Dalam banyak-banyak pasangan selebriti, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen boleh dikatakan antara pasangan selebriti yang menjadi perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, kedua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah juga turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial dek kerana pasangan itu sering berkongsi telatah anak mereka untuk tatapan umum.

Namun baru-baru ini, Hairul dilihat memuat naik video di mana dia mendirikan anak keduanya,Alisa di atas tapak tangan sambil memegang kaki dan membiarkannya berdiri sendiri.

Meskipun ramai yang memuji daya kekuatan kaki Alisa, namun ada juga yang ngeri melihat aksi tersebut kerana bimbang tindakan itu akan menyebabkan bayi tersebut terjatuh.

 

Dapat Perhatian Dr Sheikh Muszaphar

Video yang dimuat naik Hairul itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen tetapi turut mendapat respon dari Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang bertindak menegur tindakan tersebut.

Sumber: Oh My Media

Menerusi komen tersebut, beliau yang juga pakar pembedahan ortopedik menasihati pelakon itu agar tidak melakukan hal sedemikian memandangkan tulang bayi masih belum kuat untuk menampung keadaan fizikalnya memandangkan dia belum lagi boleh berdiri sendiri selain boleh menyebabkan bahagian lutut bengkok.

Jelasnya lagi, bayi hanya akan bersedia untuk berdiri sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat.

Dalam masa yang sama, Dr. Sheikh Muszaphar turut menasihatkan kepada orang ramai tidak melakukan aksi tersebut pada anak mereka.

Bagaimanapun, apa yang lebih menjadi perhatian adalah komen oleh Dr. Sheikh Muszaphar itu telah dipadam di ruangan entri tersebut.

 

Apa Itu ‘Baby-Standing’?

Selari dengan peninggalan komen dari Dr Sheikh Muszaphar, ada juga dalam kalangan pengikut laman sosial meminta penjelasan lanjut mengenai ‘baby-standing’.

Jika kita lihat di media sosial, memang ramai di kalangan ibu bapa dilihat gemar melakukan aksi sebegini kepada anak mereka mungkin kerana mahu menguji kekuatan otot anaknya atau mahu berlagak ‘cool’.

Gambar sekadar hiasan

Tetapi, aksi sebegini sebenarnya boleh mengundang padah!

Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya menjadi kuat. Jadi, apabila ada ibu bapa yang melakukan aksi sebegini, ia secara tidak langsung akan mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut selain menyebabkan risiko tulang kaki membengkok seperti yang diperkatakan oleh Dr Sheikh itu.

Lebih malang lagi, sekiranya tersilap langkah, bayi anda boleh terjatuh dalam posisi terjunam yang boleh mendatangkan kecederaan di bahagian kepada dengan serius.

 

Pernah Lakukan Perkara Sama Pada Yusuf Iskandar

Sumber: Oh My Media

Jika diingat kembali, sebelum ini Hairul juga pernah melakukan aksi sama ketika anak sulungnya, Yusuf Iskandar masih kecil beberapa tahun lalu.

Kali ini, Hairul sekali lagi melakukan tindakan sebegitu kepada anak perempuannya Alisa Aisyah yang baru lahir pada Mei lalu. 

Dalam isu ini, tiada salahnya jika mengambil nasihat atau teguran daripada mereka yang pakar atau berpengalaman jika perkara itu untuk mendatangkan kebaikan pada semua pihak. 

Apa yang dilakukan Dr Sheikh itu sepatutnya dikongsikan kerana ia merupakan satu ilmu yang bermanfaat buat ibu bapa dan bukannya untuk menjatuhkan seseorang.

 

Antara Aksi Yang Tidak Boleh Dilakukan Pada Bayi

Bukan sahaja ‘baby-standing’, tetapi aksi lain yang kerap dilakukan ibu bapa adalah seperti melambungkan bayi mereka untuk menghibur dan menenangkan si kecil juga satu tindakan yang berbahaya.

Tindakan sebegitu akan menyebabkan berlakunya pendarahan subdural beserta keretakan tulang dada (ribs) dan pendarahan dalam mata yang dipanggil ‘Shaken Baby Syndrome’ yang berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau mengurangkan fungsi motor.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN