Politik negara telah digemparkan dengan penahanan dua orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan. Penahanan ahli politik tersebut dikatakan mempunyai hubung kait dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Sumber: FMT

Memetik laporan Free Malaysia Today, kedua-dua ADUN tersebut ialah G Saminathan yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Melaka dan P Gunasekaren yang merupakan Exco Negeri Sembilan selain seorang lagi pemimpin NGO India dari negeri Perak.

Kes Diletakkan Di Bawah SOSMA

Penangkapan ini selaras dengan jaminan polis yang akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam segala bentuk perbuatan mengagung-agungkan kumpulan pengganas di negara ini.

Difahamkan polis turut merampas beberapa bahan bacaan seperti buku, majalah, surat khabar dan buku bertulisan Tamil.

Kedua-dua mereka dipercayai ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (SOSMA) 2012 dan dibawa ke Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Ideologi LTTE Berbahaya Dan Sentiasa Wujud

LTTE telah diklasifikasikan sebagai pertubuhan pengganas oleh 32 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah. Meskipun pergerakan tersebut telah dilumpuhkan di Sri Lanka, namun pergerakan pertubuhan pengganas tersebut masih lagi hidup.

Memetik laporan Berita Harian, Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata ideologi kumpulan itu dan penyokongnya tetap wujud di seluruh dunia serta mampu memberi ancaman kepada mana-mana negara termasuk Malaysia.

Tambah Musa, polis pernah menangkap enam rakyat Malaysia sekitar tahun 2004 dan 2005 yang berlatarbelakangkan golongan profesional seperti peguam dan akauntan kerana terlibat dengan LTTE. Meskipun ketua mereka sudah mati dibunuh namun rangkaian mereka masih wujud.

Sumber: Nthqiboard

Desas-Desus Di Media Sosial

Buktinya, tular di media sosial rakaman video membabitkan seorang pemimpin negeri yang menghadiri satu program membabitkan LTTE di ibu negara. Berdasarkan laporan Sinar Harian, selain rakaman video, beberapa keping gambar turut menunjukkan beberapa individu berarak dengan bendera pertubuhan itu.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, walaupun video tersebut merupakan video lama namun pihak polis tetap mengambil serius tentang isu tersebut dan perkara tersebut turut disuarakan di pihak atasan termasuklah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sumber: New Straits Times

Imej DAP Bakal Tercalar

Meskipun kes ini masih lagi dalam siasatan polis, namun penangkapan dua orang ahli politik DAP secara tidak langsung telah mencalarkan imej parti tersebut. Ini kerana sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat di Malaysia untuk membuat penilaian awal terhadap sesuatu isu yang berlaku meskipun hukuman belum dijatuhkan.

Ditambah pula dengan peluang yang akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pembangkang.

Justeru, pentingnya membuat saringan awal memilih pemimpin pada pilihan raya bagi memastikan tidak ada mana-mana individu yang terpalit dengan isu-isu kontroversi khususnya berkaitan pengganas.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah isu ini akan memberi kesan sokongan kepada DAP?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN