Baru-baru ini, satu lagi berita sedih tular di media sosial tentang kematian adik firas yang dikatakan berlaku kerana pendarahan di bahagian kepala yang telah menyebabkan kematiannya.
Arwah yang dikatakan sedang deman ketika dihantar ke pengasuh mula tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital oleh ibu dan pengasuhnya untuk diselamatkan.
Bayi malang tersebut menghebuskan nafas terakhir ketika berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Ipoh. Bedah siasat mengesahkan bahawa tiada unsur penderaan dan arwah disahkan meninggal kerana pendarahan yang dialaminya di bahagian kepala.
Berita menyedihkan ini menerima kecaman netizen apabila mereka mempertikaikan kenapa bayi tersebut masih dihantar untuk dijaga pengasuh sedangkan bayi tersebut kurang sihat.
Perlu Ambil Berat Tentang Kesihatan Anak
Banyak kemungkinan yang boleh berlaku terutamanya apabila mengakibatkan demam. Kerana itu rata-rata pengasuh tidak mahu menjaga anak-anak yang kurang sihat dan meminta ibu bapa untuk mengambil cuti bagi menjaga anak mereka sendiri.
Bukan satu dua malah, sudah banyak kes yang melibatkan kesihatan bayi yang boleh memberi kesan yang parah seperti gangguan saraf otak dan sawan.
Pakar Perunding Perubatan dan Kardiologi Hospital Pakar Putra Melaka, Datuk Dr. Nor Izham Aziz menulis di dalam artikelnya bahawa kematian atau otak terencat boleh berlaku akibat salur udara pesakit tersumbat ketika sawan berlaku.
Dan yang lebih membimbangkan jika bayi yang sedang demam muntah ketika sawan, ini kerana ia boleh masuk ke paru-paru dan menghalang laluan udara dan bekalan oksigen ke otak.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil terutamanya, sangat penting untuk menyimpan kit keselamatan di rumah. Alatan seperti termometer dan penyedut hingus adalah sangat penting untuk kegunaan kecemasan.
Ini kerana, bagi bayi yang mengalami deman adalah perlu untuk sentiasa memerhatikan suhu badan mereka agar tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan menjadi kritikal.
Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga
Tidak dinafikan peningkatan kes-kes penderaan oleh pengasuh telah memburukkan nama pengasuh serta pekerjaan mulia ini. Bagi pihak ibu bapa pula ramai yang mula trauma dan memilih untuk berhenti ataupun bekerja dari rumah sahaja.
Namun begitu, dengan desakan kos sara hidup yang tinggi ramai ibubapa yang terpaksa keluar bekerja demi membesarkan anak-anak.
Masih ramai pengasuh di luar sana yang benar-benar ikhlas dalam menjalankan tugas dan amanah yang diberikan kepada mereka. Jadi janganlah orang ramai mengecam kerjaya ini dengan membuta tuli kerana mereka juga hanyalah individu yang cuba mencari pendapatan dengan cara ini.
Walau bagaimana pun, kerjasama antara pengasuh dan ibubapa sangat penting dalam memastikan kebajikan anak-anak dapat dijaga baik.
KATA ORANG
Kat rumah memang boleh belajar. Tapi kita bukan tahu semua benda. Nak menuntut ilmu kena lah pada ahlinya. Kalau tak sesat. Bukan bab agama je kena ada guru yang betul
— Irene (@SyafiqahZamberi) January 28, 2019
Semua sebab utk kepentingan diri sendiri semata-mata. Org lain pun susah tapi berusaha jgk nk sekolahkan anak². Takmau pakai peti ais, mesin basuh sbb zuhud. Habistu kenapa pakai kereta, main fb, guna smartphone. Lain kali naik lah lembu, pastu guna telefon benang. Nak zuhud sgt
— ogshn (@aiman__amirah) January 29, 2019
malaysia tak ambik tindakan eh kat parents yang tak hantar anak gi sekolah ni? i thought pendidikan ni benda wajib untuk semua budak kat malaysia
— Izxyaa (@haniszyani) January 29, 2019
please enlighten me
Die ahli nasyid tapi mesti die lupa basic benda nie. Not all things can be home-school. pic.twitter.com/QBUMvJ39My
— zfran. (@zafranmustafa) January 29, 2019