Bila sebut bomba, mesti ramai yang ingat tugas utama mereka hanya padamkan api kebakaran, selamatkan mangsa kemalangan, bantu mangsa yang terperangkap dalam banjir, selamatkan kucing yang jatuh ke dalam longkang dan sebagainya bukan?

Sumber: Kosmo

 

Namun berlainan pula dengan kejadian yang berlaku di Shah Alam semalam, yang mana gara-gara kucing peliharaannya mati disengat seekor ikan keli, seorang wanita bertindak menghubungi pihak bomba untuk menangkap ikan tersebut.

Walaupun kedengaran pelik, kejadian yang berlaku itu sama sekali menarik perhatian netizen di media sosial yang rata-ratanya meninggalkan komen berbaur jenaka berkaitan insiden itu.

 

Pihak Bomba Dah Jelaskan Ini Bukan Panggilan Bersifat Kecemasan!

Walaupun pihak bomba telah menerangkan bahawa kes berkenaan bukan bersifat kecemasan, yang memerlukan tindakan daripada mereka namun penjelasan itu tetap tidak diendahkan wanita terbabit.

Sumber: Kosmo

Malah, wanita itu juga turut mempertikaikan tugas anggota bomba yang sepatutnya melakukan tugas itu.

Akibat tidak mahu memanjangkan cerita, wakil dari bilik kawalan bomba dan penyelamat telah mengarahkan beberapa anggotanya untuk membantu wanita tersebut menangkap ikan berkenaan yang kini disimpan di balai bomba.

 

Tak Wajar Panggil Bomba Hanya Untuk Tangkap Keli

Jika dilihat pada komen-komen netizen, ramai yang menyifatkan tindakan memanggil bomba hanya untuk menangkap ikan keli itu sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal.

Malah, banyak lagi kes kecemasan lain yang perlu diberikan perhatian selain daripada kes seperti ini yang sememangnya bukan bidang tugas mereka.

Sumber: Info Sebenar

Namun, atas keprihatinan kepada masyarakat, mereka tetap membantu meskipun aduan itu bukan bersifat kecemasan.

Ikutkan gaya sekiranya tidak membantu, kelak anggota bomba pula yang dipersalahkan kerana tidak menjalankan amanah.

Namun, disebalik semua yang terjadi, kita sama sekali perlu menghargai segala jasa yang mereka lakukan dalam masa yang sama mendoakan mereka supaya diberi kekuatan untuk terus berbakti kepada negara.

Salute abang bomba!

 

Antara Kejadian Viral Yang Melibatkan Anggota Bomba

  • Kucing tersangkut di luar bangunan tinggi di Klang.
  • Kucing patah kaki kereta dilanggar kereta.
  • Kaki tersepit di dalam lubang tandas juga anggota bomba selamatkan.
  • Selamatkan bayi di dalam kereta selepas ibu dan ayah mereka terlupa anak di dalamnya.
  • Cubaan bunuh diri di bangunan KLCC pada 25 November tahun lalu disebabkan seorang individu yang tertekan dengan hutang yang banyak.
  • Potong paip PVC pada kemaluan lelaki berusia 60 tahun di Hospital Sungai Buloh.
  • Tangkap King Cobra.
  • Muntahlah adik, abang tak kisah.
  • Remaja ponteng sekolah juga abang bomba selamatkan.
  • Kerbau jatuh dalam parit juga diselamatkan anggota bomba!

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah menghubungi anggota bomba hanya untuk menangkap ikan keli?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN