Seperti yang kita semua tahu, tugas dan tanggungjawab tentera adalah menjaga dan memastikan keselamatan negara serta orang awam terjamin termasuklah berhadapan dengan krisis dan perang di sempadan negara.

Sumber: https://www.airtimes.my

Namun, baru-baru ini, seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin mengeluarkan kenyataan yang mendakwa jumlah penjawat awam di negara ini terlalu ramai menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang tinggi sekaligus mengurangkan pendapatan kerajaan.

Ahli perniagaan itu turut mencadangkan kerajaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi situasi yang dihadapi dengan tidak mengambil pekerja baru selain menyemak senarai pekerja di jabatan kerajaan dan memecat pekerja yang tidak diperlukan.

Lebih panas lagi, beliau turut mendakwa anggota tentera kita hanya makan dan tidur yang mana majoriti dari mereka hanya melepaskan tembakan di papan sasaran sahaja. Disebabkan itu, timbul isu di mana beliau mengesyorkan anggota tentera untuk menjadi pengganti kepada pekerja asing yang diupah di ladang FELDA.

Dalam masa yang sama turut mencadangkan Dasar Ekonomi Baharu turut diperluaskan kepada masyarakat bukan Bumiputera.

 

Undang Kemarahan Orang Ramai

Sumber: mStar

Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan ini sama sekali telah mencetuskan kemarahan netizen yang rata-ratanya menyifatkan kenyataan itu sebagai biadab dan tidak menghormati peranan anggota ATM di negara ini.

Tidak kurang juga, ada yang menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli perniagaan ini atas kenyataannya itu.

Kenyataan yang dibuat oleh ahli perniagaan ini jelas sekali menunjukkan masih ada segelintir masyarakat yang tidak faham akan peranan dan tanggungjawab anggota ATM kepada bangsa dan negara sehingga mempertikai bidang tugas mereka.

Tidakkah mereka ini tahu bahawa menggalas tugas sebagai seorang anggota ATM bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan pekerjaan itu boleh diklasifikasikan sebagai salah satu pekerjaan yang paling sukar dan berbahaya di dunia?

 

Semua Pihak Perlu Faham Peranan Dan Jasa ATM

Dalam isu ini, bukan setakat ahli perniagaan ini sahaja namun masih ramai lagi masyarakat di luar sana yang beranggapan bahawa anggota ATM hanya duduk di dalam kem tentera tanpa diketahui tugas dan tanggungjawab mereka kepada rakyat dan negara.

Sumber: https://iluminasi.com

Apa yang mereka tahu, bila mana berlaku malapetaka seperti banjir di Pantai Timur atau gempa bumi di Sabah, barulah khidmat anggota ATM ini diperlukan.

Sebenarnya bukan begitu sumbangan khidmat bakti anggota tentera kepada rakyat dan negara. Banyak lagi sumbangan yang mereka curahkan yang tidak ternilai harganya.

Walaupun dalam keadaan negara makmur pun, mana ada tentera duduk diam dan bersilang kaki di dalam kem. Mereka tetap keluar memberi khidmat kepada mangsa-mangsa bencana banjir, tanah runtuh, mangsa krisis bekalan air dan lain-lain dan bukannya hanya duduk diam ketika rakyat menderita akibat bencana.

Itulah sebabnya sehingga ke hari ini, kerajaan dilihat terus membela kebajikan mereka bagi membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara selama ini.

Sumber: https://iluminasi.com

Jangan disebabkan mereka hanya setakat memakai pakaian beruniform, anda memandang mereka sebelah mata sahaja. Jangan ingat kerajaan selama ini tidak membuka peluang kepada masyarakat bukan Bumiputera. 

Sebelum ini, ada sahaja yang hendak merekrut orang bukan Melayu untuk menyertai tentera tetapi hasrat tersebut bukanlah sesuatu yang mudah memandangkan ramai yang dilihat tidak begitu berminat untuk menjadi tentera disebabkan disiplin ketat, pulangan gaji yang sedikit dan persepsi negatif terhadap kerjaya anggota tentera itu sendiri. 

Meskipun anda duduk goyang kaki di dalam pejabat sekalipun dan bergaji besar, jangan pernah menghina tugas orang lain dengan mengeluarkan kenyataan sebegini.

Tanpa mereka, tiada siapa yang akan mempertahankan keselamatan negara kita dari anasir-anasir jahat.  

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kenyataan yang dikeluarkan ahli perniagaan ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN