Pemandu kenderaan yang menggunakan lampu berwarna putih dan tidak mengikut standard bakal dikenakan denda sehingga RM2,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

Sumber: The True Net

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam perbahasan sidang Dewan Rakyat berkata, sebarang pemasangan lampu HID kereta secara retrofit yang tidak mematuhi spesifikasi adalah tidak dibenarkan, kecuali penukaran keseluruhan sistem pemasangan-penuh lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

Menurut beliau, pemasangan secara aksesori dengan izin, retrofit dengan kuasa melebihi standard yang ditetapkan, boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dan seterusnya akan memudaratkan pengguna lain.

 

Ada Akta Dikuatkuasakan Untuk Pemandu Guna Lampu HID

Mana-mana kenderaan yang menggunakan lampu HID yang yang dipasang secara aksesori retorit boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 .

Ia ditafsirkan sebagai keadaan kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah sentiasa tidak mengakibatkan atau memungkinkan bahaya kepada orang di dalam kenderaan atau di atas jalan raya dan akan didakwa di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Perlu Ikut Spesifikasi United Nation Regulations 48 (UNR48)

Sumber: Selangorkini

Di bawah undang-undang yang ditetapkan oleh United Nation Regulations, pemasangan lampu HID yang diluluskan diletakkan di bawah tiga pematuhan iaitu UNECE R48: Installation Of Light, UNECE R98: Gas-Discharge Headlamp serta UNECE R99: Gas-Discharge Headlamp Source dan pemasangan lampu HID yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang mematuhi standard disebutkan.

Sumber: Paul Tan

Sebagai contoh, United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) maksimum 4,300K. Tetapi dalam pasaran, terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K.

Dan rasanya, pihak kerajaan perlu mengawal lampu HID dijual secara bebas di kedai aksesori kenderaan dan kenderaan baru juga perlu mengikut spesifikasi asal bukannya boleh diubah-suai sesuka hati sehingga menyalahi peraturan pengangkutan jalanraya.

 

Rakyat Setuju Kerajaan Laksanakan Secara Tegas Kepada Pemandu Ini

Kesan HID kepada pemandu lain

Sumber: Era Baru

Hal ini kerana ramai pengguna jalanraya mengadu yang mereka menghadapi masalah dengan pemandu yang menggunakan lampu HID terutama pada waktu malam.

 

Sumber: Era Baru

Penglihatan mereka terganggu akibat dari kenderaan yang menggunakan lampu tinggi kerana silau cahaya yang terlampau terang. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada penglihatan pemandu lain sekaligus membawa risiko kemalangan di jalanraya.

Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya sebab ianya terang dengan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan lampu HID ini terpaksa berhati-hati sebab lampu HID terlalu silau lebih-lebih lagi ketika mereka membuka lampu tinggi pada waktu malam.

Sumber: Vitdaily

Begitu juga ketika waktu hujan lebat sukar untuk nampak cahaya lampu putih HID dan ini pasti boleh membawa kepada kemalangan sekiranya tidak berhati-hati ketika memandu.

Bagaimanapun, peraturan ini tidak dikuatkuasa sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Semakin banyak kenderaan yang memasang lampu putih ini walaupun ia membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber: apipotoblog.com

Mungkin lampu HID ini hanya sesuai untuk kenderaan yang masuk ke dalam pedalaman atau kawasan yang gelap. Kalau mereka hendak memasang juga, perlulah cari keadah yang terbaik seperti dipasang untuk lampu tinggi saja dan lampu rendah hendaklah dipasang dengan lampu biasa.

Lampu ini hanya sesuai digunakan di tempat yang gelap yang tiada kenderaan menuju arah yang bertentangan agar ianya tidak merbahayakan pengguna jalan yang lain.

 

Rakyat Juga Mahu Hukuman Lebih Berat

Ada juga sebilangan besar rakyat di negara ini mahu kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat daripada apa yang diumumkan itu.

Sumber: Media Selangor

Mereka mahu hukuman yang lebih berat ini dapat memberi pengajaran kepada pemandu yang degil yang selalu menggunakan lampu HID tidak mengira masa dan tempat.

Sumber: Media Selangor

Bayangkan nasib pemandu lain yang terpaksa menahan silau lampu kereta pemandu bertentangan. Ia boleh merosakkan pandangan untuk memandu.

Sumber: Media Selangor

Mata mungkin akan menjadi sakit akibat pantulan lampu HID ini. Sebab itu penguatkuasaan ini perlu. Kalau dulu pemandu guna HID tidak makan saman, kali ini diharap kerajaan buat betul-betul banteras mereka ini dan jangan pilih kasih.

Denda juga kereta mewah yang menggunakan lampu HID yang tinggi sepanjang perjalanan.

 

Jika Dikuatkuasa Boleh Kurangkan Kemalangan

Walaupun punca kemalangan yang berlaku bukan hanya penggunaan lampu HID, namun sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman telah mengumumkan statistik kematian akibat kemalangan jalan raya yang berlaku dalam tempoh Januari hingga September 2017, iaitu melibatkan 5,083 kematian.

Menurut Pengarah JSPT, SAC Sharul Othman Mansor, daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan melibatkan pelajar sekolah berusia di antara 6 hingga 20 tahun diikuti jumlah golongan tersebut yang cedera parah seramai 1,150 orang dan 1,675 orang cedera ringan, Bernama.

Selain itu, dalam tempoh sama kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal berumur 16 hingga 25 tahun adalah tertinggi direkodkan iaitu sebanyak 1,043 kes daripada 3,232 kes.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah denda dan hukuman penjara dapat mengurangkan pemandu pakai lampu HID?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN