Jijik dan mengelikan, itulah perasaan mereka yang melihat satu video tular baru-baru ini berkenaan beberapa ekor anjing berkeliaran di sebuah premis memproses ikan kering.

Dalam video berkenaan, ikan kering dijemur di atas lantai dan kelihatan beberapa ekor anjing memijak serta menjilat ikan kering yang dijemur di premis berkenaan yang dikatakan berada di Langkawi.

Apa yang lebih merisaukan jika anjing berkenaan membuang najis mereka di kawasan ikan kering tersebut tanpa disedari oleh pengusaha premis berkenaan.

 

Pengusaha Ikan Kering Bukan Bumiputera

Difahamkan kebanyakaan pengusaha ikan kering ini bukan dari golongan Bumiputera malah ia dikuasai oleh warga asing. Oleh itu tahap kebersihan ini kurang memuaskan dan mereka tidak tahu SOP sebenar di negara ini.

Melalui klip video tersebut, anjing yang berkeliaran itu agak agresif apabila dihalau dan ketika krew-krew berita ini menghampiri pekerja premis berkenaan pula, mereka terus melarikan diri.

Sikap tidak mengambil peduli tahap kebersihan dalam makanan ini perlu tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Risau ia akan mendatangkan penyakit kepada pembeli kelak.

Mereka tidak tahu apa yang telah berlaku kepada ikan kering yang mereka beli itu. Kotor ke? Bersih ke? semua sudah dibungkus siap-siap.

 

 

PPMKU Banyak Terima Aduan

Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) banyak menerima aduan mengenai tahap kebersihan industri memproses ikan dan udang kering.

Sumber: Youtube Berita TV9

Presidennya, Che Johan Che Hassan berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa kerana ia melibatkan isu kebersihan makanan terutama dalam kalangan orang Islam.

Katanya, kejadian anjing yang bebas memijak dan makan ikan kering yang dijemur tidak boleh diterima kerana ia kotor dan sangat menjijikkan.

Apa yang lebih membimbangkan sekiranya ikan kering itu dipasarkan di pasaran tempatan yang mana rata-rata pembeli terdiri daripada orang Melayu.

Sumber:tinta hitam

Pemprosesan ikan kering di premis berkenaan akan dipasarkan di semua kawasan utara terutamanya Kedah dan Perlis.

 

Pengusaha Ikan Kering Komen

Selepas pendedahan mengenai jemuran ikan kering yang dipijak dan dimakan anjing dilaporkan media, beberapa pengusaha ikan kering memberi kenyataan berhubung isu tersebut.

Penjelasan beberapa pengusaha produk makanan itu, berkata, ikan kering dihasilkan di Langkawi tidak lagi dijemur di bawah matahari.

Sumber:Astro Awani

Sebaliknya, sudah tiga puluh tahun pengusaha di pulau itu menggunakan mesin ketuhar pengering ikan masin.

Kalau sudah 30 tahun, kenapa masih ada ikan kering yang dijemur? Kenyataan sebegini hanya untuk menyelamatkan perniagaan tetapi tidak memikirkan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan itu kepada pelanggan mereka.

Tinjauan media di tempat sama mendapati, tiada lagi ikan kering yang dijemur di atas tar, di kawasan itu.

Malah, tiada kelihatan anjing berkeliaran di dalam kawasan pengeringan ikan.

Sudah tersebar, barulah anjing-anjing ini ditambat dan dihalau? Bagaimana orang nak percaya lagi.

 

Jejaskan Perniagaan Orang Lain

Dengan sebaran video berkenaan, pastinya orang ramai sudah tidak percaya lagi dengan kebersihan ikan kering walaupun ia diusahakan oleh orang Melayu.

 

Sumber:Mrs K

Dan pastinya ikan kering dari Langkawi, Kedah dan Perlis akan merosot kerana tindakan tersebut.

Kesian peniaga-peniaga yang lain, bayangkan mereka yang sudah lama berniaga tetapi kerana isu ini perniagaan mereka juga turut terjejas.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah Pasar Payang yang baru mampu memberi impak tarikan pelancong?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN