Haneesya Hanee yang telah dinobatkan Artis Baru Wanita Popular dalam anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini seringkali dilanda kontroversi.

Malah sejak penglibatannya di dalam satu pertandingan Dewi Remaja lagi namanya sering menjadi bualan kerana warna kulitnya yang gelap.

Ada yang berpendapat Haneesya sengaja mencari publisiti dengan memainkan isu warna kulitnya sendiri sedangkan ramai artis yang mempunyai tona warna kulit yang gelap juga.

Walaubagaimanapun, isu tersebut menjadi besar apabila terdapat netizen yang membuat jenaka dan seolah-olah menyamakan warna kulit Haneesya itu dengan objek berwarna hitam seperti hajarul aswad dan boba.

 

Ibu Berang, Buat Laporan Polis

Ekoran sikap keterlaluan netizen yang menghina fizikal haneesya, ibunya, Nor Sakuraneeda membuat laporan polis terhadap dua orang netizen yang terlibat.

Beliau juga telah membuat satu video pendek yang telah dimuatnaik Haneesya sendiri di media sosial Twitternya.

Beliau meminta netizen yang di sebutkan nama dengan memberikan tempoh dua minggu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.

Selepas video tersebut dikeluarkan, kedua-dua individu yang didakwa itu telah memohon maaf secara terbuka di media sosial Twitter mereka.

Dalam pada masa sama, beliau juga meminta supaya netizen berhenti mengungkit kisam silam anaknya yang sudah menginsafi perbuatannya terdahulu.

Sebelum ini, Haneesya pernah mencetuskan kontroversi apabila gambarnya sedang parti di sebuah kelab malam tersebar sehingga kemenangannya sebagai juara Dewi Remaja ditarik balik.

 

Black Nasihat Jangan Melatah

Penyanyi Black Hanifah yang turut mempunyai tona kulit yang agak sama menasihati Haneesya agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap dijadikan bahan jenaka. 

Sumber: Beautifulnara

Sepatutnya kata Black, keunikan itu dijadikan sebagai senjata untuk mengembangkan bakatnya, membina nama dalam industri seni.

Black berpendapat, Haneesya dan keluarganya itu mungkin belum biasa dan terkejut berhadapan dengan situasi sebegini di media sosial kerana Haneesya baru menapak didalam industry hiburan.

Black turut mengakui dia tidak pernah terasa hati sekiranya ada orang yang mengejak warna kulitnya dan menganggap ia sebagai satu kelebihan dirinya yang tidak ada pada artis lain.

Lebih baik jangan melayan provokasi dari pihak luar dan buktikan kepada masyarakat bakat yang kita ada supaya mereka akan lebih menghargai dan menghormati kita.

 

Laporan Polis Bukan Sebab Kulip Gelap

Selepas mendapat kecaman dan hinaan dari netizen atas laporan polis yang dibuat, Nor Sakuraneeda menjelaskan tujuan sebenar laporan polis yang telah dilakukannya sebelum ini.

Ramai yang beranggapan ibu Haneesya bertindak sedemikian berikutan isu kulit gelapnya.

Katanya, tujuan dia melakukan laporan tersebut adalah kerana dia menerima mesej berbaur ugutam, penggunaan foto Haneesya tanpa izin dengan niat mengaibkan dan menghina tempat tinggal mereka. Tambahnya, beliau tidak kisah netizen menghina kulit gelap.

Dengan rasa kecewa dan sebak, ibu Haneesya mengoyakkan laporan tersebut dan redha dengan hinaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada mereka sekeluarga.

Namun dia turut mengajak orang ramai yang menyokong mereka untuk hadir ke majlis doa selamat serta kempen anti buli yang diadakan di rumah Program Perumahan Rakyat(PPR) Pudu pada 12 Oktober ini.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah tindakan ibu Haneesya ini over?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN