnya kerana tidak tahan dengan cemuhan dan kritikan orang ramai.

Sumber : Media Hiburan

Walaupun Elyana menerima sokongan dari peminat dan rakan artis namun masih ada segelintir individu yang kurang sensitif bertindak berkata perkara yang bukan-bukan kepadanya.

Siapa yang hendak disalahkan jika kehidupan peribadi yang anda sendiri umumkan dikritik dan dijadikan bahan jenaka dan kutukan. Nabila Huda melalui laman instagram menyeru artis-artis untuk tidak memaparkan kehidupan peribadi mereka di laman sosial lagi.

Sumber : Instagram Nabila Huda

Ini kerana dia merasakan bahawa orang ramai semakin menjadi-jadi dan menyalahgunakan platform tersebut. Banyak buruk dari baiknya. Dia juga mensarankan agar rakan-rakan artis menggunakan platfrom hanya untuk urusan kerja dan promosi hasil kerja mereka.

Apa yang dikatakan Nabila Huda ada betulnya, ada sesetengah netizen yang melampau dalam berkata-kata dan sewenang-wenangnya menghukum tindakan ‘public figure’ tanpa memikirkan perasaan dan sensitiviti mereka.

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, wajarkah pihak Instagram membuang akaun-akaun pengikut seseorang di laman tersebut tanpa sebarang notifikasi?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN