Seorang lelaki di sebuah sekolah dikatakan tidak berpuas dengan seorang pelajar perempuan berbangsa india dan bertindak mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan lucah dirakam oleh salah seorang rakan sekerjanya baru-baru ini.

Identiti lelaki tersebut masih belum dipastikan samada dia merupakan seorang guru ataupun staf di sekolah berkenaan.

Tidak cukup dengan pelbagai isu berkait dengan penghinaan kaum dan agama, ditambah pula oleh seorang yang dipercaayai seorang guru sekolah. Sungguh memalukan. Bukankah guru-guru ini sepatutnya menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak muridnya.

Tindakan lelaki tersebut membuatkan ramai yang berang kerana bersikap perkauman dan melemparkan kata-kata yang tidak manis.

Jika benar individu tersebut merupakan seorang guru, adakah wajar dia berkata sedemikian kepada pelajarnya yang jelas bertentangan dengan etika dan adab sebagai seorang guru.

 

Masyarakat Millenial Malaysia Semakin Maju Atau Mundur?

Melihat kepada kes begini yang semakin meningkat, ia jelas menggambarkan sikap sebenar sesetengah masyarakat Malaysia di zaman yang serba canggih ini? Zaman sudah berubah, teknologi semakin canggih dan maju, namun mengapakah cara pemikiran kita seperti masyarakat yang tidak melalui proses peradaban.

Lihat sahaja cara kehidupan kita sekarang, tidak kira kaya atau miskin, jika nilai murni memang tidak ada dalam diri pasti setiap perlakuan dan tindak tanduk seperti orang yang tidak bermoral.

Ramai rakyat yang sibuk inginkan perubahan, menggesa kerajaan melakukan pelbagai perubahan kerana inginkan kemudahan dan kesenangan seperti yang ada di negara lain. Tetapi jika diri sendiri tidak mahu berubah, maka tidak bermakna la gesaan mereka ini.

 

61 Tahun Negara Merdeka, Jangan Gugat Perpaduan Negara

Kemerdekaan yang telah dicapai bukanlah sesuatu yang dimiliki dengan mudah. Perjuangan pahlawan-pahlawan melayu terdahulu dan Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman tidak wajar dicalarkan dan meletakkan keamanan dan kesejahteraan seolah-olah dihujung tanduk.

Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu yang sewenangnya memperkotak-katikkan nama sesebuah agama dan bangsa itu adalah tidak wajar dan selayaknya diberikan hukuman yang setimpal bagi menjadi pengajaran buat masyarkat Malaysia yang lain.

Peristiwa 13 Mei yang berlaku sebelum ini sudah cukup untuk dijadikan pengajaran. Identiti Malaysia yang terkenal dengan imej masyarakat majmuk dan berbilang kaum perlu dipelihara dengan baik.

Mahukah anda melihat generasi muda kita dari pelbagai agama bergaduh sesama sendiri kerana tidak mampu mengekalkan rasa hormat terdapat agama dan kepercayaan seseorang.

Setiap golongan masyarakat perlu belajar dan mengamalkan sikap toleransi dan menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain jika ingin Malaysia sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Sebarang salah faham dan masalah, janganlah dikaitkan dengan mana-mana agama mahupun bangsa. Siapa yang suka apabila kepercayaan mereka dihina sesuka hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA ORANG

/p>— Dani (@dncalifornia) March 22, 2019

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah individu berkenaan diberikan hukuman?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN