Ikan laga (Siamese fighting fish) atau nama spesifiknya ialah Betta splendens dianggap unik kerana mempunyai warna yang menarik serta sifatnya yang suka berlaga antara satu sama lain. 

sumber: betta mfa

Sebenarnya ikan hiasan ini bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hobi, tetapi boleh menjana pendapatan setiap bulan kerana sifatnya yang suka menonjolkan bentuk fizikal terutamanya ekor apabila berenang menjadi buruan peminatnya.

 

Mampu Menjana Pendapatan

Dahulu ikan laga ini dilihat sebagai ikan yang tidak mempunyai harga berbanding dengan ikan hiasan yang lain seperti Arowana dan ‘flower horn’. 

sumber: shutterstock

Namun, perniagaan ikan laga ini semakin rancak berkembang yang mampu mengubah kehidupan penternak kerana harga seekor ikan laga yang mampu mencecah ribuan ringgit.

Walaupun saiznya cuma sebesar jari kelingking, pasti ramai yang tidak menyangka ikan laga ini juga mempunyai nilai komersial disebabkan keunikan dan kecantikan yang terdapat pada ikan laga itu sendiri. 

sumber: live aquaria

Mudah sahaja untuk mengenali yang mana satu jantan dan betina di mana ikan laga jantan mempunyai ekor yang cantik dan garang dan ikan laga betina pula mempunyai ekor yang pendek dan kurang menarik.

 

Penjagaan Yang Rumit

Ikan laga yang dikatakan berasal dari kawasan Kemboja dan juga Thailand ini rumit untuk dijaga berbanding dengan ikan hiasan lain.

sumber: perak today

Ikan laga ini tidak boleh diletakkan di dalam bekas yang sama dan jika anda perasan, mereka yang menjual ikan laga ini, meletakkan ikan dalam bekas yang berasingan supaya tidak bergaduh sehingga membunuh atau mengalami kecederaan.

Selain itu, air yang ingin digunakan pula perlu bebas klorin dan perlu ditukar dua hari sekali untuk mengelakkan ikan daripada sakit dan untuk makanannya pula cuma cacing rambut, plankton dan jentik-jentik.

 

Ada Pula Guna Ikan Laga Untuk Berjudi

Memandangkan ikan laga ini sifatnya yang agresif jika diletakkan bersama dengan ikan laga yang lain dalam satu bekas, sudah pasti ada yang mengambil kesempatan mencari duit tambahan dengan menganjurkan aktiviti perjudian.

sumber: utusan

Kegiatan perjudian yang menggunakan ikan laga ini turut bergiat aktif di kawasan kampung-kampung dan selalunya mereka mencari ikan laga liar di paya dan juga kawasan sawah.

Perjudian ikan laga ini dilakukan sehingga ikan yang dilagakan itu mati atau lemah bagi membolehkan pemilik ikan yang kalah itu membayar wang kepada pihak lawan.

 

Haiwan Air Kebangsaan Thailand

Kabinet kerajaan Thailand pernah meluluskan cadangan untuk menjadikan ikan laga ini sebagai ikan kebangsaan kerana mempunyai nilai sejarah serta budaya kepada negara mereka itu walaupun  haiwan kebangsaan Thailand masih lagi gajah secara rasminya.

Hal ini kerana, ikan laga ini mengimbau nostalgia golongan tua yang membesar dengan membela haiwan itu kerana kebanyakan orang Thai dahulu di kawasan kampung mereka gemar menangkap ikan laga di terusan atau kolam.

Terdapat pelbagai jenis ikan laga yang boleh ditemui antaranya ialah half moon, full moon, crown tail, plakat, double tail, veiltail, gaint, elephant ear, combtail, delta, superdelta, longtail, rosetail, feather tail, spade tail dan roundtail.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah berbaloi untuk membeli ikan laga yang berharga ribuan ringgit?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN