Bagi ibu hamil, mengidam adalah perkara sinonim ketika menjalani proses mengandung. Ada yang ingin menjamah makanan yang sukar dicari, tidak kurang juga yang membuat permintaan pelik. Keinginan untuk makan sesuatu makanan tidak boleh disekat-sekat sehinggakan boleh menitis air mata jika tidak dapat.

Kira-kira 85 peratus wanita mengidam sekurang-kurangnya satu jenis makanan semasa hamil.

Apa itu mengidam? Mengidam ialah perasan keinginan yang terlalu tinggi untuk makan makanan yang jarang dimakan atau melakukan sesuatu yang pelik.

Seperti contoh seorang wanita dikenali sebagai Puteri Nazwa mempunyai keinginan pelik ketika mengandung apabila ingin menaiki bas. Bukan itu sahaja, menurut suaminya, Adli Rohaizan, isteri beliau juga mahu melihat sekatan jalanraya JPJ atau polis. Ini memang sangat pelik.

Sumber: Facebook

Sumber: Klick

 

 

 

 

 

 

 

Fakta Atau Mitos?

Biasanya mengidam ini berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Dalam kamus perubatan, tiada istilah mengidam ketika mengandung kerana ia bukan disebabkan oleh kesan perubahan hormon bakal ibu.

Namun, orang tua-tua ada menyebut jika ibu hamil tidak dapat makan apa yang diidamkan, nanti anak yang lahir akan mengeluarkan air liur sahaja. Hakikatnya tiada bukti perubatan membuktikan hal tersebut. Ia sekadar mitos orang tua-tua sahaja kerana mengidam tiada kaitan dengan perkembangan bayi.

Sebenarnya, mengikut fakta perubatan, rasa mengidam yang dialami oleh bakal ibu diakibatkan oleh hormon-hormon yang aktif sepanjang kehamilan iaitu meningkatnya hormon progesteron.

Peningkatan hormon tersebut berkait dengan fungsi dan metabolisma tubuh badan dan salah satunya pada organ pencernaan dan pengeluaran air liur.

Sumber: Mom Junction

Tidak perlu khuatir sekiranya tidak dapat memenuhi permintaan mengidam isteri yang sedang mengandung. Ini kerana apa yang diidamkan isteri tidak ada hubungan dengan janin yang dikandung. Misalnya jika mengidam makan makanan yang manis tentu sahaja ia tidak elok dijadikan amalan kerana meningkatkan risiko obesiti ketika hamil.

Bagaimanapun tidak salah suami memenuhi keinginan ibu hamil yang mengidam makan sesuatu asalkan sahaja makanan tersebut tidak memudaratkan bakal ibu dan bayi dalam kandungan dan jangan dimakan berlebihan.

 

Apa Makna Disebalik Rasa Mengidam?

Sesetengah pakar nutrisi dan pengamal perubatan percaya bahawa keinginan terhadap sesuatu membawa makna tertentu. Contohnya, keinginan untuk makan ketulan ais dan perkara-perkara pelik seperti puntung rokok mempunyai kaitan dengan kekurangan zat besi. (walaupun bahan-bahan ini tidak mengandungi zat besi.)

Sumber: Tastessence

Sesetengah pengamal perubatan alternatif percaya bahawa keinginan terhadap coklat mungkin dicetuskan oleh kekurangan vitamin B dalam badan.

Begitu juga, keinginan terhadap daging jelas menunjukkan badan memerlukan protein. Dan mereka yang memakan banyak buah pic, mungkin kerana badannya memerlukan beta karotina.

Hakikatnya, ibu mengidam ini fakta atau mitos terpulang kepada individu untuk menilainya. Tidak salah untuk mengidam namun jangan berlebihan sehingga memberi kesan kepada anda dan juga orang disekeliling.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wanita mengidam ini terlalu mengikut perasaan dan mengada-ngada?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN