Bagi pengguna Instagram , pasti sudah tahu mengenai ikon ‘instafamous’ yang menjadi kegilaan terutamanya anak muda masa kini sehingga sanggup untuk melakukan perkara bodoh demi mendapat jolokon tersebut.

Sebagai contoh seperti ‘Awek Cendol’ yang merakam video bersama pasangannya sehingga viral, King Coco, Faiz Roslan dan ramai lagi.

Sumber: Alert TV Malaysia

Masakan tidak pendapatan sebagai instafamous boleh mencecah sehingga RM10,000 sebulan dengan hanya melakukan reviu berbayar. Mereka hanya perlu mempamerkan produk klien di laman instagram mereka atau membuat video pendek berkenaan produk tersebut.

Harga yang dikenakan serendah RM50 sehingga RM500 sekali iklan.

 

Merosakkan Industri Hiburan

Walaubagaimanapun, baru-baru ini pelakon dan pengacara wanita, Sarah Hildebrand meluahkan rasa tidak puas hati dengan lambakan instafamous yang dianggap merosakkan industri sekali gus menjejaskan masa depan golongan anak seni tempatan.

Sumber : Google

Katanya, ada yang menggunakan populariti dengan melakukan perkara bodoh dan memuat naik benda tidak berfaedah. Ramai yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.
Pelakon yang dikenali menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu turut mempersoalkan sumbangan instafamous ini pada industri hiburan tanah air?

Dalam Instagramnya, Sarah turut meminta orang ramai berhenti mempopularkan orang bodoh menerusi status berbunyi ‘Stop Making Stupid People Famous’ tanpa merujuk mana-mana instafamous.

 

Beri Tawaran Kepada Pengikut yang Ramai

Menurut Sarah juga, ramai artis dan pengacara yang berbakat dalam industri tidak menerima tawaran ekoran pengikut di laman instagram mereka kurang.

Sebaliknya tawaran tersebut diberikan kepada instafamous yang mempunyai pengikut ramai di media sosial walaupun belum pasti mereka boleh berlakon atau mengacara.

Keadaan ini akan menjejaskan pendapatan artis tempatan kerana instafamous ini menetapkan harga bayaran lakonan jauh lebih rendah.

 

Sarah Dengki Dengan Instafamous?

Dalam pada masa sama, adik ipar pelakon Shaheizy Sam yang juga merupakan instafamous, Syifa Melvin turut terkesan dengan kenyataan Sarah yang dilihat berbaur dengki.

Sumber : MHB TV

Katanya, sepatutnya perkara tersebut perlu dipandang dari sudut positif untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam diri bukannya melabelkan orang sebagai bodoh.

Katanya, Sarah tidak boleh menuding jari kepada instafamous kerana rezeki masing-masing telah ditetapkan oleh Allah. Tegasnya jika instafamous meletakkan harga murah keatas perkhidmatan mereka mereka, artis juga jangan letakkan harga melambung.

Malah tegasnya lagi, instafamous hanya mempunyai Internet sebagai platform mereka sebaliknya artis ada televisyen sebagai platform untuk mencari makan.

 

Realiti Sebenar Instafamous

Menjadi seorang instafamous bukannya sesuatu yang indah setiap masa. Dari luarannya, kita memang melihat kehidupan instafamous ini serba lengkap, bahagia, gembira, tetapi tahukah kita terdapat instafamous yang mengalami kemurungan gara-gara untuk membuat kandungan bagi produk yang mereka iklankan.

Bila menjadi instafamous, kehidupan mereka menjadi tumpuan dan ikutan umum. Masyarakat akan ternanti-nanti setiap hari kandungan bahan yang akan dikeluarkan. Perkara ini menimbulkan tekanan bagi seorang instafamous.

Sebab itu terdapat instafamous yang menghidap penyakit narsis yang mana perlu selfie setiap hari untuk memuat naik gambar di sosial media. Mereka ini akan pastikan setiap gambarnya sempurna kerana perlu meraih ‘like’ yang banyak.

Ada segelintir yang akan mengabiskan wang untuk membeli baju, kasut, beg baru bagi bersaing dengan instafamous lain.

Oleh itu, jangan melihat luaran kehidupan seseorang itu indah belaka tetapi sebenarnya penuh kedukaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju bahawa Instafamous rosakkan industri tempatan?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN