Seorang lelaki dilabel rasis selepas sebuah video tular di laman sosial. Dalam video tersebut seorang lelaki dikatakan bertindak memarahi seorang promoter berbangsa Cina kerana mempromosikan sampel minuman beralkohol Carlsberg kepada para pelanggan. Kejadian dikatakan berlaku di Giant Ampang Point.
Namun tindakan lelaki tersebut ternyata mengundang kemarahan netizen apabila dianggap rasis dan memalukan nama Melayu. Hal ini kerana promoter berkenaan hanya menawarkan sampel minuman tersebut kepada pelanggan bukan Islam. Lelaki terbabit juga dikatakan bertindak menunjukkan jari tengah kepada promoter terbabit. Memang biadap. Nak tegur boleh tetapi beradab.
Tetapi masalahnya promoter tersebut berada di bahagian barang bukan halal (non halal), kenapa lelaki tersebut pergi ke tempat non halal? Itu yang menjadi pertikaian netizen berhubung keadaan itu.
Dikritik Hebat Sehingga Padam Akaun Media Sosial
Mohamad Edi Bin Mohamad Riyars, yang dikenali sebagai Edi Rejang telah menutup akuan media sosialnya kerana menerima kritikan pedas daripada netizen susulan perbuatannya itu.
Dia bukan sahaja mengganggu, malah menunjukkan tanda isyarat lucah terhadap promoter tersebut.
Edi Rejang mendakwa gadis itu memberi minuman tester arak jenama Carlsberg kepada pelanggan di pasar raya itu.
Namun gadis berkenaan menafikan dakwaan Edi dan menegaskan dia hanya mempromosikan minuman itu kepada pelanggan bukan beragama Islam.
Netizen menyelar tindakan biadab Edi yang sangat memalukan. Tidak kurang dengan itu, ada yang berjaya mencari identiti Edi terbabit lalu didedahkan kepada umum.
Edi yang juga mempunyai akaun Instagram itu kini diserang oleh netizen melalui ruangan komen di setiap gambarnya.
Lebih Malang Dibuang Kerja Serta Merta
Syafiq Sunny menceritakan di twitter miliknya @fiqsunny bahawa kawannya itu didakwa kena telah dibuang kerja serta merta selepas perbuatannya itu tersebar di media sosial.
Edi Rejang yang telah bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan juga dikatakan menangis teresak-esak mengadu hal itu kepada salah seorang rakannya.
Mohon Maaf Secara Terbuka
Edi Rejang itu akhirnya memohon maaf secara terbuka atas tindakannya yang tular di media sosial.
Dalam video lain yang dikongsi di Facebook oleh Syafiq Sunny, dia kini mengakui kesilapannya dan menyesali tindakannya.
Oleh itu, dia berharap isu itu tidak akan dipanjangkan oleh mana-mana pihak, kerana katanya, dia telah bertemu Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng dan juga meminta maaf kepadanya.
Edi menambah bahawa Lim memberitahunya yang satu pertemuan akan diatur dengan promoter itu.
Dalam reaksinya terhadap video yang tular itu, Lim membuat laporan polis mendesak langkah diambil untuk menangani ketegangan kaum di negara ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Itulah kerana mulut dan perbuatan kita tanpa disedari akhirnya badan yang binasa. Sebelum mengeluarkan kata-kata kesat dan perbuatan tidak senonoh, fikir dahulu, jangan sembrono sahaja bertindak.
Malaysia sudah baharu tetapi sikap masih lama. Diharap ia memberi pengajaran kepada orang ramai di luar sana supaya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan lelaki berkenaan.
Akui Tidak Rasis
Edi menyatakan bahawa dia bukan seorang yang bersikap perkauman.
Menceritakan kejadian itu, dia kata pada mulanya dia mahu membeli barangan runcit di pasar raya besar itu, sambil menambah bahawa dia melihat seorang wanita menawarkan sampel minuman keras kepada pembeli ketika dia berjalan di kawasan tersebut.
Katanya, bahagian non halal itu sempit dan melihat orang ramai berkumpul. Salahnya kerana tidak selidik terlebih dahulu sebelum membuat perbuatan itu.
Pelik juga, walaupun tidak tahu itu bahagian non halal, takkan tidak tahu minuman yang dijual itu non halal. Tindakan melulu itu akhirnya makan diri sendiri.
Akan Bertemu wanita Itu Mohon Maaf
Edi juga berkata bahawa dia berharap dapat bertemu wanita itu secara peribadi untuk meminta maaf.
Sementara itu, Lip Eng berkata dalam video tersebut bahawa beliau tidak pasti sama ada wanita terbabit menerima permohonan maaf berkenaan, tetapi menambah bahawa beliau akan menghubungi wanita itu untuk mendapatkan pandangannya mengenai isu ini
Tetapi rata-rata netizen pula mahu perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan memaafkan Edi kerana ia kesilapan pertama yang dilakukannya dan perlu dimaafkan.
Tambahan pula, dia sendiri telah mengakui kesilapannya itu dan ingin memohon maaf kepada wanita itu.
Bagusnya rakyat Malaysia yang berfikir matang dan mengharapkan negara dalam keadaan harmoni tanpa sentimen perkauman diwujudkan.
Isu sebegini tidak seharusnya berlaku. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, sikap hormat-menghormati antara satu sama lain perlu ada agar keharmonian negara dapat dicapai.
Disediakan Peguam Untuk Rekod Keterangan
Ahli Parlimen Kepong yang juga Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan Lim Lip Eng, berkata parti itu akan menyediakan peguam bagi mengiringi Edi untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Lim berkata, Edi telah berjanji untuk memberi kerjasama sepenuhnya dalam perkara itu.
Bagaimanapun, kata Lim ia bergantung kepada polis dan juga mangsa, sama ada untuk menyelesaikan perkara ini di luar mahkamah dan menerima permohonan maafnya.
Isu perkauman ini sepatutnya sudah hilang di zaman pemerintahan baharu ini. Ia tidak memberi apa-apa faedah pun kerana satu Malaysia mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum, dari Melayu, Cina dan India.
KATA ORANG
Dia dah minta maaf. Matter closed. Lets move on.
— Mohan 1967 (@1967_mohan) November 21, 2018
Manusia sama saja disisi Allah kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh, akan dapat tempat yg terbaik disyurga nnt. Wallahua'lam
— Paksu Pencen (@paksupencen) November 21, 2018
Paling2 dia kena kaunseling di balai polis,kemudian dilepaskan atas jaminan polis
— Serigala Rimba (@kiven_g) November 21, 2018
It's daylight act that involved one of their kind and you think they will want to represent him openly to challenge against. If they do come out and represent edy, then something must be wrong with them. A slap in the face for them.
— Black Hawk (@ktsk88) November 22, 2018