Kes kehilangan kanak-kanak dan remaja yang dilihat semakin membarah ini telah dibangkitkan di persidangan Dewan Rakyat harini.

Perkara berkenaan dibangkitkan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) menerusi soalan pertama pada sesi soal jawab lisan.

Beliau meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan usaha jangka pendek dan panjang yang dilakukan kerajaan dalam menangani kes kanak-kanak dan remaja yang hilang dalam tempoh beberapa tahun ini.

Sejak Sembilan tahun lepas, 831 orang kanak-kanak dan remaja hilang di Malaysia dan isu ini perlu mendapat penyelesaian dan mengenalpasti punca berlakunya.

 Lari Ikut Teman Lelaki Antara Punca Utama

Salah satu daripada lima punca utama kanak-kanak dan remaja lari daripada rumah adalah kerana mengikut kekasih.

Sumber: Sinar Harian

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menjawab soalan dari Kasthuriraani Patto berkata, jumlah remaja perempuan tiga kali ganda lebih dari lelaki.  

Selain itu katanya, mencari kebebasan diri dari belenggu keluarga juga merupakan alasan utama mereka.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) perkara tersebut merupakan punca utama kehilangan kanak-kanak dan remaja sehingga mencatatkan rekod sebanyak 7,159 kes untuk 2011 sehingga Mei tahun ini.

Punca lain adalah terpengaruh dengan ajakan rakan iaitu 3,167 kes, dipengaruhi kekasih untuk lari dari rumah, pertelingkahan keluarga atau kurang perhatian keluarga (1,523) kes dan tidak minat belajar atau mencari kerja sebanyak (577) kes

 

Statistik Kehilangan Kanak-Kanak dan Remaja

Dari segi jumlah kehilangan kanak-kanak dan remaja yang dilaporkan hilang mengikut statistik Polis di Raja Malaysia (PDRM), bagi tahun 2011 sehingga Mei 2019 adalah berjumlah 15,042 orang.

Dengan pecahan mengikut negeri yang tertinggi ialah Johor sebanyak 2,372 kes (16 peratus), Selangor 1,911 kes (13 peratus), Kedah 1,526 kes (10 peratus) dan Sabah 1,488 kes yang lain-lain saya bagi secara bertulis dan Perlis paling kecil 298 kes,

Untuk makluman sebanyak 15,042 kehilangan ini sebanyak 14,679 orang telah dijumpai semula, manakala 363 yang hilang masih belum ditemui dan malangnya 26 ditemui mati.

Melihat kepada statistik ini amat membimbangkan.

 

Peranan Ibu Bapa Penting

Dalam hal ini , punca-punca yang menyumbang kepada kejadian remaja lari dari rumah telah dikenal pasti dan apa yang perlu dilakukan adalah dari aspek menilai semula peranan semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung seperti ibu bapa, pihak sekolah, pihak berkuasa serta anggota masyarakat secara keseluruhannya.

Dalam konteks ini, ibu bapa tetap menjadi individu yang paling penting kerana merekalah yang paling dekat dengan anak-anak. Apakah trend statistik remaja lari dari rumah membuktikan betapa ibu bapa semakin cuai dan leka dalam menjalankan tanggungjawab mereka?

Ibu bapa sewajarnya menjadi rakan kepada anak supaya mereka rasa selesa dan boleh berkongsi segala berita gembira mahupun masalah berbanding dengan rakan seperti yang banyak berlaku sekarang.

 Justeru kita berharap ibu bapa akan mengambil iktibar dengan kes lari rumah seperti ini supaya dapat bermuhasabah diri serta membetulkan segala kelemahan dan kesilapan yang ada agar anak kita tidak menjadi mangsa seterusnya.

 

 

 

Sokongan Pihak Luar

Di samping ibu bapa juga memerlukan keprihatinan dan sokongan dari pihak luar yang turut boleh membantu menangani masalah sosial seperti ini. Misalnya satu lagi pihak yang cukup rapat dengan anak-anak adalah pihak sekolah dan juga guru.

 Kebiasaannya remaja yang ada kecenderungan untuk terbabit dalam gejala sosial seperti ini akan menunjukkan perubahan yang ketara di sekolah baik dari segi prestasi akademik mahupun dari aspek disiplin dan tingkah laku.

Sumber: Kosmo

Justeru kita berharap pihak sekolah juga membantu dengan mengambil tindakan segera agar dapat menyelamatkan masa depan remaja bermasalah seperti ini.

 Melaporkan kepada ibu bapa, memberi perkhidmatan kaunseling serta memantau mereka secara rapi adalah antara langkah segera yang boleh diambil oleh pihak sekolah

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam isu ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN