Sumber: Malaysiakini

Apabila bercerita mengenai sukan, isu ini merupakan antara topik hangat dibincangkan masyarakat selain topik politik. Bukan setakat kisah menang atau kalah sesuatu perlawanan sukan, pemilihan jawatan dalam persatuan sukan juga turut menjadi perbincangan yang kontroversi.

Melibatkan Orang Politik Akan Menjadi Lebih Kontoversi

Lebih-lebih lagi kontroversi akan menjadi semakin panas sekiranya pertandingan jawatan tertinggi akan melibatkan orang politik bertanding. Ramai sebenarnya orang politik terlibat dalam pertarungan jawatan persatuan sukan sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang. Sebut sahaja Hasnul Zulkarnain, Shahidan Kassim, Annuar Musa, Subahan Kamal, Takiyuddin Hassan dan ramai lagi.

Tetapi nama-nama yang menjadi kontoversi sejak kebelakangan ini sudah semestinya Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Hasnul Zulkarnain.

Sumber: Kosmo

Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa orang-orang politik berebut-rebut untuk bertanding jawatan persatuan sukan. Adakah mereka benar-benar ingin membawa perubahan baru dalam  persatuan sukan atau mengidamkan sumber kewangan yang lumayan atau untuk mendapatkan pengaruh sekiranya diketepikan dari jawatan politik?

Tak Pernah Minat Sukan Pun Nak Bertanding

Ini memandangkan cara mereka melibatkan diri dalam sesuatu persatuan sukan juga agak misteri. Ada yang tidak pernah menyertai sebarang kegiatan persatuan, ada yang tidak mempunyai minat dalam sukan, malah ada juga yang tidak mempunyai latarbelakang sukan pun turut berebut-rebut jawatan dalam persatuan.

Terbaru, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Walau bagaimanapun, isu ini menjadi kontroversi setelah mendapat bantahan daripada salah seorang calon presiden berkenaan, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin.

Terdapat Tangan Ghaib

Ada yang mendakwa orang tertinggi dalam Majlis Sukan Negara (MSN) menjadi ‘dalang’ yang meluluskan permohonan ini. Masakan tidak, borang pencalonan yang dihantar KJ telah lewat sehari melepasi tarikh akhir penyertaan, tetapi tetap diluluskan pencalonan untuk bertanding pada Sabtu ini.

Sumber: Harian Metro

Isu ini menjadi semakin hangat apabila Datuk Seri Megat mengambil keputusan untuk membuat sidang media. Dalam sidang media tersebut, beliau menyatakan bantahan terhadap kelulusan yang diberikan, malah turut mendedahkan beberapa bukti penglibatan ‘dalang’ yang terlibat bersandarkan beberapa sumber seperti rakaman percakapan telefon serta pesanan Whatsapp berkaitan pemilihan MPM.

Sama ada benar atau tidak, penglibatan orang politik tetap akan menjadi sesuatu yang rumit. Perkara ini pernah dinyatakan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Oktober tahun lalu.

Kecenderungan Ke Arah Rasuah Tinggi

Semua orang tetap akan berasa risau sekiranya orang politik mengetuai badan sukan kerana kecenderungan untuk berlakunya rasuah dan penyelewengan sangat tinggi meskipun berkelayakan. Bukan untuk menuduh, tetapi realitinya berlaku dalam sukan bola sepak Malaysia sekitar tahun 1994. Ketika itu, kebanyakan persatuan bola sepak tempatan diketuai oleh orang politik.

Sumber: Utusan

Begitu juga dengan prestasi persatuan sukan yang semakin merudum selepas dipegang oleh tangan-tangan politik. Kesannya, persatuan sukan gagal melahirkan atlet berprestasi tinggi yang akhirnya mengakibatkan kualiti sukan merudum.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah orang politik terlibat dalam persatuan sukan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN