Sejak kebelakangan ini, isu bayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sering menjadi bualan masyarakat mahupun dalam kalangan ahli jemaah menteri.

Sejak dulu lagi, isu ini tidak pernah selesai walaupun kerajaan sudah menggesa peminjam untuk membayar hutang tersebut dalam tempoh masa yang diberi selepas mereka tamat pengajian.

Mengapa perkara ini berlaku? Adakah disebabkan sikap peminjam yang masih tidak sedar bahawa mereka tetap perlu membayar kembali hutang yang sudah dibuat dalam apa jua cara sekalipun.

Tahukah anda, jumlah keseluruhan hutang yang tidak dibayar oleh peminjam PTPTN adalah berjumlah RM36 billion. Tidakkah jumlah itu besar di mata anda?

Peminjam perlu sedar, kalau sudah dinamakan hutang, ianya tetap perlu dibayar sama ada secara ansuran mahupun pelbagai cara dan kaedah yang lain.

Adakah disebabkan peminjam tidak bayar wang pinjamannya menyebabkan negara mengalami kerugian yang tinggi?

 

Peminjam Tidak Ada Kerja atau Memang Liat Nak Bayar Hutang?

Sumber: Her Campus

 Ramai di kalangan peminjam mengambil mudah isu ini kerana mungkin bagi mereka hutang PTPTN bukanlah satu hutang yang perlu diselesaikan pada kadar segera.

Tanggapan tersebut perlu diubah sama sekali kerana ianya boleh memusnahkan impian anda sendiri di mana dahulu, jika si peminjam tidak membuat bayaran PTPTN, nama mereka pastinya akan terus disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen mahupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Melihat kepada jumlah penghutang yang semakin banyak, kerajaan kini sudah mengatur strategi dengan melaksanakan penangguhan bayaran hutang untuk mengetahui sebab mahupun punca si peminjam tidak mahu membayar hutang mereka.

Dari situ, mungkin yang membuat penangguhan disebabkan tidak memperoleh pekerjaan, gaji permulaan yang sedikit atau sebab-sebab lain.

Dengan membuat penangguhan bayaran, syarat kelonggaran akan diberi kepada peminjam yang masih tidak mempunyai pekerjaan serta yang berpendapatan bawah RM4,000.

Namun begitu, bagi yang sudah memiliki pekerjaan, anda seharusnya membayar hutang dan tidak melarikan diri begitu sahaja.

 

Berapa Ramai Graduan Menganggur Selepas Tamat Pengajian?

Jumlah graduan menganggur saban tahun juga dilihat semakin membimbangkan apabila jumlahnya dikatakan semakin meningkat.

Tahun lalu sahaja, jumlah graduan menganggur selepas tamat pengajian direkodkan sebanyak 54,103 daripada 238,187 siswazah yang menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian masing-masing.

Disebalik angka itu pasti ada sebab mengapa mereka masih lagi menganggur walaupun ada di antara graduan kita merupakan graduan cemerlang dan mempunyai Nilai Purata Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi ketika di Universiti.

Atau mungkin peningkatan jumlah graduan yang menganggur ini juga disebabkan keadaan ekonomi yang lemah sekaligus memberi tempias kepada para graduan untuk mencari pekerjaan yang diidamkan mereka selama ini.

Jadi, mungkin disebabkan itu ramai graduan yang sehingga kini masih tidak mampu untuk membayar pinjaman PTPTN mereka.

Selain itu, PTPTN juga mempunyai pelbagai alternatif lain yang membenarkan individu tersebut membuat pilihan sama ada mereka mahu membuat permohonan penangguhan bayaran balik, memohon penstrukturan semula pinjaman, penjadualan semula bayaran balik pinjaman atau berjumpa dengan pihak PTPTN bagi membincang cara lain selain membuat potongan gaji.

 

Mana Perginya Kesedaran Sivik Dalam Diri?

Sumber: Says.com

Apabila kita semakin meningkat dewasa, pelbagai masalah dan perkara sering menjadi persoalan sehingga kadang kala membuatkan kita serabut apabila memikirkannya.

Bagi pelajar yang baru sahaja tamat pengajian, anda pastinya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di universiti kemudiannya berbakti kepada ibu bapa.

Untuk terus memasang impian tersebut, anda tidak mahu menyusahkan ahli keluarga untuk membayar yuran pengajian anda dan disebabkan itu anda terpaksa berhutang dengan PTPTN.

Dipercayai ketika sedang belajar, ada segelintir daripada peminjam yang menyalahgunakan duit tersebut untuk membeli telefon, berfoya-foya bersama teman. Seharusnya duit tersebut boleh digunakan untuk menjadi simpanan supaya dapat membayar ansuran pinjaman semula.

Tidak ingatkah anda ketika sedang beratur panjang dan ketika menandatangani perjanjian PTPTN itu sudah tertulis bahawa si peminjam perlu membayar hutang selepas tamat pengajian dalam tempoh 3 tahun.

Walaupun kerajaan menyarankan atau membenarkan untuk peminjam membayar semula hutang selepas memperolehi gaji minima RM4000, namun sekiranya anda mempunyai wang lebihan setiap bulan, tidak salah untuk membayarnya.

Apa yang dapat dilihat anak muda sekarang lebih banyak menghabiskan wang mereka dengan membeli kereta mahal, bercuti di luar negara, membeli gajet baru dan pelbagai kehendak diri yang lain. Sebaiknya duit yang dihabiskan untuk kehendak anda itu lebih baik digunakan untuk membayar wang pinjaman PTPTN.

Sikap yang sengaja tidak mahu membayar hutang PTPTN ini bukan sahaja menjejaskan individu tersebut malah memberi kesan yang amat besar terhadap negara.

Peminjam juga perlu sedar bahawa wang pinjaman PTPTN yang dibayar itu akan digunakan semula untuk membiayai pelajar-pelajar generasi akan datang yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti sama seperti kita.

KATA ORANG

Fetch Tweets: Invalid or expired token. Code: 89

KATA ANDA

Wajarkah peminjam PTPTN membayar semula pinjaman selepas memperolehi gaji RM4000 seperti saranan kerajaan?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN