Sumber: Malaysia Today

Hari ini masih ramai lagi yang mempersoalkan kenapa orang Islam masih sukar untuk menguasai bidang ekonomi.

Untuk menyalahkan penjajah, rasanya sudah 62 tahun negara kita merdeka. Kalau 50 atau 40 tahun dahulu, mungkin itu boleh dijadikan alasan yang konkrit.

Pelbagai Dasar Diperkenal Bantu Kembang Perniagaan Umat Islam

Hakikatnya, pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk membantu golongan bumiputera (majoritinya Islam) telah banyak dilaksanakan oleh kerajaan sejak dari zaman Tun Razak. Malah pelbagai agensi telah diwujudkan untuk membantu mereka tetapi hasilnya tetap sama.

Menteri, pakar ekonomi dan sebagainya dari kerajaan lama sehinggalah kerajaan baharu hari ini terus berhampas-pulas bercerita dan merencana soal agenda ekonomi Melayu-Islam.

Sumber: Sos Cili

Begitu juga dengan inisiatif-inisiatif yang disediakan. Malangnya, tidak banyak perubahan dilakukan.

Perniagaan Al-Arqam Meliputi Pelbagai Negara

Kenapa kita perlu mengusutkan minda, dalam masa yang sama kita menyedari bahawa wujud gerakan ekonomi Al-Arqam yang telah berjaya melebarkan sayapnya. Bukan setahun dua, tetapi sudah meleihi 40 tahun ekonomi mereka berkembang. Hari ini, ekonomi Al-Arqam sudah berkembang di pelbagai negara di dunia.

Walaupun pernah menjadi pertubuhan yang diisytiharkan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994, ekonomi komuniti mereka diteruskan dengan menggunakan nama lain seperti Rufaqa Corporation Sdn. Bhd ( kini Global Ikhwan Sdn Bhd).

Ketepikan dahulu sisi negatif. Mari kita berbicara sisi positif mereka dalam mencipta keajaiban dalam bidang ekonomi. Untuk pengetahuan anda, kehadiran mereka dalam bidang ekonomi mendatangkan hikmah kepada umat Islam.

Komuniti Perniagaan Berjaya

Bayangkan sahaja perkampungan Islam yang mereka bina di Sungai Penchala, Selangor sudah mampu memiliki pegangan ekonomi yang kukuh tidak sampai 20 tahun.

Berdasarkan artikel soscili, mereka berjaya memiliki 52 kedai runcit seluruh kampung, 20 pasar mini, 36 kedai buku dan alat ibadat serta 18 restoran seluruh negara. Malah, mereka turut mempunyai 56 buah kilang di seluruh negara.  

Sumber: Global Ikhwan

Boleh dikatakan, sekiranya kita tinggal dalam kepompong komuniti mereka sahaja, segala bentuk perkhidmatan boleh diakses tanpa perlu bantuan luar. Ini kerana mereka mempunyai klinik kesihatan sendiri, firma guaman, perkhidmatan pengangkutan bas dan sebagainya.   

Memecah Monopoli Industri Masyarakat Bukan Islam

Memetik artikel daripada tawaurians.com, industri kicap di negara kita pada dahulunya dimonopoli industri kicap cina, namun disebabkan perniagaan kicap yang dijalankan oleh komuniti Al-Arqam, monopoli tersebut tidak berlaku lagi. Hari ini sudah terdapat pelbagai jenama kicap masyarakat Melayu-Islam di pasaran.

Sumber: Sos Cili

Begitu juga dengan perniagaan-perniagaan taucu Cina dalam balang kecil. Kini sudah mula ada taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil yang sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.

Segalanya bermula dengan keringat komuniti Al-Arqam yang memulakan perniagaan penting yang menjadi bekalan makanan umat Islam.

Pentingnya Menghayati Konsep Muamalah

Dengan aset yang pelbagai di serata dunia seperti kilang-kilang, lot-lot kedai, ladang, ternakan, hartanah dan perkampungan, sudah pasti ramai yang mencemburui kejayaan mereka. Tentu ramai tertanya-tanya kenapa mereka mampu berjaya. Yang pasti Al-Arqam menghayati feqah umat Islam yang dipandang sepi, iaitu Muamalah.

Sumber: GISB Holdings

Kini perniagaan mereka di bawah Global Ikhwam Sdn. Bhd, sudah mempunyai 800 buah cawangan perniagaan di dalam dan di luar negara meliputi 16 buah negara termasuklah Britain, China, Jerman, Australian, China dan Perancis. Kepakaran mereka meliputi pelbagai bidang terdiri daripada pelancongan, media, industri makanan, kejuruteraan dan kesihatan.

Perkara ini yang perlu diteliti oleh semua pihak. Yang jelas, mereka tidak mengumpulkan harta untuk kepentingan individu, sebaliknya untuk kebajikan komuniti dan memperluaskan perniagaan.

Justeru, orang bukan Islam mulai sedar betapa hebatnya sistem ekonomi Islam yang ditonjolkan oleh mereka. Marilah kita mengambil iktibar, dan menghayati kejayaan yang mereka cipta dalam bidang ekonomi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan perniagaan masyarakat Islam kurang berdaya maju?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN