Bersempena dengan pembentangan Belanjawan 2020, beberapa stesen televisyen menyiarkan rancangan bual bicara khusus untuk mengulas lebih lanjut dan memberi pendapat mengenai bajet yang diusulkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ada juga yang mengulas dengan pendapat yang bernas dan logik tetapi ada juga pihak yang menimbulkan kontroversi.

Terbaru, tular di media sosial satu klip rancangan temu bual yang membicarakan tentang pekerjaan penghantar makanan yang kini semakin mendapat sambutan dan menjadi pilihan ramai anak muda.

Namun, kenyataan yang dikeluarkan oleh pensyarah jemputan untuk sesi temu bual khas tersebut ternyata sangat kontroversi dan tidak disenangi oleh netizen terutama sekali buat kalangan penghantar makanan.

Dalam temu bual yang disiarkan secara langsung di saluran TV3 itu, pensyarah berkenaan secara terbuka melabelkan pekerjaan penghantar makanan ini sebagai tidak bermaruah dan cuba memperbetulkan kenyataannya itu apabila sedar sudah terlepas cakap.

Pada masa yang sama, pensyarah itu turut mempersoal mengapa graduan yang berkelulusan tinggi mahupun yang sudah memiliki Ijazah Sarjana perlu melakukan pekerjaan sebegitu yang mana pada pendapatnya, perlu ada satu platform yang membolehkan mereka bekerja setara dengan tahap pendidikan mereka itu.

 

Dikritik Pelbagai Pihak

Malangnya, kenyataan yang dikeluarkan pensyarah terbabit telah menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama penghantar makanan yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian mereka demi kelangsungan hidup di dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil pada hari ini.

Dalam masa yang sama, video itu juga turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelakon, Azhan Rani yang telah membuat satu enti di laman Instagramnya dengan menyatakan kekecewaan terhadap pendapat pensyarah itu yang disifatkan telah menjatuhkan integriti sebagai seorang pendidik di universiti ternama negara.

Sumber: Oh My Media

 

Sumber: Oh My Media

 

Baginya, apa yang dikatakan pensyarah berkenaan sesuatu yang mengguris yang mana sebagai seorang pendididik beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Bukan sahaja Azhan, malah ramai lagi yang dilihat panas hati dengan kenyataan pensyarah itu dan rata-ratanya bersependapat dengan Azhan.

 

Tampil Mohon Maaf

Setelah teruk dikecam akibat kenyataan berbaur hinaan itu, pensyarah Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari membuat permohonan maafnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: The Malaysian Post

Seperti yang dipetik Harian Metro, pensyarah itu berkata dia tidak berniat untuk menghina mana-mana pihak, tetapi hanya mahu memartabatkan taraf pekerjaan para graduan mengikut kelulusan.

Sehubungan itu, beliau sama sekali kesal dengan apa yang berlaku dan mengambil iktibar untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

Pada masa yang sama, beliau juga meminta netizen untuk berhenti mengecam dirinya dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau mana-mana pihak yang cuba menimbulkan isu ini sehingga tercetusnya fitnah.

 

Minda Perlu Terbuka, Jangan Cepat Perlekeh Orang

Itulah orang cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!

Dalam isu ini, tidak salah untuk kita memberi pendapat terhadap sesuatu isu itu. Tetapi ingat, dalam pada berkata-kata itu, minda kita harus terbuka dalam sesuatu isu dan janganlah memperlekehkan orang lain.

Sumber: Odisi

Cuba letakkan diri kita di tenpat orang lain untuk memahami mereka kerana kita tidak tahu apa yang mereka perlu hadapi setiap hari demi meneruskan kehidupan.

Jika itu memang sumber periuk nasi mereka, apa salahnya?

Harap selepas ini tidak ada lagi mana-mana individu yang memandang rendah terhadap pekerjaan halal yang ada di Malaysia. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN