Sumber: Alie

Sebagai negara paling ramai umat Islam di dunia, Indonesia bakal melaksanakan larangan semua bentuk hubungan seks sukarela di luar ikatan perkahwinan.

Rang Undang Undang atau lebih tepatnya Rancangan Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (RKUHP) sedang dalam penelitian Parlimen.

Ini bermakna kanun jenayah yang diguna pakai semenjak zaman penjajahan Belanda bakal diubah.

Kesalahan Zina Seperti Kesalahan Menghina Presiden

Menariknya kesalahan terhadap si pelaku zina akan disamakan dengan kesalahan menghina presiden, iaitu satu kesalahan yang agak berat bagi penduduk Indonesia yang boleh menyebabkan seseorang itu dikenakan hukuman penjara sama ada 3 tahun setengah atau 4 tahun setengah.

Berdasarkan laporan Berita Harian, Jawatankuasa Parlimen yang merangka cadangan perlu memuktamadkan rang undang-undang terbabit. Difahamkan draf berkenaan meliputi langkah menjadikan seks luar nikah, hubungan sama jenis dan bersekedudukan yang tidak dipantau udang-undang sebelum ini sebagai jenayah.

Dalam Fasal 417 draf RKUHP, seseorang yang melakukan persetubuhan di luar nikah selain suami dan isteri akan dikenakan hukuman penjara selama setahun. Manakala Fasal 419 bagi mereka yang tinggal serumah tanpa mempunyai ikatan pernikahan yang sah berkemungkinan bakal dikenakan hukuman penjara.

Adakah Dipersetujui Rakyat?

Walau bagaimanapun langkah tersebut telah mencetuskan bantahan dalam kalangan aktivis. Ia berikutan pengenalan undang-undang tersebut dikatakan melanggar hak asasi manusia di samping akan disalah guna untuk menyasarkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sumber: CNN Indonesia

Bukan sahaja golongan aktivis, bahkan mahasiswa turut sama melakukan aksi demonstrasi bagi menolak cadangan tersebut.

Isu Yang Berpanjangan

Isu ini bukan isu baharu, bahkan sudah diperkatakan sejak tahun 2016 lagi. Menurut Free Malaysia Today ,gesaan ini telah dikemukakan oleh Aliansi Cinta Keluarga (AILA), sebuah pertubuhan yang terdiri daripada golongan akademik dan konservatif yang mahukan  takrifan zina diguna pakai sebagai jenayah.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada ketika itu telah menolak petisyen untuk melarang segala bentuk hubungan seks di luar nikah. 5 daripada 9 hakim telah mengundi untuk kes itu diketepikan.

Ketika ini Jawatankuasa Parlimen mengadakan rundingan dengan orang awam dan mengambil kira pandangan sarjana agama, pakar perundangan serta kumpulan hak asasi mengenai cara untuk mengubah kanun jenayah apabila ia berkaitan seks luar nikah.

Adakah Akan Berjaya?

Dengan tentangan hebat pelbagai pihak, draf undang-undang RKUHP terpaksa ditunda. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dalam pertemuan bersama pihak media di Istana Negara. Ia berikutan terdapat 14 fasal yang dilihat agak kontroversi dalam RKUHP.

Sumber: Yeni Asya English

Walaupun 80 peratus penduduk Indonesia merupakan muslim, ternyata pelaksanaan hukuman perzinaan sukar dilaksanakan ekoran tentangan ramai pihak.

Berbeza pula keadaannya di Malaysia yang pasti akan disokong oleh majoriti umat Islam.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Kenapa peraturan Islam sukar dilaksanakan di Indonesia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN