Setiap keluar atau masuk ke sesebuah negara lain, kita perlu melalui jabatan imigresen untuk mendapatkan cop pengesahan perjalanan kita di pasport. Pernahkan anda semak terlebih dahulu cop berkenaan sebelum beredar?

Sekiranya tidak, anda perlu berhati-hati kerana baru-baru ini tular satu kes yang berlaku terhadap seorang wanita warga tempatan bersama seorang rakan baiknya warga Singapura.

Wanita yang dikenali sebagai Ginelle Kyau mendakwa seorang pegawai imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sultan Iskandar, Johor Bahru meminta suapan.

Beliau mendakwa pegawai tersebut meminta sebanyak RM150 daripada rakannya kerana ketiadaan cop kemasukan pada passport semasa tiba di Malaysia.

 

Masih Ada Hantu?

Kes ini berlaku semasa wanita itu bersama rakannya semasa perjalanan pulang  ke negara singa itu. Ginelle menyatakan pegawai imigresen tersebut mempersoalkan kenapa tiada cop kemasukan dibuat pada halaman passport milik rakannya.

Sumber: Facebok Ginelle Kyau

Beliau menyarankan pegawai tersebut membuat pemeriksaan terhadap punca berlakunya perkara ini namun ditolak cadangan tersebut dengan alasan percaya kepadanya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, pegawai tersebut terus meminta mereka untuk membayar RM150.

 

Imigresen Ambil Tindakan

Ekoran dari kes yang tular ini, Jabatan Imigresen Johor mengambil maklum mengenai dakwaan ini dan akan menjalankan siasatan.

Mengambil serius dengan dakwaan tersebut, jurucakap Jabatan Imigresen  berkata, jabatan tersebut tidak akan berkompromi dengan anggota yang terlibat dengan rasuah.

Katanya lagi, tindakan tatatertib akan diambil sekiranya pegawai tersebut didapati bersalah.

Namun adakah cukup dengan tindakan tatatertib? Sampai bila kes seperti ini akan berlarutan? Perkara ini perlu penelitian pihak kerajaan untuk mengatasi masalah rasuah dikalangan pegawai beruniform.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meneliti dan memperaku penambahbaikan berterusan terhadap sistem dan prosedur serta tatacara kerja terbaik di kalangan

 

Bukan Pertama Kali

Ini bukan masalah baru tetapi sudah acap kali kita mendengar rasuah melibatkan pegawai badan beruniform dan sebagainya.

September tahun lalu, seorang pegawai imigresen Malaysia didakwa mengoyak pasport milik seorang pelancong dari Singapura dan menghalangnya memasuki Malaysia.

Mangsa, Muhammad Fauzi mendakwa ditahan oleh seorang pegawai Imigresen di kaunter masuk Linkedua, Bangunan Sultan Abu Bakar, Tuas yang mempersoalkan pasportnya yang koyak pada 11.30 malam pada 25 September 2018.

 

Dia juga mendakwa, pegawai Imigresen itu turut meminta wang sekiranya mahu memasuki Malaysia.

 

Malaysia Boleh Ikut Cadangan Imigresen Thailand

Polis Imigresen Thailand akan memasang sistem pemeriksaan pasport automatik di pintu masuk negara ini bagi menambah baik sistem penyampaiannya dan mencegah perbuatan rasuah dalam kalangan pegawainya.

 Pelawat Malaysia ada membuat aduan bahawa mereka perlu menyelit wang RM2 dalam pasport masing-masing sebagai sagu hati atau ‘duit kopi’ untuk pegawai imigresen memproses kemasukan mereka.

Malaysia juga mempunyai sistem pemeriksaan passport automatik (e-passport) tetapi hanya terdapat di beberapa lapangan terbang bertaraf antarabangsa sahaja seperti KLIA dan KLIA2. Namun jumlahnya sangat terhad.

Kerajaan boleh  mempertimbangkan untuk menambah sistem tersebut ke semua lapangan terbang dan pintu masuk sempadan negara bagi memudahkan semua pihak dan utamanya membanteras masalah rasuah.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN