Di zaman milenia ini, ramai pasangan yang sudah berkahwin kini mengeluh kerana terpaksa tinggal berjauhan daripada suami atau isteri dan anak kerana terikat dengan kerjaya.

Perkahwinan jarak jauh (PJJ) bukan suatu perkara yang boleh dianggap mudah kerana memerlukan pasangan berdikari dan menguruskan segala keperluan sendirian.

Sumber: vps-hosting

Walaupun dihidangkan dengan pelbagai kemudahan yang membolehkan mereka berkomunikasi dengan senang, tetapi pada hakikatnya, walau apa kecanggihan pun yang direka, hubungan jarak jauh tentunya memiliki cabaran tersendiri yang terpaksa dihadapi oleh pasangan.

 

Isteri Curang Dengan Suami Orang

Baru-baru ini warga Twitter dikejut dengan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai seorang doktor, dibelasah teruk ketika sedang bertugas di sebuah klinik swasta yang terletak di Bandar Baru Bangi.

 

Video yang berdurasi dua minit 20 saat itu menunjukkan doktor tersebut dipukul dan dipijak oleh seorang lelaki kerana didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya yang juga merupakan seorang jururawat di klinik berkenaan.

Difahamkan, jururawat tersebut telah curang hampir 10 bulan ketika suaminya bekerja mencari rezeki di Dubai dan video tersebut telah mendapat 162,000 tontonan dan 6,609 ulang kicau serta 4,192 tanda suka.

Mungkin beban suami yang terpaksa menanggung emosi apabila mendapat tahu bahawa isterinya sendiri curang dibelakangnya.

 

Bukti Sudah Ada

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Aiman Ariff Ahmad Amirudin menyatakan bahawa dia sudah mempunyai banyak bukti mengaitkan isterinya curang bersama doktor berkenaan dan hubungan mereka sudah terjalin dalam lapan hingga sepuluh bulan.

Sumber: Twitter

Dia mendapat pelbagai bukti melalui video yang dikirim kepadanya ketika isterinya itu keluar bersama doktor tersebut. Bahkan beberapa bukti lain turut ditunjukkan oleh ibu mertuanya sendiri kerana tidak mahu bersubahat dengan anaknya yang curang itu.

‘Access card’ keluar masuk, video litar tertutup, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel sudah ada dan ia disahkan benar.

 

Dakwa Bini Ada Mental Sebab Curang

Lebih menyedihkan apabila dipihak isteri doktor tersebut telah dilabel sebagai sakit mental oleh suaminya sendiri.

Sumber:penmerahpress.my

Sanggup untuk berlaku curang tuduh isteri sakit mental, tak pandai jaga anak dan tidak mahu bersama apabila diminta sedangkan isterinya menafikan semua itu.

Sumber:penmerahpress.my

Cerita ini dikongsikan oleh Muslim Syah di laman sosial Facebooknya dan dia telah menyenaraikan punca doktor tersebut berlaku curang.

Bagaimanapun isterinya agak terkilan malah dia juga tidak kisah suaminya itu dipukul kerana sikap suaminya yang curang itu. Hati isteri mana yang tidak luluh dengan kenyataan suami begitu kepada orang luar.

 

Bawa Kes Ke Mahkamah

Rata-rata netizen yang mengambil maklum kisah ini menyatakan bahawa sepatutnya Aiman membawa kes ini ke mahkamah syariah dan membawa segala bukti yang ada untuk pihak berkuasa ambil tindakan.

Sekarang kerajaan sudah pun kuatkuasakan undang-undang kepada orang ketiga yang menganggu hubungan pasangan di negara ini.

Sumber: FB Astro Awani

Dengan memukul doktor yang sedang bertugas dan berada di dalam premis atau klinik pada waktu bekerja adalah salah dari sisi undang-undang. Ini kerana tindakan itu dikira menceroboh tempat awam dan sengaja mendatang kecederaan kepada doktor itu.

Bukti ada dimana perakam kejadian itu telah merakam segala bukti yang lelaki berkenaan telah menyerang terlebih dahulu.

Walaupun kesalahan adalah doktor tersebut tetapi sebagai suami yang telah lama menahan kecurangan isterinya, keadaan menjadi tidak terkawal.

 

Tak Banyak Perkara Dilakukan Bersama

Memetik SirapLimau.com, apabila berjauhan, tak banyak yang dapat dikongsi, terutamanya jika kita sentiasa sibuk dan tak dapat berhubung. Benarlah orang kata, sekecil-kecil perkara pun apabila dikongsi akan terasa indahnya.

Sumber:Ilimunasi

Kebanyakan masa, kita terlupa untuk memberitahu perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita. Walaupun perkara kecil seperti mencuba makanan baru, menonton siri drama atau melakukan kesilapan yang lucu, ia boleh terkumpul dan menjadi sesuatu yang besar.

Semua peristiwa ini mungkin terasa sedih apabila diingat kembali kerana anda melakukannya tanpa pasangan anda.

 

Masalah Terpaksa Pikul Sendiri

Memang setiap manusia perlu belajar untuk berdikari. Namun, ada masanya kita amat memerlukan sokongan apabila ditimpa musibah atau ujian yang hebat.

Sumber:USANDV

Ia juga amat mencabar bagi wanita yang sedang mengandung. Apabila ia berlaku, mungkin lebih sukar menceritakan keadaan ini apabila berjauhan.

Kadangkala, kita tak mahu bercerita pun tentangnya. Apa yang kita harapkan adalah seseorang ada disamping kita. Betapa kita ingin merasakan ketenangan dalam kehangatan pelukan mereka!

 

Timbul Rasa Kurang Percaya Pada Pasangan

Menurut Psychology Today, jarak jauh sudah tentu akan meletakkan jurang antara pasangan. Ruang kosong ini terisi dengan kesunyian, kurangnya sentuhan dan hubungan fizikal, dan ini menyebabkan hilangnya sokongan yang diperlukan.

Sumber: Grid.id

Walaupun anda benar-benar ikhlas cintakan pasangan, ia mungkin sukar untuk dizahirkan apabila berjauhan. Dalam keadaan tertekan, salah seorang mungkin akan berasa kurang percaya kepada yang seorang lagi. Apabila terdetik sahaja perasaan begini, cepat-cepatlah beristighfar dan bersangka baik kerana ia mungkin menjadi bibit kepada keretakan hubungan.

Kalau timbul rasa tidak sedap hati, minta penjelasan dan jangan sesekali membuat andaian.

 

Hubungan PJJ Tidak Digalakkan

Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K. Hamzah berkata, PJJ bukan kaedah perhubungan yang digalakkan di dalam Islam.

Hal ini kerana PJJ itu sendiri boleh mendorong campur tangan pihak ketiga. Iblis pasti akan mengambil kesempatan. 

Sumber: ZaloraMalaysia

Sebab itulah pasangan yang mahu berkahwin berunding terlebih dulu. Mereka perlu merancang dan mengenal jenis kehidupan yang hendak dilalui selepas berkahwin.

Jelas Dr Robiah, penelitian dan perancangan masa depan cukup penting dalam membina perkahwinan bahagia. Tambahan, bukan mudah untuk lelaki atau wanita mengekalkan kesetiaan dalam hubungan jarak jauh.

Kalau boleh merayu pertukaran, bertukarlah. Kalau lama sangat melalui fasa PJJ, bimbang hubungan yang baik akan rosak di tengah jalan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah curang ini berkait dengan hubungan PJJ?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN