Semua imam, bilal serta jawatankuasa pengurusan masjid dan surau di Johor, diberi amaran untuk tidak terlibat dalam aktiviti politik. 

Ia berikutan terdapat beberapa laporan mengenai perkara itu menjelang Pilihanraya Kecil Tanjung Piai yang akan diadakan tidak lama lagi.

Tegas Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi, larangan tersebut bukan sahaja dalam tempoh PRK Parlimen Tanjung Piai tetapi juga tertakluk selepas tempoh itu.

 

Jadikan Surau Masjid Tempat Politik

Setiap kali pilihanraya tidak kira piliharaya kecil, pilihanraya negeri mahupun pilihanraya umum, masjid atau surau seringkali dijadikan sebagai gelanggang berpolitik. Ini kerana ramai jemaah melayu disana yang mudah dipengaruhi untuk tujuan politik.

Sekadar Gambar Hiasan

Jika masjid dijadikan gelanggang politik, ia boleh memecahbelahkan perpaduan masyarakat. Masjid sewajarnya tidak disalahgunakan untuk kepentingan sendiri atau pihak tertentu kerana ia akan menjejaskan institusi berkenaan sebagai wadah penyatuan umat Islam.

Matlamat memperkukuhkan institusi masjid perlu seiring dengan pemahaman bahawa semua pihak berkepentingan menghormati perbezaan pendapat termasuk dalam politik dan tidak sesekali membawa unsur politik masuk ke dalam masjid.

Terdapat Jemaah yang tidak selesa untuk bersolat atau menuntut ilmu apabila terdapat aktiviti politik di dalam surau atau masjid.

 

Iman Bilal Perlu Tahu Tanggungjawab

Imam dan bilal perlu tahu akan tanggungjawab mereka yang sebenar. Imam dan bilal dilantik kerajaan negeri perlu bertugas mengikut syif, selama lapan jam sehari seperti penjawat awam lain agar tumpuan penuh boleh diberikan terhadap peranan dan tanggungjawab mereka termasuk berurusan dengan orang ramai.

Sumber: mStar (Sekadar Gambar Hiasan)

Imam dan bilal yang yang berkenaan, perlu ingat aku janji semasa dilantik menjadi imam iaitu dalam memastikan masjid bebas daripada segala unsur politik dan perpecahan yang mana ini satu amanah besar bagi mempertahankan kesucian masjid.

Sekiranya perkara ini tidak dititik beratkan, maka ia akan menjadi punca masyarakat berpecah-belah.

 

Tindakan Tegas Bakal Diambil

Isu ini perlu dipandang serius kerana ia sentiasa berlarutan terutama musim pilihanraya.

Tindakan tagas bakal diambil, jika ada pihak yang ingkar, sijil pentauliahan pegawai terlibat dalam aktiviti politik boleh ditarik semula.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah sesuai berpolitik di masjid atau surau?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN