Di Malaysia majoriti dari rakyatnya menggunakan kereta konvensional iaitu menggunakan petrol untuk bergerak berbanding kereta elektrik atau hybrid kerana harganya yang jauh lebih murah.

Namun kereta konvensional ini memberi kesan yang besar dan buruk kepada alam sekitar kerana mengeluarkan gas berbahaya setiap kali minyak petrol dibakar semasa digunakan.

Sumber: Sinar

Disebabkan ingin memulihara alam sekitar, Greentech Malaysia di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan kerajaan telah bersedia mengumumkan insentif untuk mempopularkan kereta hibrid dan elektrik serta menggalakkan pengeluar tempatan.

Menurut pengarah unit mobiliti karbon rendah Greentech, Huzaimi Nor Omar ia membabitkan  semakan ke atas Dasar Automotif Nasional (NAP) dan Dasar Pengangkutan Negara (NTP) yang dicadangkan.

 

Objektif Galakkan Kereta Hibrid dan Elektrik

Insentif yang bakal diumumkan kerajaan sudah tentu mempunyai sebab tertentu yang memberi manfaat bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Kamarudin Jaffar dilaporkan berkata, satu daripada objektif NTP ialah melihat Malaysia berkembang ke arah ekosistem pengangkutan hijau.

Untuk pengetahuan, kenderaan elektrik hibrid adalah sejenis kenderaan hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman sistem rejangan dengan sistem rejangan elektrik.

Ia dianggap kereta masa depan kerana mampu dan berkesan menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama, ia hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah

Jika dilihat pencemaran udara semakin teruk berlaku di negara ini dan perkara ini perlu ditangani segera.

 

Kos Beli Kereta Hibrid/Elektrik TInggi

Tidak mudah untuk melaksanakan penggunakan kereta hybrid di Malaysia kerana kos adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi. 

Ketika ini, kenderaan elektrik sepenuhnya yang paling murah ialah Nissan Leaf berharga RM188,888,88.

Walau bagaimanapun, kereta hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang. Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta hibrid.

Malah , insentif ini juga mungkin menyebabkan kejatuhan harga berdasarkan kuasa pasaran.

Apabila lebih ramai pemain memasuki pasaran tempatan, saingan mungkin menurunkan harga kenderaan ini.

 

Cabaran  Dalam Penggunaan Kereta Hibrid/Elektrik

Namun terdapat cabaran lain lagi seperti satu kos menggunakan stesen pengecasan Greentech di mana pelanggan dikenakan caj RM240 setahun.

Pengarah unit mobiliti karbon rendah Greentech menyatakan kaedah bayar bagi setiap penggunaan yang merupakan amalan di pasaran lain, mungkin diperkenalkan di Malaysia.

Selain itu, perkara lain yang perlu diambil kita ialah menempatkan stesen pengecasan di kawasan luar bandar. Huzaimi mencadangkan penjana berkuasa suria atau angin digunakan di kawasan luar.

Anda jangan ingat tenaga kenderaan perlu diisi di stesen bahan api sebaliknya kenderaan elektrik ini boleh dicas di mana-mana tempat yang mempunyai sumber tenaga seperti pejabat dan pusat beli-belah.

 

Kelebihan Kereta Hibrid/Elektrik

Disebalik cabaran yang mungkin akan dihadapi tetapi masyarakat diluar sana perlu tahu akan kelebihan sekiranya menggunakan kereta hybrid atau elektrik ini.

Kereta ini secara jelas dapat menghindari diri kita dari menghidu gas toksik kerana kereta ini tidak mengeluarkan apa-apa karbon dioksida kerana bateri yuang digunakan hanya menggunakan hydrogen dan oksigen dimana sisa bateri ini hanyalah air.

Selain itu walaupun harga kenderaan tersebut mahal tetapi kos penyelenggaraannya rendah berbanding kereta konvensional yang perlu diselenggara dari semasa ke semasa.

Kereta hybrid juga bukan hanya kurangkan pencemaran udara tetapi juga pencemaran bunyi. Kereta elektrik menggunakan mekanisma ‘instant torque’ yang mana motor dalam kereta ini mempunyai pergerakan tork penuh. Sistem ini tidak membuatkan kereta berbunyi bising seperti kereta konvensional.

Selepas ini anda boleh mempertimbangkan untuk menukar kereta konvensional kepada kereta elektrik.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda akan mempertimbangkan untuk membeli kereta elektrik/hibrid sekiranya kerajaan umum insentif tersebut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN