Mungkin ramai tertanya-tanya dari mana wujudnya istilah ‘Bossku’ dan apakah yang menyebabkan istilah tersebut menjadi popular? Ini kerana istilah tersebut menjadi trend yang digunakan oleh masyarakat hari ini khususnya bagi golongan-golongan muda ketika berkomunikasi.
Asal Usul Istilah ‘Bossku’
Berdasarkansemakan di Twitter mendapati, istilah ‘Bossku’ merupakan perkataan slanga yang berasal dari Sabah. Laman sesawang Yoodo Community juga turut berpendapat istilah ini berasal dari Sabah. Ada yang mengatakan istilah ini bermula di Tawau, namun tidak dapat dipastikan kebenarannya.
Yang pasti, perkataan ini kerap digunakan oleh orang Sabah terutamanya ketika berjual-beli. Bagi pengguna twitter @InjangNation, perkataan ‘bos’ merujuk kepada panggilan individu yang kita tidak tahu sama ada mereka itu bos, kuli, pendatang asing atau apa sahaja.
Bagi laman sesawang Yoodo Community, istilah ‘bossku’ digunakan kepada kawan dan orang yang kita akrab. Dalam masa yang sama, perkataan tersebut turut digunakan kepada orang yang tidak dikenali bagi menampakkan kemesraan.
Najib Popularkan ‘Bossku’?
Hari ini, istilah tersebut telah digunakan secara meluas selepas gambar poster bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal menjadi tular di media sosial. Dalam poster tersebut turut ditulis perkataan ‘Malu Apa Bossku’.
Sehingga kini, istilah ‘Bossku’ telah menjadi nama julukan orang ramai kepada Najib. Malah, sticker pelekat dan baju t’shirt ‘Malu Apa Bossku’ sudah mula dijual di seluruh negara.
Bukan itu sahaja, terdapat juga program ‘Malu Apa Bossku Rides’ yang dianjurkan oleh Ketua UMNO Bahagian Mersing untuk mempromosikan Mersing sebagai tempat pelancongan
Jadi Fenomena Di Negara-Negara Lain
Apa yang menghairankan, istilah tersebut bukan sahaja menjadi fenomena di Malaysia, malah turut menjadi fenomena di negara-negara lain seperti Indonesia, Korea Selatan dan pelbagai negara lain lagi. Berdasarkan klip video yang berdurasi 22 saat, jelas terlihat sekumpulan pelajar Korea Selatan menyebut perkataan troll itu beramai-ramai sambil ketawa.
Malah, video yang dimuatnaik di Twitter tersebut menerima lebih 7,000 ‘retweet’ dan lebih 5,000 tanda suka. Sama ada mereka mengikuti isu ini di Malaysia, tidak dapat dipastikan. Yang pasti istilah tersebut dilihat unik bagi mereka.
Indonesia Guna Istilah Lebih Awal?
Mungkin ramai yang tidak tahu, istilah ‘Bossku’ juga turut digunakan di Indonesia. Mereka menggunakan istilah tersebut dalam pertuturan slanga harian bagi merujuk individu yang akrab terutama rakan-rakan ketika sedang berkomunikasi. Apa yang pasti istilah yang disebut oleh mereka ialah ‘Bosque’.
Berdasarkan carian di internet, perkataan tersebut sudah pun digunakan oleh masyarakat Indonesia secara meluas sejak tahun 2017 lagi. Ini berdasarkan tulisan laman sesawang Kumparan.com pada 21 November 2017 yang menyenaraikan 20 istilah anak milenial.
Istilah ‘Bosque’ Indonesia boleh ditonton seperti dalam rakaman video di bawah:
Walaupun istilah tersebut telah digunakan secara meluas lebih awal dari Malaysia, yang pasti, tidak ada mana-mana sumber yang membuktikan istilah tersebut berasal dari Indonesia. Sekiranya ada,mungkin mereka juga akan tuntut istilah ‘Bossku’ berasal dari Indonesia seperti mana makanan tradisi rendang, kain sarung dan sebagainya yang menjadi warisan kesamaan budaya negara-negara di rantau nusantara.
KATA ORANG
Most important the youth make a come back.#maluapabossku new phenomenon at work 🙏🏼
— White Lines (@BerShit) April 13, 2019
What kind of parents let their kids wear Malu Apa Bossku tshirts.
— Imam Kuda (@napiez) April 8, 2019
Unfortunately, the word "integrity" doesn't exist in their vocabulary.
— Ameen Demi Bangsaku (@SoulforJustice) April 14, 2019
Neither to the words "trust" (amanah), "responsibility, "dignity" and "shame".
Hence the infamous catchphrase "malu apa bossku". https://t.co/bNQdzvOvi6
Malu apa...Bossku...Yes..that is right..
— Moba Boy (@moba_boy) April 12, 2019
Felda’s loss is like daylight robbery: Abu Kassim https://t.co/IPYmVCLxrI