Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 9 Disember ini sebagai cuti peristiwa sempena penganjuran Perhimpunan Bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bertujuan memberi peluang kepada rakyat negeri ini menghadiri perhimpunan tersebut yang bakal diadakan pada 8 Disember di ibu negara.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menasihatkan penyokong parti itu yang hadir ke perhimpunan tersebut supaya menjaga tingkah laku, dan tidak terpengaruh dengan sebarang provokasi yang mungkin timbul.

Sumber: FMT

Beliau menjangkakan hampir 100 ribu penyokong Pas dari negeri ini bakal hadir ke perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, Pas menggunakan khidmat lebih 10 ribu anggota Unit Amal yang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan lancar.

Untunglah rakyat Kelantan dapat cuti semata-mata hendak berhimpun, seperti pesta pula ramai-ramai menuju ke Kuala Lumpur. Bolehlah berbelanja di Kuala Lumpur dan bawa balik ‘ole-ole’.

Takpun boleh beli terus keperluan anak-anak kes sekolah nanti. Banyak jualan akhir tahun yang murah-murah.

 

Tidak Wajar Cuti Diberikan

Tindakan kerajaan Kelantan memberikan cuti peristiwa untuk negeri itu pada 9 Disember ini dianggap tidak wajar oleh Anwar Ibrahim.

Sumber: The Malaysian Insight

Presiden KEADILAN itu berkata hal itu kerana kelulusan untuk cuti tersebut dibuat semata-mata untuk membolehkan penduduk negeri itu menghadiri himpunan di Kuala Lumpur.

Beliau menyokong pendirian kabinet dalam keputusan pembatalan ratifikasi konvensyen itu.

Sumber: Babat.net

Bulan lalu sebelum ratifikasi Icerd dibatalkan, Anwar menyatakan kerajaan tidak boleh mengumumkan membatalkan cadangan meratifikasi Icerd kerana Malaysia adalah anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagaimanapun, katanya, bumiputera terutama orang Melayu tidak perlu bimbang kerana Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan beliau sendiri tidak menunjukkan komitmen untuk meratifikasi Icerd.

 

Mufti Juga Tidak Sokong

Sumber: IKIMfm

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad menggesa himpunan kesyukuran terhadap ICERD yang dijadual 8 Disember ini tidak perlu diteruskan, memandangkan keadaan semasa yang agak tegang.

Beliau berkata penerusan himpunan itu hanya mengundang “hal yang tidak baik”, selain kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan.

Walau tidak merujuk secara khusus, beliau dipercayai merujuk isu Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Sumber: Says

Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengambil kira ‘ketegangan’ (insiden kuil Sri Maha Mariamman) baru-baru ini yang masih belum reda, himpunan itu tidak wajar diteruskan.

Ia dikhuatiri menjadi medan pihak-pihak tertentu menangguk di air yang keruh.

Wan Salim turut menjelaskan, ruang untuk menyatakan bantahan telah pun terbuka luas sebelum ini sehingga akhirnya pihak kerajaan akur untuk tidak meratifikasi Icerd.

Malah, katanya, beliau sendiri telah beberapa kali membuat kenyataan membantah ratifikasi Icerd tersebut.

Jika buat juga, kemungkinan akan timbul persepsi bahawa kita nak mencari keuntungan politik semata-mata.

Nampak ia satu gabungan Pas dan Umno mahu menentang kerajaan Pakatan Harapan dalam isu ICERD. Ini modal yang paling tinggi untuk menatuhkan kredibiliti kerajaan kononnya mengganggu gugat kepentingan orang Melayu dan Islam.

 

Bakal Lumpuhkan Ekonomi Kelantan

Apa yang jelas dalam isu ini adalah tindakan kerajaan Kelantan yang terlalu ‘memanjakan’ rakyatnya. Dengan pemberian cuti sedemikian akan membuat mereka malas dan produktiviti dalam pekerjaan juga boleh merosot.

Sumber: Lily Riani

Bayangkan keseluruhan rakyat negeri itu turun, bagaimana peraliran kewangan rakyat di negeri itu. Apa jadi pada mereka yang berniaga dan sebagainya.

Ini juga akan mencacatkan pentadbiran Kelantan di mata dunia luar. Bagaimana pelabur luar nak melabur jika ekonomi negeri itu masih ditakuk lama.

Kalau dendam politik ini disemarakkan dalam jiwa rakyat mereka, sampai bila-bila pun negeri ini tidak akan maju.

Kita lihat berapa peratus anak-anak muda yang keluar berhijrah mencari rezeki di bandaraya yang pesat seperti Kuala Lumpur, Johor dan lain-lain lagi.

 

Pelabur Ke Kelantan Masih Rendah

Kerajaan Kelantan perlu lebih profesional dan berdisiplin untuk mencari sumber hasil baharu dan menarik minat pelabur untuk membangunkan ekonomi negeri itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata sehingga 30 September lalu, kerajaan Kelantan masih berhutang sebanyak RM1.46 bilion dengan Kerajaan Persekutuan iaitu hutang pembangunan dan infrastruktur dengan tunggakan hutang RM478.6 juta di mana pembayaran balik lewat daripada yang dijadualkan.

Sumber: nikfaniena.blogspot.com

Beliau berkata, jumlah itu tidak mengambil kira pendahuluan untuk perbelanjaan pengurusan iaitu bantuan kewangan tambahan untuk membayar gaji dan emolumen kakitangan kerajaan negeri dan kos operasi berjumlah RM404.4 juta.

Dengan kata lain, jumlah keseluruhan hutang Kelantan mencakupi hutang pembangunan dan hutang pengurusan sebenarnya ialah RM1,865.2 juta (RM1.8 bilion).

Jumlah hutang sebanyak RM1,865.2 juta ini adalah bantuan tambahan selain pemberian perkapita dan jalan yang diberikan kepada kerajaan negeri seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkan cuti peristiwa diberikan semata-mata untuk hadir berhimpun?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN