Sumber : Facebook (Hu Hu)

Pasti ramai yang sedia maklum, pengedar perabot terbesar di Malaysia iaitu Ikea telah melebarkan sayap mereka di bahagian utara Malaysia di Batu Kawan, Penang.

Seperti biasa, pasti ramai yang tidak sabar untuk mengunjungi kedai perabot tersebut yang terkenal dengan rekaan yang menarik dan dijual dengan harga yang mampu milik.

Malah, Ikea juga terkenal dengan variasi makanan ‘Swedish’nya yang menjadi kegilaan orang ramai sehinggakan ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati makanan di restorannya.

Namun begitu, seperti yang sudah dijangka sesetengah pihak, pusat pameren perabot tersebut akan bertukar menjadi ‘malapetaka’ disebabkan oleh segelintir orang Malaysia yang kurang prihatin dan bertanggungjawab.

Sumber : Oh My Media

Sampah-sampah makanan diselit didalam selimut dan tilam-tilam, permainan kanak-kanak bertaburan seperti taman permainan, malah pampers dan najis bayi turut ada disekitar pusat pameran sedangkan bilik untuk menukar lampin dan menyusu sudah disediakan untuk kegunaan para pelanggan.

Selain itu, keadaan restoran Ikea juga dikatakan berselerak dengan pinggan dan cawan yang sudah digunakan ditinggalkan begitu sahaja sedangkan notis sudah diletakkan supaya meletakkan bekas-bekas pinggan dan cawan yang sudah digunakan di tempat yang telah disediakan

Sumber : Oh My Media

Bagi yang pernah mengunjungi pusat jualan perabot tersebut, pasti ramai yang tahu bilik-bilik pameran mereka disusun cantik dengan dekorasi-dekorasi yang menarik mengikut bajet dan citarasa pelanggan yang berbagai.

Bilik pameran kanak-kanak pula dihiasi dengan dekorasi yang sesuai dengan citarasa kanak-kanak dan berbagai jenis permainan yang menarik.

 

Bukan Kali Pertama

Ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku, Ikea Tebrau juga sebelum ini dikatakan terkena ‘nasib’ yang sama apabila bilik pameran mereka bersepah dan menjadi tidak teratur ekoran sikap pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Ikea Tebrau

Kanak-kanak juga dilihat memanjat perabot -perabot yang dipamerkan sesuka hati, dan ibu bapa hanya memandang dan tidak berbuat apa-apa.

Aspek kebersihan langsung tidak diendahkan, mentang-mentanglah barang-barang dan perabot-perabot tersebut bukan kepunyaan mereka.

Sikap ibu bapa yang tidak ambil kisah dan sambil lewa apabila anak-anak berkelakuan seperti ini secara tidak langsung menjadi contoh yang tidak baik. Jadi apa yang perlu kita buat untuk ubah keadaan ini?

Perkara seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malah cawangan Ikea di luar negara turut menghadapi masalah yang sama.

Contohnya di China, bilik-bilik pameran mereka berselerak teruk seperti dikunjungi orang-orang yang kurang beradab.

Barang-barang di bilik pameran diguna sesuka hati seolah-olah barang tersebut mereka yang punya. Ada yang duduk di sofa dan katil yang disediakan sehingga tertidur, ada yang secara terbuka menyusukan anak mereka sambil berbaring di katil dan ada juga yang menikmati bekalan mereka di meja-meja makan yang dihias disana.

 

 

Mentaliti Kita Perlu Diubah

Mungkin ramai yang beranggapan isu ini bukanlah isu yang berat namun secara tidak langsung jika tidak diubah dari sekarang, rakyat Malaysia akan jadi terbiasa dengan sikap seperti orang tidak bertamadun ini.

Malahan, sikap yang tidak bagus ini boleh mencemarkan imej negara di mata pelancong asing yang datang melawat negara kita.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, dapatkah sikap ini diubah dan diperbaiki?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN