Zaman sekarang, rata-rata pasangan yang berkahwin dan mempunyai cahaya mata perlu  bekerja demi menyara hidup dan menampung kos sara diri yang semakin meningkat kini.

Jika hanya hidup berdua mungkin masih mampu untuk meneruskan kehidupan, namun jika sudah mempunyai anak pasti akan bertambah kos yang perlu dibiaya samada dari aspek keperluan asas mahupun tambahan.

Apabila kedua-dua ibu dan ayah bekerja, pastinya mencari pengasuh mahupun taska adalah keperluan yang perlu dan disediakan agar anak-anak mempunyai tempat yang sesuai untuk ditinggalkan ketika mereka keluar bekerja.

 

Upah Pengasuh Mahal,Beri Pada Ibu Bapa

Namun, ramai berpendapat bahawa upah pengasuh sekarang agak mahal dan lebih memilih untuk meminta ibu dan bapa mereka untuk tolong menjaga cucu-cucu yang masih belum bersekolah.

Yang menjadi persoalan, wajarkah ibu bapa yang sudah tua itu dijadikan tempat untuk melepaskan beban yang sepatutnya menjadi tanggungjawab mereka sendiri?

Bukankah lebih sesuai jika datuk dan nenek yang sudah tua itu diberi peluang untuk berehat dan menikmati kehidupan di akhir usia ini dengan tenang?

Adakalanya bukan isu kekangan kewangan, namun alasan seperti anak-anak tidak serasi dan sukar untuk mencari pengasuh yang boleh dipercayai menjadi alasan untuk anak-anak ini ‘membuli’ ibu bapa mereka sendiri.

 

Anak-anak Mula Ambil Kesempatan

Datuk dan nenek mana yang mana sanggup menolak apabila diminta menjaga cucu mereka.

Malah lazimnya mereka akan memberikan jagaan yang sehabis baik seperti mana mereka menjaga anak-anak mereka sendiri dahulu.

Namun malangnya, ramai anak-anak yang suka mengambil kesempatan dan memanipulasi kebaikan ibu bapa mereka ini.

Ada yang kadang kala sengaja membuat alasan untuk pulang lewat sedangkan waktu kerja di pejabat sudah lama tamat.

Malah ada juga pasangan suami isteri yang sempat berjalan-jalan di kompleks membeli belah dan menikmati masa ‘bujang’ mereka sebelum balik ke rumah.

Sedangkan datuk dan nenek yang menjaga cucu di rumah terkontang-kanting dengan ragam anak kecil yang berbagai dan ianya pasti sangat memenatkan.

 

 Pengasuh Juga Nak Sara Keluarga

Memang benar, tidak dinafikan upah mengasuh sekarang bukanlah seperti zaman dahulu.

Dulu, banyak pengasuh yang hanya meminta sumbangan ikhlas dari ibu bapa kerana tidak ramai yang memerlukan khidmat pengasuh dan jarang ibu-ibu zaman dahulu turut bekerja.

Namun sekarang, ramai ibu-ibu yang bekerja demi membantu suami menyara keluarga.

Malah profesion sebagai pengasuh juga boleh dianggap sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada pengerak ekonomi negara.

Jika anda betul-betul pandai dalam bab penjagaan kanak-kanak dan mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh pihak kerajaan, anda mampu menjana puluhan ribu ringgit sebulan dengan membuka sebuah taska sendiri.

Kerana itu ramai yang tidak malu untuk menjadi pengasuh mahupun menjadikan rumah mereka sebagai pusat transit untuk kanak-kanak yang bersekolah.

Isu harga upah mengasuh yang mahal tidak patut dipertikaikan oleh segelintir ibu bapa, jika ingin dibandingkan dengan kepenatan melayan kerenah dan ragam anak-anak asuhan mereka.

Malah mereka juga mempunyai keluarga yang perlu disara, jadi wajarlah jika mereka menetapkan sejumlah bayaran mengikut umur dan keperluan si anak dan setanding dengan tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Tak mampu tak payah kerja, kalau mampu carilah pengasuh. Jangan bebankan ibu bapa anda!

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN