Bagi anda yang mempunyai akaun Facebook, perasan tak sekarang ini ramai di antara kita gemar menulis ruangan komen dengan ayat-ayat seperti “Wow Cool Post, Thanks For Sharing”, bukan?

Jika dilihat di setiap ruangan komen, ramai yang menggunakan ayat sedemikian sebagai tanda protes terhadap sesuatu posting tersebut. Tetapi ada pula yang menggunakan ayat tersebut yang dianggap satu trend tanpa mengetahui tujuan asalnya.

Jadi, timbul juga persoalan apa sebenarnya di sebalik penggunaan ayat-ayat sebegini. Adakah ia satu virus atau trend semata-mata?

 

Cara Mudah Dapatkan Gelaran ‘Top Tan’ ?

Dalam hal ini, ada yang berpendapat ayat sedemikian sebenarnya digunakan untuk mendapatkan gelaran ‘Top Fan’ atau ingin mengekalkan gelaran yang diperolehi mereka.

Sumber: Siakap Keli

Untuk pengetahuan semua, gelaran ‘Top Fan’ ini sebenarnya merupakan ciri baru yang diperkenalkan Facebook buat pengguna yang aktif dalam memberi komen dan apa jua reaksi terhadap sesuatu posting itu.

Semakin kerap mereka berinteraksi terhadap sesuatu perkongsian yang dibuat, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan gelaran tersebut.

Maka tidak hairanlah sekarang ini kita dapat lihat ramai pengguna media sosial menggunakan ayat yang hampir sama sahaja semata-mata untuk mendapatkan gelaran ini hingga memberi rasa kurang senang masyarakat.

 

Sebenarnya Bermula Dari Virus Spam

Sumber: DailyPedia

Ada di antara kita mungkin merasakan ayat sebegini sebenarnya sekadar trend semata-mata. Namun, penggunaan ayat itu sebenarnya bermula dari satu virus spam yang merebak ke sesetengah akaun pengguna Facebook.

Jadi, apabila ada pengguna yang tidak terkena akan virus tersebut, mereka melihat penggunaan ayat itu sekadar satu trend lalu mengikutinya sehingga ke hari ini.

Itupun, mujur virus spam sebegini tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna media sosial berbanding virus yang lain.

Apa-apa pun, sebagai pengguna media sosial, anda seharusnya lebih berhati-hati dalam mengikuti trend yang sering menjadi tular kerana adakalanya ia boleh membahayakan kehidupan kita dan orang di sekeliling juga.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda merasa penggunaan ayat "Wow Cool Post, Thanks For Sharing” ini sesuatu yang menjengkelkan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN