Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak permohonan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan pasport antarabangsa miliknya.

Dan secara automatik impian Zahid untuk menunaikan umrah sepanjang bulan Ramadan ini lebur.

Zahid Berdepan Kes Rasuah, Penggubahan Wang Haram

Keputusan itu dibuat Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendengar hujahan permohonan dan pihak pendakwaan.

Sumber:Astro Awani

Dalam penghakimannya, Collin memberi alasan permohonan Zahid ditolak memandangkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berdepan kesalahan serius.

Pada prosiding itu, mahkamah turut menetapkan 18 hingga 22 November, 2 hingga 6 Disember dan 9 hingga 13 Disember sebagai tarikh perbicaraan melibatkan 47 pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid.

Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah.

Bimbang Zahid Curi Peluang Larikan Diri

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Khairi turut membantah permohonan tersebut dengan alasan Zahid berisiko untuk melarikan diri.

Sumber:Kosmo

Zahid dilaporkan akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Mei sehingga 3 Jun dan akan menyerahkan kembali pasport tersebut keesokan harinya.

Peguam, Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang turut mewakili Ahmad Zahid berkata, adalah menjadi kebiasaan bagi anak guamnya mengerjakan umrah pada bulan Ramadan sejak 30 tahun lalu.

Tiada Keperluan Mendesak Zahid Tunaikan Umrah

Bagaimanapun, menurut Collin, tiada keperluan mendesak untuk pemohon mengerjakan umrah.

Walaupun ibadah itu dituntut bagi umat Islam semasa bulan puasa tetapi ia bukanlah perkara wajib untuk ditunaikan.

Anak Zahid Rayu Pada Tun Mahathir

Sumber:Astro Awani

Berikutan keputusan itu, anaknya, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid menerusi Instagramnya telah merayu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membenarkan bapanya menunaikan umrah pada bulan Ramadan ini.

Menurutnya, bapanya itu sudah kebiasaan menunaikan umrah pada 10 Ramadan terakhir sejak 30 tahun lalu dan tidak akan melarikan diri.

Dia juga meminta pihak polis mengawal dan memerhatikan jika tidak mempercayai bapanya itu.

Minta Tolong Kenalan Yang Pernah Rapat Dengan Bapanya Dulu

Sumber: IG nurul.zahid

Selain itu, Hidayah juga meminta kepada sesiapa yang mengetahui bagaimana untuk berhubung dengan Tun Mahathir boleh meninggalkan pesanan mesej di akaun Instagramnya.

Dia juga meminta sahabat serta kenalan yang mengenali dirinya dan keluarga secara rapat satu ketika dahulu untuk bantu usulkan permintaannya itu kepada perdana menteri itu.

Wargamaya Mahu Zahid Diheret Ke Muka Pengadilan Jika Bersalah

Pertuduhan yang disabitkan ke atas Zahid adalah sangat besar dan serius. Rata-rata wargamaya mahu Zahid menerima hukuman setimpal jika beliau dididapati melakukan kesalahan tersebut.

Sumber: FB Page Anak Bapak

Mungkin Tuhan mahu tunjuk kebenaran menyebabkan Zahid tidak dapat menunaikan Umrah pada Ramadan tahun ini. Ada hikmah disebaliknya.

Pelbagai pandangan dilemparkan terhadap kes Zahid ini, apa-apa pun biarkan pihak mahkamah yang tentukan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah Zahid dihalang daripada tunaikan Umrah kerana kes rasuahnya?
20 votes · 20 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN