Sejak Pakatan Harapan menerajui pemerintahan, pelbagai pembongkaran demi pembongkaran yang dikatakan salah urus kewangan negara oleh kerajaan Barisan Nasional.

Untuk mengukuhkan lagi dakwaan tersebut, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa hutang negara yang diwarisi dari kerajaan terdahulu sudah mencecah RM 1 trilion.

Sumber: Free Malaysia Today

Jumlah RM 1 trilion merangkumi hutang KDNK sebanyak 686.8 bilion, hutang jaminan kerajaan oleh entiti perniagaan merangkumi RM199.1 bilion dan hutang-hutan lain seperti hospital, sekolah, hostel, balai polis, jalan raya serta lain-lain.

Rakyat Sanggup Derma Duit Untuk Sumbang Pada Kerajaan

Boleh dikatakan kebanyakan rakyat menzahirkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku. Sehinggakan ada yang memulakan langkah kutipan dana menyebabkan Tabung Harapan Malaysia diwujudkan. Sumbangan yang diberikan terdiri daripada individu, ahli politik, malah golongan korporat dalam membuktikan kasih dan sayang mereka terhadap negara.

Sumber: Malaysiakini

Malangnya selepas setahun berlalu, ternyata tidak banyak perubahan yang mampu dilakukan dalam usaha mengurangkan kadar hutang. Kerajaan terus meningkatkan jumlah hutang negara.

Isu ini bukan perkara baru malah acap kali dilaporkan di dada akhbar tempatan. Menerusi Free Malaysia Today hutang negara telah bertambah sebanyak RM58 bilion dalam tempoh 6 bulan.

Kerajaan Tambah Lagi Pinjaman?

Pensyarah dari Universiti Tun Abdul Razak, Barjoyai Bardai berkata, hutang kerajaan persekutuan telah meningkat daripada RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 kepada RM799.1 bilion pada masa sekarang. Nisbah hutang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menunjukkan trend menurun pada tahun 2018 iaitu sebanyak 48.7 peratus pada akhir Q1 2018, kini mengalami peningkatan 4 peratus menjadikan 52.7 peratus pada akhir Q2 2019.

Sumber: Berita Harian

Sungguhpun kutipan cukai jualan dan perkhidmatan melepasi jumlah yang diunjurkan, hasil yang diperoleh masih jauh rendah berbanding cukai barang dan perkhidmatan (GST). Lebih memeritkan sekiranya trend perbelanjaan rakyat terus merosot, ini akan mendatangkan masalah yang serius kepada ekonomi negara. Itu merupakan kenyataan jujur dari golongan akademik, bukan politik.

Desas-desus hutang negara bertambah sudah kedengaran sejak dari bulan April yang lalu. Menerusi laporan Malaysia Gazette, Menteri Kewangan didakwa telah melakukan pinjaman sebanyak RM3.5 bilion. Dalam masa yang sama beliau sendiri mengakui bahawa keseluruhan hutang negara telah melepasi kadar RM1.1 trilion.

Dah Jimat-Cermat Tapi Hutang Meningkat Juga

Persoalan yang timbul ialah benarkah kerajaan ingin mengurangkan hutang negara? Dengan penyusutan segala bantuan dan peruntukan kepada rakyat kita melihat kerajaan seolah-olah ingin mengurangkan perbelanjaan tahunan. Namun begitu, dari segi praktikal, pinjaman demi pinjaman yang dilakukan memaparkan kepada kita bahawa ada kelemahan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Dengan peningkatan hutang negara pada masa kini, adakah kerajaan akan terus mempersalahkan kerajaan lama atas apa yang terjadi atau mengakui permasalahan yang dihadapi?

Sekali dua, mungkin rakyat akan percaya, tetapi sekiranya permasalahan sama diratibkan pada kesilapan kerajaan lama, rakyat akan memandang sinis dengan segala hujah yang diberikan oleh kerajaan.

Tidak cukupkah rakyat berkorban sehingga Tabung Harapan Malaysia mencecah 202,716,775.10? Jujur sahaja lah sekiranya kerajaan gagal menguruskan kewangan negara dengan baik. Tidak perlu ada ‘kluk klek’ dan menyalahkan pemerintah terdahulu sebagai modal politik untuk menyelamatkan diri.

Jangan Guna Alasan Yang Sama

Ya benar tidak kedengaran kes-kes rasuah di zaman pemerintahan Pakatan Harapan dan disebabkan itulah rakyat lakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu. Dalam masa yang sama kerajaan harus buktikan dengan ketiadaan rasuah ekonomi negara berada dalam landasan yang sebenar.

Sumber: Kapital.my

Sebagai rakyat, sekiranya keperitan hidup tidak ubah seperti zaman pemerintahan Barisan Nasional, apa lagi yang perlu mereka percayakan. Yang untung adalah orang-orang politik dengan penerimaan pangkat, jawatan dan elaun. Bagi rakyat, nasib mereka tetap sama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda rasa kerajaan Pakatan Harapan mentadbir ekonomi dengan betul?
6 votes · 6 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN