Pasti ramai yang sudah tahu, sejak 3 April 2019 negara Brunei mula mempraktikkan hukum hudud bagi rakyat negaranya yang beragama Islam. Melalui undang-undang yang mengikut syariat Islam itu juga, Sultan Brunei mengisytiharkan akan menjalankan hukuman rejam bagi orang beragama Islam yang terlibat dengan kegiatan LGBT.

Tindakan dan keputusan yang diambil Sultan Brunei menerima pelbagai kritikan samada positif mahupun negatif dari seluruh dunia.

Bagi yang beragama Islam, hukum hudud bukanlah sesuatu yang asing kerana ianya sudah dipraktikkan sejak zaman nabi lagi.

Ada sebab mengapa hukum hudud ini dijalankan, bagi umat Islam, bagi yang melakukan kesalahan zina,mencuri, meminum arak dan qadzaf, hukum hudud merupakan salah satu cara untuk meringankan hukuman yang akan diterima di akhirat kelak.

 

Hanya Untuk Muslim Sahaja

Tindakan negara Brunei ingin menjalankan hukum hudud ini menjadi pertanyaan bukan sahaja di kalangan bukan Islam malah orang Islam sendiri ada yang masih kurang jelas tentang apa dan bagaimana sesuatu hukuman itu dijatuhkan keatas pesalah.

Secara umumnya, pasti hukuman seperti rejam dan memotong anggota badan dilihat sangat kejam dan zalim. Namun bukan mudah sesuatu hukuman itu untuk dijatuhkan terhadap seseorang. Malahan hukuman ini hanya akan dijatuhkan kepada orang Islam sahaja, jadi orang bukan Islam tidak perlu risau dan khuatir.

Antara contoh yang boleh diberi ialah apabila seseorang ditangkap kerana mencuri, orang tersebut akan disiasat terlebih dahulu punca mengapa dia bertindak untuk mencuri. Dan jika sebabnya kerana dia miskin dan terpaksa mencuri untuk memberi makan kepada keluarga, perkara ini akan dirujuk pula kepada ketua kampung pencuri berkenaan.

Jika benar pencuri tersebut miskin dan keluarganya diabaikan oleh orang kampung didalam keadaan daif dan miskin, pencuri akan dilepaskan dan sebaliknya ketua kampung dan penduduk kampung yang akan dihukum kerana tidak menghiraukan jiran tetangga mereka.

Selain itu, hukuman terhadap penzina perlu dibuktikan dahulu tuduhan tersebut dengan bukti dan saksi. Dan jika terbukti tidak bersalah hukum qadzaf akan dijalankan dimana seseorang menuduh orang lain berzina, namun tidak dapat membuktikan kebenaran dengan membawa empat orang saksi untuk membuktikan dakwaan tersebut, si penuduh pula yang akan dihukum kerana cuba mengaibkan orang lain.

 “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang suci (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang-orang saksi, maka rotanlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali rotan, dan janganlah kamu terima kesaksian yang mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah An-Nur: 4)

 

Gerakan Boikot Brunei

Tindakan negara Brunei ini menerima perhatian orang ramai malahan di kalangan selebriti antarabangsa juga. Contohnya Ellen DeGeneres, seorang pelakon dan pengacara terkenal di luar negara yang juga merupakan pengamal seks sejenis dan berkahwin dengan wanita menyeru orang ramai untuk memboikot hotel-hotel di serata dunia yang dimiliki oleh Sultan Brunei.

 

Sumber : Rumahku Syurgaku

Bukan itu sahaja, di Thailand, perarakan memboikot negara Brunei juga dijalankan oleh aktivis LGBT dengan bertindak menyerbu pejabat  kedutaan Brunei di sana kononnya bertujuan menuntut hak kemanusian dan membantah tindakan kerajaan itu untuk melaksanakan hukum hudud.

 

Ramai Yang Sokong, Kenapa kecoh?

Jika dilihat respon-respon orang ramai secara menyeluruh di sosial media, orang-orang yang kebanyakan membantah akan pelaksanaan hukum hudud ini adalah dari golongan yang mengamalkan LGBT sendiri.

Ilmu yang tidak mendalam tentang apa itu hudud membuatkan mereka menyerang tanpa memahami dengan lebih mendalam tentang hukum tersebut.

Dan ramai yang membantah adalah orang-orang yang bukan Islam, dimana hukuman ini tidak akan dilaksanakan keatas mereka. Jadi apa yang ditakutkan?

Dari perspektif penduduk Brunei sendiri, sama ada masyarakat Muslim ataupun bukan Muslim menyokong tindakan kerajaan Brunei tersebut dan akur dengan rela hati menerima keputusan pemimpin yang mereka hormati itu.

Malah, ramai yang setuju pelaksanaan tersebut secara menyeluruh mengurangkan jumlah jenayah dan masalah sosial di negara mereka.

Jika orang yang terbabit dengan undang-undang tersebut pun setuju dan tidak membantah, siapa kita untuk bersuara lantang dan kononnya menuntuk hak kemanusian?

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, perlukah hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia?
16 votes · 16 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN