Terdahulu, tular rakaman video solat Isyak di Masjid Bandar Puncak Alam pada Isnin lalu dimana jelas kedengaran imam tidak membaca ayat ke-6 daripada tujuh ayat surah Al-Fatihah.
Solat Tidak Sah Dan Wajid Qada
Kejadian itu disedari ahli kariah masjid berkenaan selepas selesai solat.
Menurut Ahli Jawatankuasa Masjid Bandar Puncak Alam Fadli Mohd Yusuf, solat yang berlaku ketika itu adalah tidak sah dan perlu diganti semula.
Dia juga telah merujuk perkara itu kepada pejabat Mufti Selangor untuk tindakan selanjutnya.
Sepatutnya, ahli kariah memaklumkan perkara itu terus kepada imam dan perlu dilakukan semula solat Isyak berkenaan supaya isu ini tidak menjadi besar.
Baca Al Fatihah Perlu Tertib
Mengulas lanjut, Fadli berkata, antara alasan dikemukakan Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid kepada pihak pengurusan masjid adalah rukun solat adalah perlu membaca Al-Fatihah dengan tertib.
Fadli juga menyatakan Mufti memberikan contoh situasi yang berlaku ketika khutbah Jumaat suatu ketika dulu ketika khatib terlepas membaca ‘Ittaqullah’.
Oleh yang demikian, beliau menyarankan agar semua yang bersolat Isyak pada malam itu perlu diqada semula.
Apa Hukum Terlupa Baca Al Fatihah?
Memetik Sumber: Al-Kafi Li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya terlupa maka tidak ada masalah.
Cuma perlu dilihat, setakat mana terlupa itu. Sekiranya imam sudah rukuk, maka perlu baca terlebih dahulu Surah al-Fatihah sehinggalah dia dibenarkan tinggal tiga rukun perbuatan yang panjang iaitu sehingga imam hendak sujud kedua, maka pada masa itu, wajib dia mengikut imam semula.
Dalam mazhab al-Syafi’e, memahami hadis Nabi yang sahih dalam pelbagai riwayat. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada ‘Ubadah bin al-Somit bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada solat bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari -756) dan Muslim – 900)
Begitu juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melaksanakan solat dan tidak membaca al-Fatihah di dalamnya, maka solatnya itu kurang.” Perkataan itu diulang sehingga tiga kali. (Riwayat Muslim – 907)
Membaca al-Fatihah adalah wajib kepada imam dan makmum. Adapun makmum terbahagi kepada dua. Sekiranya makmum masbuk, bacalah sekadar sebelum imam rukuk.
Makmum Perlu Tegur, Tidak Patut Memalukan Imam
Susulan kekecohan ini, rata-rata masyarakat Islam berpendapat sewajarnya makmum menegur imam ketika solat dengan ucapan ‘Subhanallah’ dengan kuat dengan niat berzikir jika imam melakukan kesalahan dalam solat.
Mereka juga berpandangan ahli kariah tidak sepatutnya menyebarkan kekecohan seperti ini, ia seolah-olah memalukan imam yang mengimamkan solat Isyak ketika itu.
Mungkin ahli kariah sepatutnya menegur selepas selesai solat dan rujuk imam tersebut dan nayatkan bahawa dia terlupa membaca salah satu ayat dalam surah Al Fatihah.
Dan solat akan digantikan semula ketika itu dan kes dikira selesai.
KATA ORANG
Baca berita pagi ni..solat isyak dkt puncak alam tak sah sbb imam terlupa bc al fatihah..
— Miss Shafikah (@MissShafikah) May 31, 2019
Aku rs yg pi viralkan psl hal ni golongan yg bodoh dn kurang pengetahuan agama
Bilal dan makmum dibelakang imam tak berfungsi. Sebab tu saf dibelakang imam perlu lah orang yang tahu ilmu agama. https://t.co/ovNN9IvWaT
— Scandalmonger® (@ScandalMongerSM) May 30, 2019
Solat Isyak di Masjid Puncak Alam Isnin lalu tak sah. Isunya sekarang tak perlu pon viral. Sepatutnya orang yang di belakang imam boleh sebut ‘subhanallah’ dan perbetulkan bacaan Imam. Ni tak pi viralkan video. Sungguh inilah yang dikatakan ‘Zaman Fitnah’ kini di zaman kita.
— 💋Murai Comei💋 (@miera_khalid) May 30, 2019
Macam mana surah alfatihah pon boleh tertinggal, teruk betul tok imam. Makmum pun punya hal jugak, takkan tak tegur... kalau surah lazim tu tak apa lah kalau lupa atau tertinggal ayat, ini surah alfatihah pon tertinggal, teruk betulhttps://t.co/tIACfMT6ol
— Fazrin Ismail (@Fazrin_102) May 30, 2019