Hari demi hari, terlalu banyak tragedi menyayat hati menimpa kanak-kanak dan bayi disebabkan kecuaian dari pihak pengasuh mahupun ibu bapa itu sendiri.

Sumber: Cempedak Cheese

Dan yang terbaru, timbul lagi kes di mana seorang bayi, Muhammad Alif Ridhwan Wahab berusia 18 bulan dilaporkan maut selepas ditemui tersembam di dalam baldi berisi dengan air di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Terengganu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua ibu bapa mangsa dikatakan tidak sedar akan tindakan anaknya itu berikutan kedua-duanya sedang tidur selepas keletihan bekerja.

Sebaik bangun dari tidur, bapa mangsa menemui anaknya itu sudah dalam keadaan kebiruaan dan tidak sedarkan diri di dalam baldi sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Sumber: Utusan Online

Kejadian menyayat hati itu bagaimanapun mengundang keprihatinan netizen yang tidak putus-putus memberi ucapan takziah di samping menasihati ibu bapa di luar sana supaya lebih peka terhadap pergerakan anak lebih-lebih lagi yang masih kecil.

 

Ibu Bapa Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Melihat kepada kes ini, memang jelas sekali insiden tersebut disebabkan kecuaian daripada ibu bapa itu sendiri.

Memang insiden sebegini tidak dapat diduga namun sekiranya anak tersebut sudah besar dan tahu merangkak, soal keselamatan di dalam dan di luar rumah perlu sentiasa diambil kira oleh ibu bapa.

Sumber: The Rakyat Post

Sekiranya tidak, mereka mungkin akan berdepan dengan tindakan undang-undang yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tindakan undang-undang sebegini adalah perlu bagi memberi pengajaran kepada ibu bapa serta penjaga di luar sana untuk tidak memandang remeh soal keselamatan anak sehingga berlakunya kemalangan mahupun kematian.

 

Perlu Peka Pergerakan Anak

Sumber: Abdullah Mutazahhid – WordPress.com

Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja baik di luar mahupun di dalam rumah. Walaupun, rumah yang didiami oleh ramai orang dewasa, tidak semestinya ianya selamat kepada bayi dan kanak-kanak.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, adalah menjadi tanggungjawab mereka sepenuhnya untuk menjaga dan melindungi anak daripada sebarang ancaman keselamatan terutama sekali apabila melibatkan kawasan bilik air dan tandas yang merupakan kawasan bahaya.

OIeh itu, bagi mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku, ibu bapa diingatkan supaya menutup pintu bilik air sepanjang masa bagi mengelak kejadian lemas.

Dalam hal ini, keselamatan anak-anak tidak boleh dipandang enteng kerana nyawa mereka tidak boleh ditukar ganti.

Kita sebagai orang dewasa perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah ibu bapa dikenakan tindakan undang-undang atas kecuaian menjaga anak?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN