Nama pelakon Iqram Dinzly pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi pada tahun 2017 lagi.
Pelbagai aksi yang tidak senonoh dipertontonkan kepada khayalak umum di media sosial miliknya. Kecaman demi kecaman dilemparkan kepada dirinya oleh netizen berhubung aksi-aksi yang pernah dilakukan sebelum ini.
Namun, mungkin kebanyakan orang lebih mudah untuk mereka menjatuhkan hukuman atas sikap dipamerkan Iqram berbanding cuba memahami.
Aksinya Cuba Ajuk Tingkah Laku Anak Muda Di Laman Sosial
Bagi Iqram, selama ini dia sebenarnya mengajuk tindak-tanduk generasi muda dan cuba membuka mata ibu bapa mengenai aktiviti anak-anak mereka di sebalik media sosial.
Katanya, apa yang dibuat di Instagram @prinxchiqydinzly itu semua perjalanan di alam maya.
Tetapi apa yang diperjelaskan oleh Iqram ini ada betulnya juga. Dimana kita melihat hari ini ramai anak muda yang terpengaruh dengan apa yang berlaku di media sosial dan mereka melakukan itu.
Lebih teruk lagi anak-anak muda golongan wanita dan yang bertudung. Melakukan aksi ghairah di laman sosial tanpa memikirkan maruah mereka sebagai seroang wanita.
Iqram Mahu Ibu Bapa Celik
Mungkin ada ibu bapa yang tidak memantau tindakan anak-anak mereka di sebalik media sosial.
Ada pula yang tahu tetapi buat-buat tidak tahu dan tidak peduli pun apa yang dilakukan anak-anak mereka itu.
Niat Iqram adalah untuk membuka mata dan minda ibu bapa zaman sekarang ini untuk melihat apa yang sebenarnya dipamerkan anak-anak mereka disebalik media sosial.
Cara Iqram Tidak Betul
Berhubung penjelasan yang diberikan Iqram itu, rata-rata netizen beranggapan apa yang dibuat Iqram adalah salah dan tidak betul. Itu bukan untuk mendidik masyarakat, tetapi hanya menambah dosa sahaja.
Sewajarnya Iqram bertanya kepada pihak lain, apa cara yang perlu dilakukan untuk membuka mata ibu bapa tentang perilaku anak muda sekarang ini, bukannya melakukan aksi yang mendapat kecaman sahaja.
Ramai yang masih anggap Iqram cuba memperbetulkan dirinya dengan membuat kenyataan sebegitu. Kononnya tidak mahu masyarakat salah faham terhadap dirinya.
Ramai Masih Tidak Percaya Iqram Berubah
Dengan aksi-aksi peliknya yang di alam siber, tidak mungkin orang ramai percaya dengan penjelasan yang diberikan oleh Iqram itu.
Pernah suatu ketika dulu, perkongsiannya itu mengundang perhatian Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad dan pendakwah terkenal, Kazim Elias.
Kalau betul dia mahu mendidik, mungkin perlu betulkan cara dalam mendidik dan ada yang mahu Iqram berubah dan menjadi seperti dahulu.
KATA ORANG
I feel so pity to iqram dinzly.
— Edrina Hendrick (@Sexy_Tembam12) January 13, 2018
Because he need this called 'attention' from everyone around him.
Aku tak rasa dia ada dadah ke kena rasuk ke or mental disorder.
He did mention his alter ego came out sbb nk mendalami watak and yes sebgai pelakon...
Kot family dah tak tau nak buat apa dengan dia. Sebab mental illness kan. Benda ni pernah keluar paper. Dah agak mesti mental illness sebab lain macam. Dah macam iqram dinzly punya kes.
— LL (@cc_loislane) April 25, 2019
Penampilan Iqram Dinzly terkini mengejutkan! Minta pendakwah muda jangan mudah jatuhkan hukum
— Ketuk Ketuk Ramadan (@KetukRamadan) April 23, 2019
Wahh... Ramai peminat rindukan beliau yg dulu rupanya! https://t.co/iiu1c9pbF6
Ok this Iqram Dinzly needs help. Not joking, not poking fun. He really needs treatment. I hope anyone who knows him or his family takes some action.
— AbangDeddy (@Daddylishes) February 19, 2019