Anak Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak luahkan rasa sedih atas penahanan ibu bapanya. Siapa yang tidak sedih dan sayu melihat ibu bapa kandung ditahan, direman, ditangkap atas kesalahan yang dilakukan selama ini.

Sumber: NooDou

Itulah yang berlaku kepada anak kedua bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Nooryana Najwa.

Siapa yang tidak terkilan ibu yang kandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, menempuh saat sakit untuk melahirkan kita akhirnya ditahan atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Sumber: Finance Twitter

Saat ibunya ditangkap, Nooryana tidak berada dirumah kerana dia sedang melanjutkan pengajian di Universiti Harvard di Boston, AS.

Dia menerima panggilan pada jam 4 pagi menyatakan ibunya ditahan SPRM.

Sumber: Instagram

Tulisnya yang dipetik di instagram miliknya:

“Telalu sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit. Saya hanya mampu bangun, mengambil wuduk dan menunaikan solat tahajud untuk Mummy,”

Namun, kenyataan Nooryana ini mendapat kritikan daripada rakyat atau netizen yang menyatakan apa yang dilakukan ibu bapanya selama ini adalah salah dan perlu dibicarakan.

Sumber: Facebook

Tetapi itulah namanya karma. Perbuatan jahat ada pembalasannya. Jika Najib dan Rosmah tidak bersalah, tidak perlulah Nooryana risau. Memang seorang anak akan sedih melihat orang tuanya ditahan, dihadapkan ke mahkamah.

Anak perempuan biasanya cepat tersentuh dengan keadaan ini. Ibu tetap ibu, walaupun dia telah melakukan kesalahan atau tidak. Apa-apa pun tunggu perbicaraan selesai.

Sebab Rosmah dan Najib Ditahan

Najib dan Rosmah didakwa dengan 17 pertuduhan pengubahan wang haram pada 3 Oktober 2018.

Sumber: South China Morning Post

Sumber: Bernama

Bersama-sama dengan 32 pertuduhan terhadap suaminya atas pelbagai kesalahan, secara keseluruhan pasangan yang pernah menjadi individu paling berkuasa di negara ini menghadapi 49 pertuduhan.

Rosmah menghadapi 12 pertuduhan berkaitan kemasukan RM7.1 juta ke akaun peribadinya dari tahun 2013 hingga 2017, dan lima lagi pertuduhan kerana tidak mengisytiharkan kemasukan tersebut dalam penyata cukai pendapatannya.

Semua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amlatfa).

Seksyen 4 (1) membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, dan denda lima kali jumlah wang yang terlibat atau bersamaan RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Reaksi Rakyat Malaysia

Pada awal Julai 2018, Najib telah ditahan SPRM di di kediamannya, di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur atas sabitan kes skandal terbesar penggubahan wang haram melibatkan 1MDB sedang disiasat oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), selain negara-negara lain termasuk Singapura, Switzerland, Hong Kong dan Abu Dhabi.

Siasatan penuh terhadap skandal 1MDB ini juga merupakan antara janji Pakatan Harapan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Penahanan pertama Najib ini mendapat perhatian dari seluruh negara dan rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur kerana akhirnya Najib ditangkap.

Hari ini kita juga telah melihat penahanan terhadap isterinya juga, Rosmah. Dan inilah saat yang ditunggu-tunggu rakyat.

Walaupun Nooryana sebagai anak mempertahankan ibu bapanya, namun rakyat Malaysia sebaliknya.

Penahanan Rosmah dan Najib ini adalah mengikut landasan undang-undang yang betul dan tidak bersifat dendam.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda setuju apa yang dikatakan rakyat Malaysia bahawa penahanan Rosmah dan Najib adalah hukum karma?
39 votes · 39 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN