Apa pandangan kita terhadap alam sekitar hari ini? Kehidupan yang semakin tercemar, kepupusan pelbagai spesis flora dan fauna, serta sebagainya.

Boleh dikatakan malapetaka bencana boleh berlaku pada bila-bila masa seiring dengan meningkatnya pencemaran terhadap alam sekitar.

Tanah yang semakin tandus menjadi asbab kegagalan manusia untuk mendapatkan sumber makanan yang mencukupi.

Sumber: New York Post

Namun begitu, tahukah anda dua orang saintis telah membuktikan idea gila mereka sekitar 20 tahun lalu telah terbukti berkesan.

Memetik laporan Media Permata, Daniel Janzen dan Winnie Hallwachs pernah mencadangkan idea pelupusan sisa kulit limau di kawasan tanah tandus sebagai langkah menyuburkan tanah di kawasan tersebut.

 

Bagaimana Caranya?

Kedua-dua saintis tersebut merupakan ahli ekologi di Taman Negara Área de Conservación Guanacaste, Costa Rica. Mereka menjadikan sebidang tanah yang tandus sebagai tapak eksperimen pada tahun 1997. Syarikat jus buah Del Oro telah diberi kebenaran untuk membuang hasil kulit limau di sekitar kawasan tersebut tanpa sebarang kos.

Tawaran ini sangat lumayan bagi syarikat tersebut memandangkan mereka tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang tinggi untuk melupuskan sisa-sisa pulpa dan kulit limau yang biasanya perlu dibakar sebelum dibuang ke tapak pelupusan.

Sumber: Inhabitat

Satu perjanjian antara Taman Negara Área de Conservación Guanacaste dengan syarikat Del Oro telah ditandatangani.

 

Angkara Khianat Eksperimen Dibatalkan

Pada awalnya eksperimen ini tidak mempunyai masalah, malah sebanyak 12,000 tan metrik sisa oren telah dipadatkan oleh syarikat Del Oro di kawasan eksperimen. Tetapi disebabkan angkara pesaing perniagaan, syarikat Tico Fruit telah mencabar perjanjian yang dilakukan antara Del Oro dengan Taman Negara Área de Conservación Guanacaste di mahkamah.

Kesannya, eksperimen ini hanya bertahan selama setahun dan perjanjian antara kedua-dua mereka telah terbatal ekoran kekalahan kes di mahkamah. Disebabkan tewas di mahkamah, mungkin ramai yang membuat justifikasi terdapat penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kedua-dua pihak atau berlaku penyelewengan projek.

Hal ini telah menyebabkan kawasan tinggalan eksperimen itu terbiar selama 15 tahun tanpa sebarang pemantauan. Memetik laporan iluminasi.com, kawasan yang dibiarkan ini telah mendatangkan kesan besar terhadap ekologi hutan selepas dua dekad.

 

Keajaiban Selepas 20 Tahun

Pada tahun 2013, pakar ekologi Princeton University, Timothy Treuer yang melawat Costa Rica untuk kajian lain memutuskan untuk melawat tapak pembuangan sisa liamu yang pernah menjadi kontroversi. Malangnya, cubaannya untuk mencari tanah tandus tersebut menghadapi masalah kerana kawasan yang dituju itu berubah menjadi kawasan hutan yang dipenuhi tumbuhan menjalar.

Sumber: Fao Foresty

Papan tanda setinggi enam kaki yang menjadi penanda kawasan tanah tandus sukar dijumpai kerana terlindung oleh tumbuhan yang tebal. Namun begitu, selepas berbelas-belas lawatan yang dilakukan akhirnya barulah papan tanda kawasan tersebut ditemui. Hal ini sudah pastinya menimbulkan satu kehairanan dan merupakan satu kejutan.

Bagi Timothy Treuer, eksperimen membaikpulih hutan dengan menggunakan kulit limau merupakan satu-satunya contoh yang pernah diketahuinya mampu menghasilkan penyerapan karbon tanpa mengeluarkan wang yang banyak.

Lebih mengejutkan lagi apabila biojisim (organisma hidup) tanah di kawasan hutan tandus telah meningkat sebanyak 176 peratus dalam tempoh dua dekad seakan-akan seperti sebuah hutan yang subur selama ratusan tahun.

 

Liputan Seluruh Dunia

Ternyata sisa kulit limau mempunyai kandungan nutrien yang sangat tinggi sehingga mampu memberi kesan yang pantas terhadap kesuburan tanah di kawasan tersebut.

Apa yang menarik, selepas enam bulan kulit limau ditempatkan, ia bertukar menjadi tanah liat yang hitam dan tebal.

Sumber: Connie Handscomb

Walaupun hampir dua dekad idea tersebut diharamkan, akhirnya eksperimen yang dijalankan oleh kedua-dua saintis itu telah terbukti berjaya. Malah kisah mereka telah mendapat liputan media di seluruh dunia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Mengapa ramai pihak sukar mempercayai kajian saintis?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN