Kalau bercerita mengenai sejarah Perang Dunia Kedua sudah pasti ramai yang kenal Adolf Hitler. Baik rupanya, gayanya mahupun oratornya tetap akan diingati ramai. Ini kerana beliau merupakan watak utama yang memulakan Perang Dunia Kedua.

Sumber: Twitter

Ada sesetengah pihak mendakwa beliau merupakan pemerintah kejam, dan ada juga sesetengah pihak lain mendakwa beliau pemerintah yang tegas. Tegas bukan bermakna kejam.

Yang mana benar mahupun tidak bergantung kepada hujah yang dipegang oleh setiap orang. Namun, segala perkara yang diutarakan perlulah berdasarkan fakta pembacaan, bukan andaian.

Pelbagai Versi

Fakta yang diterima pula mempunyai pelbagai versi. Ada yang versi Jerman, versi Russia, versi Barat, versi peneliti mahupun versi ilmuan. Setiap versi pula ada kalanya mempunyai kecenderungan tertentu yang menyebabkan sesuatu fakta seolah-olah seperti wujud ‘vice versa’ (perbezaan yang ketara).

Begitu juga dengan dapatan-dapatan kajian lain yang memaparkan kajian kontradik. Namun fokus yang ingin disampaikan kali ini lebih kepada ke mana hilangnya Hitler selepas Perang Dunia Kedua? Selepas kekalahan Nazi Jerman di tangan Soviet, pelbagai hujah dikemukakan oleh para ilmuan selepas fakta mengenai kematian Hitler secara bunuh diri tidak relevan.

Sumber: Bukalapak

Hitler Lari Ke Indonesia?

Beberapa kajian yang dilakukan oleh Indonesia mendakwa Hitler lari ke Indonesia dan menetap sehingga ke akhir hayatnya. Lebih mengejutkan lagi, ada yang mendakwa Hitler memeluk Islam dan berkahwin dengan masyarakat tempatan ! Malah Hitler dikatakan menggunakan nama Dr. Poch bagi berselindung di sebalik nama asal.

Berdasarkan dokumen yang didedahkan oleh isterinya rakyat tempatan Indonesia, ada yang mempercayai Dr. Poch adalah Hitler. Ia berdasarkan buku catatan Dr Poch yang mengandungi nama orang Jerman yang tinggal di Argentina, Itali, Pakistan, Afrika Selatan dan Tibet. Malah, terdapat dua kod yang tertulis di dalam buku tersebut iaiatu J.R KepaD No.35637 dan 35638, kod simbol lelaki dan wanita.

Sumber: Ardinsyah

Malah, Dr Sosrohusodo kawan rapatnya di Indonesia turut mengesyaki Dr. Poch adalah Hitler. Ini memandangkan kaki kiri yang menyeret ketika berjalan , tangan kiri yang bergetar serta beliau mempunyai kumis mirip Charlie Chaplin. Dikatakan keadaan tersebut seakan sama seperti Hitler yang mengalami kecacatan selepas peperangan di Stalingrad.

Kajian CIA Kata Hitler Lari Ke Benua Amerika Selatan

Sebuah dokumen milik CIA telah mencatatkan bahawa Hitler tidak mati, tetapi telah melarikan diri ke benua Amerika Selatan dengan melalui Colombia dan beberapa buah negara lain sebelum ke Argentina.

Malah, bekas tentera SS Jerman, Philip Citroen mengesahkan kepada CIA keberadaan Hitler di Tunja, Colombia pada tahun 1954. Ia berdasarkan kepada pemerhatiannya di Tunja, yang terdapat ‘Residencies Coloniales’ dengan sebahagian besar merupakan bekas tentera Nazi. Ia diperkukuhkan lagi dengan pengakuan mereka yang menyebut Fuhrer sebagai nama panggilan bagi Hitler.

Berdasarkan dokumentari Hunting Hitler, beberapa buah rumah di kawasan tersebut turut memiliki rangkaian laluan bawah tanah untuk melarikan diri dari kawasan kejiranan berdekatan. Selepas beberapa ketika di Colombia, Hitler dan beberapa pengikutnya berpindah ke Argentina di Hacienda San Ramon sebelum ke Inalco.

Ini kerana, ribuan anggota Nazi turut berada di Argentina selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua untuk mendapatkan perlindungan.

Sumber: Josh Gates Twitter

Sebuah rumah besar Bavaria di Inalco, terletak jauh di kawasan pedalaman dipercayai menjadi rumah terakhir Hitler sebelum meninggal dunia 1962. Ia ditemukan juga kubu yang menjadi perlindungan sekiranya apa-apa berlaku. Untuk memasuki kawasan tersebut amat sukar kerana perlu menaiki bot dengan perjalanan memakan masa berjam-jam.   

Sama ada benar atau pun tidak Hitler menetap dan mati di Indonesia, masih lagi menjadi perdebatan. Ini kerana ada juga pendapat lain menyatakan Hitler melarikan diri ke Paraguay melalui Argentina sebelum menetap selama-lamanya di Brazil.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda percaya Hitler mati di Indonesia?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN