Sebuah video yang menyayat hati tular semalam memperlihatkan seorang ibu tua berbangsa melayu meluahkan rasa hatinya yang terlalu sedih dizalimi oleh menantu perempuannya yang berbangsa Indonesia.

Video tersebut yang dirakam oleh seorang wanita India dipercayai membantu ibu tersebut dengan membawanya ke Hospital Besar bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Menurut cerita makcik berkenaan, dirinya sering dituduh memukul menantunya padahal dia yang menjadi mangsa pukul. Sampaikan anak kandungnya sendiri lebih memihak kepada isteri dan sanggup memukul dan menempik ibu sendiri tanpa sedar dia sedang menzalimi ibunya sendiri.

Malahan ibu tersebut sering dihalau berkali-kali setiap kali ada pertengkaran dan salah faham berlaku antara mereka.

Menantunya yang bersikap seperti ‘duri dalam daging’ sentiasa cuba mewujudkan ketegangan diantara dua beranak tersebut.

Semalam, sebelum ibu tersebut dihalau sekali lagi oleh anaknya, dia sempat berkongi detik pahit dirinya apabila dia ditendang dibahagian dada dan dibogelkan oleh menantu durjananya hanya kerana menegur menantunya untuk membuang lampin anak mereka yang bernajis agar kuman tidak merebak.

Namun teguran tersebut dibalas dengan zalim seperti sudah tidak ada rasa hormat kepada orang tua walaupun bukan ibu kandungnya sendiri.

Ibu tersebut sempat menunjukkan bekas-bekas lebam kerana dipukul menantunya dan mengadu sakit dada.

 

Apabila Ibu Melahirkan Tuannya

Pernahkah anda terdengar kata-kata tentang ibu yang melahirkan tuanya? Kata-kata ni terdapat dapat hadis Rasulullah SAW dan terdapat dua terjemahan yang dibuat dan ia berkait dengan tanda-tanda kiamat.

Ketika Rasulullah SAW ditanya oleh Malaikat Jibril as tentang kiamat maka baginda Rasulullah SAW menjawab

 “Seorang budak wanita atau wanita merdeka (Al Amah) akan melahirkan tuannya dan engkau akan melihat para rakyat jelata yang miskin akan tinggal di gedung-gedung yang menjulang tinggi” (HR : Muslim)

Apakah maksud hadis tersebut? Menurut para ulama yang menterjemahkan, ianya menjelaskan tentang akan berlaku banyak kes anak-anak yang derhaka dengan ibu bapa sehingga ada yang sanggup melayan ibu bapa seperti orang suruhan dan tidak menjaga kebajikan ibu bapa dengan baik.

Malah ada yang turut menzalimi dan menyeksa ibu bapa mereka tanpa belas kasihan. Dan itulah merupakan salah satu tanda kiamat semakin hampir dengan kita.

Jika kita lihat disekeliling kita sekarang, berapa banyak kes -kes penderaan dan penganiayaan  ibu bapa berlaku.

Kita yang dulunya ditatang, dibelai dan dibesarkan dengan kasih yang tidak ternilai namun zalimnya kita membalas budi dan jasa mereka dengan menderhaka kepada mereka.

Di usia tua ini, disaat ibu bapa kita sudah tidak mampu lagi menguruskan diri sendiri ditambah pula dengan tahap kesihatan yang tidak menentu, inilah saatnya untuk kita berbakti dan membalas jasa mereka.

Namun, sedihnya ramai yang memilih untuk lepas tangan dan ada yang sanggup membuang ibu bapa mereka dengan menghalau mereka atau menghantar kerumah orang-orang tua.

Padahal merekalah ladang pahala kita, untuk kita tuntut bersama menghadapi pengadilan yang Maha Esa.

 

Selagi Ada Hargailah Mereka

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w dan bertanya:(Wahai Rasulullah, Siapakah orang yang paling berhak aku hormati? Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.” Lelaki itu berkata lagi: “ Siapakah setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “ Ibumu.”

Lelaki itu bertanya lagi: “ Siapa lagi setelah ibuku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Ibumu.” Lelaki itu bertanya lagi: “ Lalu siapa lagi sesudahnya?” Nabi s.a.w menjawab: “ Ayahmu.”) HR Bukhari

Selari dengan hadis Rasulullah s.a.w untuk mengagungkan ibu dan sentiasa menghormati mereka.

Bagi anak lelaki, syurga mereka dibawah telapak kaki ibu, jadi janganlah kita tergolong didalam golongan orang-orang yang menderhaka.

Bagi yang duduk berjauhan, sentiasalah melawat ibu bapa anda, railah mereka, bahagiakan hati dan jiwa mereka dengan kasih sayang yang tulus ikhlas.

Selagi mereka masih bernyawa, jadilah mereka orang yang paling bahagia di dunia.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN