Industri hiburan kecoh apabila pengendali akaun gosip dengan nama Makcik Puaka menyebarkan berita mendedahkan seorang pelakon bergelar ‘Datuk Seri’ di tangkap khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.
Pengendali akaun Instagram (IG) Makcik Puaka memberi gambaran seakan-akan pelakon Datuk Fizz Fairuz adalah individu yang terlibat.
Fizz Fairuz Akan Dedah Siapa Makcik Puaka Sebenarnya
Susulan berita itu, Fizz Fairuz memohon pengendali akaun berkenaan memohon maaf secara terbuka. Namun, permohonan maaf tersebut dilakukan melalui akaun Makcik Puaka tersebut, tiada maaf secara lisan dalam tempoh yang ditetapkan seperti yang diminta pelakon itu.
Akhirnya, Fizz telah membuat laporan polis berhubung kes berkenaan dan akan mengheret siapa dalang di sebalik pengendali akaun IG Makcik Puaka ini.
Susulan itu Fizz memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang mengaitkannya dengan isu berkenaan.
Dalang Mungkin Individu Dalam Industri Hiburan
Fizz dalam pada itu mendedahkan telah mengenalpasti 70 peratus daripada identiti sebenar di sebalik pemilik IG Makcik Puaka
Daripada bantuan pihak-pihak tertentu, Fizz jangkakan 70 peratus tahu siapa pemilik sebenar akaun berkenaan.
Fizz tidak menolak kemungkinan dalangnya merupakan orang dalam industri hiburan sendiri.
Buat masa ini, Fizz tidak mahu mendedahkan identitinya secara terperinci kerana mengikut nasihat peguam.
Rakan Artis Sokong Tindakan Fizz
Dalam perkembangan lain, rata-rata rakan artis seperti Fynn Jamal, Rita Rudaini dan ramai lagi menyambut hasrat baik Fizz yang mahu bersemuka dengan pemilik akaun tersebut.
Bagi selebriti-selebriti ini, tindakan Fizz seharusnya dijadikan sebagai satu iktibar dan tauladan buat mereka yang gemar menyebarkan fitnah dan perkara tidak benar mengenai seseorang individu yang boleh menjatuhkan karier peribadi mereka.
IG Makcik Puaka Banyak Sebar Gosip Artis
Sebelum ini, IG Makcik Puaka telah banyak menyebarkan gosip-gosip sensasi selebriti tanah air. Baik pada mereka yang mahu meningkat naik dan tidak kurang juga selebriti-selebriti popular sehingga ada diantaranya menjatuhkan karier selebriti tersebut.
Maknanya, sudah ramai artis yang terkena dengan Ig Makcik Puaka ini, rata-rata mereka diaibkan melalui IG berkenaan.
Sebelum ini, gambar pelakon Emma Maembong buka tudung di Dubai pun diketahui melalui IG Makcik Puaka ini juga.
Akhirnya, Emma buka tudung terus. Namun, kali ini, Makcik Puaka ini tidak akan terlepas lagi apabila Fizz berani membuat laporan polis dan mengheret pelaku disebalik laman sosial berkenaan ditangkap.
Tukar Akaun IG
Susulan tindakan Fizz itu, pengendali IG Makcik Puaka nampaknya telah menukar akuan IGnya kepada nama lain. Ada yang kata sampai tiga kali nama akaun menggantikan IG Makcik Puaka ini.
Malah, pengendali itu nampaknya dilema mahu meneruskan ataupun tidak agenda yang selalu dilakukannya sebelum ini.
Rata-rata warganet pun mengharapkan Fizz dapat mengheret siapa pengendali atau dalang di balik akaun IG Makcik Puaka ini.
KATA ORANG
I don’t know babe. Sebab most of people assume reporter or orang industri. Fizz Fairuz nak saman sebab account tu fitnah. And he said knows siapa huhu. TAPI BUKAN I OK! Hahaha!
— Izwan Mohd. Isa (@sutramaya) April 16, 2019
So Fizz Fairuz nak saman Makcik Puaka, terus dia tukar IG jadi Keju Daily hahahshdjdj pic.twitter.com/LuPAXuvmSd
— alelelele 🍊 (@AzlilAdzif) April 15, 2019
Not a fan of Fizz Fairuz but I would like to see how this intriguing story will end.
— Adam (@ATMology) April 15, 2019
Encik ‘Makcik Puaka’ dah banyak bikin onar sebarkan fitnah, aibkan orang dan jadi batu api. Moga berjaya dikesan dan diheret ke muka pengadilan 🤲https://t.co/IU5hzT1jne
ig makcik puaka nak kena saman ngn fizz fairuz. habis laaaa
— Nusratil afua (@kentangjerawat) April 14, 2019