Perasaan risau dan juga gelisah pasti menyelubungi hidup pemilik kucing kerana memikirkan bagaimana dengan keadaan kucing mereka sepanjang pulang beraya di kampung halaman.

sumber: a pet lover

Perkhidmatan hotel kucing atau dikenali sebagai ‘Cat Boarding’ ini sememangnya menjadi pilihan ramai dan sentiasa penuh setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Ramai yang memilih perkhidmatan hotel kucing kerana mereka tidak mahu membawa pulang kucing mereka ke kampung halaman kerana bimbang kucing mereka meragam di sebabkan tidak selesa dengan persekitaran baru.

 

Sebagai Alternatif Penempatan Sementara

Kini banyak hotel kucing yang boleh didapati bagi memenuhi permintaan semasa musim perayaan yang sudah pasti boleh menjaga kucing anda dengan baik.

Kebanyakkan hotel kucing ini sudah penuh ditempah sebulan awal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri tetapi boleh mencuba nasib kerana masih ada lagi yang menawarkan perkhidmatan hotel kucing di saat-saat akhir ini.

 

 

Selain itu, antara laman yang boleh dilayari untuk mendapatkan perkhidmatan ‘cat boarding’ ialah di https://maobulous.com dan https://www.petbacker.my

 

 

Selamat Atau Tidak?

Memandangkan terlalu ramai yang menghantar kucing mereka di ‘cat boarding’, aspek keselamatan dan juga kesihatan kucing amat dititik beratkan.

Pernah dilaporkan oleh media kes di mana pemilik hotel kucing telah menyebabkan kematian dan juga kehilangan haiwan peliharaan yang diletakkan di pusat jagaan haiwan mereka di Damansara Damai beberapa tahun yang lepas.

Perkara ini terjadi disebabkan mereka menerima permintaan yang terlalu tinggi sehingga berlaku kekurangan pekerja untuk menguruskan kucing-kucing yang telah dihantar.

Pusat-pusat penjagaan ataupun hotel kucing ini kebanyakkan telah menetapkan beberapa syarat antaranya kucing mereka perlu mendapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum dihantar kepada mereka bagi mengelakkan kucing-kucing lain mengalami penyakit.

 

Tingal Kucing Di Rumah Lebih Baik

Terdapat inisiatif lain selain menghantar kucing kesayangan anda di hotel kucing iaitu meninggalkan kucing anda di rumah sahaja.

Kucing anda pasti sudah selesa dengan keadaan persekitaran di dalam rumah berbanding jika menghantarnya ke cat boarding.

Pasti anda risau bagaimana kucing kesayangan anda mahu makan dan minum jika ditinggalkan di rumah tanpa orang menjaganya. 

sumber: buzzsharer

Terdapat beberapa perkongsian di media sosial yang mencadangkan penggunaan food dispenser bagi kucing yang ditinggalkan di rumah.

Pemilik kucing cuma perlu menyediakan food dispenser yag diisi makanan dan minuman yang mencukupi serta bekas najis yang lebih di dalam rumah.

 

Kucing Pun Mahu Beraya

Bagi pemilik kucing yang masih belum mengetahui, kini boleh dapatkan busana raya khas untuk dipakaikan pada kucing kesayangan mereka.

 

 

Sudah banyak dipasaran yang dijual secara atas talian seperti di Shopee, di Facebook dan juga Instagram dan salah satunya Meowku Shop. 

Bukan itu sahaja, pelbagai jenis pakaian yang boleh didapati antaranya ialah Baju Melayu, kurta, songkok, sampin, baju kurung dan juga blaus.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Antara 'cat boarding' dan tinggal di rumah, yang manakah pilihan yang terbaik?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN