Sebut sahaja pelawak Achey, semua orang pasti mengenalinya bukan?
Disebabkan sekarang ini, negara kita dilanda fenomena ‘heat stroke’ atau strok haba berikutan cuaca panas yang akan melanda negara sehingga pertengahan April ini, ramai yang jatuh sakit sejak kebelakangan ini.
Termasuklah Achey, yang mendedahkan hidungnya sering berdarah sejak lebih sebulan yang lalu.
Menurutnya lagi, hidungnya akan berhenti berdarah apabila dia mendapatkan rawatan di kampung.
Namun, sekembalinya ke ibu kota, hidungnya akan kembali berdarah sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Rata-rata netizen menyifatkan Achey seperti sudah terkena buatan orang dan tidak kurang juga yang meminta dia supaya lakukan pemeriksaan doktor kerana berkemungkinan ada masalah pendarahan hidung.
Apa Penyebab Berlakunya Pendarahan Hidung?
Pendarahan hidung berlaku disebabkan salir darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Bagi kanak-kanak, masalah ini bukan sesuatu yang asing namun bagi yang dewasa, sekiranya pendarahan tanpa henti berlaku pada hidung, ia sama sekali boleh mengundang panik!
Kemudian, timbul cerita bukan-bukan dengan mendakwa diri terkena santau atau buatan orang walhal masalah itu disebabkan beberapa punca seperti kecederaan, udara terlampau sejuk atau kering, menghembus hidung dengan kuat, terlalu kerap bersin, jangkitan sinus dan kesan sampingan penyakit serius seperti ketumbuhan dalam rongga hidung.
Selain itu, cuaca panas juga boleh menjadi penyebab kepada terjadinya pendarahan hidung.
Pendarahan Teruk Berkemungkinan Boleh Dapat Gejala Kanser Hidung
Bagi mereka yang kerap kali mengalami pendarahan hidung, anda mungkin menyangka suhu badan terlalu panas menjadi penyebab berlakunya masalah itu.
Sangkaan anda itu adakalanya benar namun sebaliknya anda juga berpotensi untuk mendapat gejala Kanser Hidung.
Walaupun ia hanyalah masalah biasa tetapi sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa maut.
Selain itu, pesakit kanser hidung juga selalunya tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu memandangkan mereka cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat agak berbayang.
Malah, lelaki juga berisiko tinggi untuk menghidap kanser hidung dua kali ganda berbanding wanita.
Mereka yang telah menjangkau usia 50 hingga 69 tahun juga lebih terdedah kepada risiko kanser hidung disebabkan genetik keturunan, faktor pemakanan, terutama makanan yang diawet dengan kandungan garam tinggi seperti ikan masin dan sayuran jeruk serta jangkitan kuman Epstein-Barr Virus (EBV).
Apa yang paling penting, sekiranya pendarahan berlaku tanpa henti dan bertambah teruk, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mengetahui sebab pendarahan dan dapatkan rawatan susulan dan bukannya mendapatkan rawatan di kampung semata-mata.
Langkah Apabila Pendarahan Hidung Berlaku
- Bertenang. Ini perkara paling penting bagi memastikan anda melakukan perkara yang sepatutnya.
- Tundukkan kepala. Apabila anda dongakkan kepala anda ke atas, ia akan menyebabkan darah daripada hidung masuk ke salur pernafasan. Ini boleh mengakibatkan komplikasi lebih buruk berlaku.
- Tekan, compress atau pinch pangkal hidung anda. Ini akan memastikan pendarahan hidung berhenti.
- Letakkan ais pada bahagian dahi bagi mengurangkan pendarahan daripada terus berlaku.
- Lakukan langkah ini selama 15-20 minit. Jika pendarahan berkurang, lakukan sekali lagi.
- Jika tidak ada tanda-tanda pendarahan akan berhenti, segera ke hospital dan jangan cuba-cuba untuk memasukkan air ke dalam hidung bagi mencuci atau menghentikan pendarahan.
KATA ORANG
Panas badan yang keterlaluan boleh menyebabkan darah keluar melaui rongga hidung
— hamba_allah (@Ce77Pe) February 28, 2019
Kampung sejuk chey. Bandor paneh. Kamu ni xjmp doktor lagi cepat nau nau cakap terkena buatan org...
— pijotism (@ijah_steph) February 28, 2019
Jangan cara kampong saja, pertama sekali mesti pergi ke hospital, bila hospital dah bagitau semua ok atau tak tau apa punca lepas xray blood test bagai, baru lah cuba cara kampong, dalam bab ni rawatan hospital no 1, kampong no 2.
— Tok Paker (@Tokpaker) February 28, 2019
Pergi lah jumpa pakar ENT. Boleh buat scoop atau scan atau xray. Mungkin ada tisu nipis di dalam rongga pernafasan atau ada tanda2 tisu tak elok... mudah kata tanda awal barah hidung
— MZ6790 (@MZ67901) February 28, 2019