Semalam, tular di media sosial mengenai kisah penumpang teksi wanita yang melahirkan rasa tidak puas terhadap perkhidmatan teksi.
Apa yang menghampakan, teksi yang dinaikinya itu dipenuhi dengan sampah di serata tempat termasuk di belakang bonet.
Lebih parah lagi, dia juga mendakwa terpaksa berdepan dengan sikap kurang ajar pemandu teksi berkenaan dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu di Sri Pernama, Bandar Sri Permaisuri.
Perkongsian wanita itu secara tidak langsung mendapat perhatian masyarakat yang dilihat mengutuk perkhidmatan teksi yang ada pada masa kini.
Tidak kurang juga, ada yang menuntut supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil tindakan terhadap pemandu teksi yang sama sekali telah melanggar peraturan.
Laporkan Pada SPAD!
Berkenaan isu ini, penumpang terbabit difahamkan telah membuat laporan kepada SPAD.
Aduan tersebut dibuat bukan sahaja mengenai isu kebersihan tetapi juga sikap pemandu teksi yang berani mengugut penumpang.
Mengikut perkongsian wanita itu, selepas melihat keadaan teksi yang serba kotor, wanita ini mahu membatalkan perjalanannya dan memilih perkhidmatan Grab.
Namun kemudiannya diugut supaya membayar RM3. Sekiranya tidak, pemandu teksi terbabit akan membawa lari beg miliknya.
Ewah, sudahlah kereta kotor kemudian berani pula nak ‘pau’ orang.
Tabiat Buruk Pemandu Teksi Perlu Diubah
Kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga.
Zaman sekarang ini, kuasa viral itu sememangya hebat!
Sekecil mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu itu sekalipun sudah boleh diviralkan.
Inikan pula perkhidmatan seperti teksi, bas dan sebagainya.
Tidak hairanlah sekarang ini, kebanyakan masyarakat beralih arah menggunakan perkhidmatan seperti Uber dan Grab memandangkan perkhidmatan itu dilihat jauh lebih baik.
Meskipun industri teksi yang ada pada hari ini tidak seperti di zaman kegemilangannya, janganlah anda mengabaikan aspek kebersihan, etika berpakaian dan penggunaan bahasa.
Itu baru rakyat tempatan yang naik, bayangkan jikalau pelancong dari luar yang menaiki kenderaan ini.
Tidakkah malu?
Peranan Dan Tanggungjawab Pemandu Teksi
Dalam hal ini, tidak semua pemandu teksi di negara ini mengabaikan aspek kebersihan.
Ada sahaja yang mengikut peraturan ditetapkan SPAD serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sebagai pemandu teksi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengikut kod etika yang sudah ditetapkan pihak berkuasa dengan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, menjaga imej perkhidmatan, mengamalkan sikap mesra dan sopan dan memakai pakaian uniform kemas, tidak merokok di dalam kenderaan, menjaga kebersihan diri dan bersikap jujur serta amanah dalam menjalankan tugas.
Walau macam mana tertekan dengan kehidupan seharian sekalipun, keutamaan terhadap pelanggan itu semestinya perlu dijaga dengan baik.
Ini kerana mereka sudah membayar anda untuk mendapatkan perkhidmatan ini.
Jadi, anda juga perlulah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.
Mujur, wanita ini masih memilih perkhidmatan teksi berbanding perhidmatan lain.
Tetapi sayangnya, pemandu teksi pula bersikap sebegini…..
KATA ORANG
Yucks! Pengotor! Dah nmpk sampah sarap camni x payah lah naik
— ♡♥MekGeyBang♥♡ (@MekGeyBang) April 10, 2019
Ish pengotornya.. Macam mane lah rase penumpang teksi ni.. dah la nak bawa lari beg penumpang. https://t.co/14QW9sU4u1
— Ketuk Ketuk Ramadan (@KetukRamadan) April 10, 2019
Do improve your service first, blaming the gov won’t solve anything. Ni teksi pun kotor, attitude driver pun teruk and the most common thing is your service charge are more expensive than Grab. The power of purchasing is always determine by the quality. So what’s with the noise?
— nur susmeeta (@NurSusmeeta) October 21, 2018
teksi kotor & berbau, memandu macam ape entah. bila netizen pilih grab tahu pulak marah. 😬
— Rambut Ribut ⚡️ (@Qim_Ahmad) October 4, 2017