Pasti ramai pendeposit yang masih ternanti-nanti pengumuman hibah Tabung Haji (TH) bagi tahun 2018 kan?Β Jika mengikut tahun-tahun sebelum ini, pengumuman hibah TH kebiasaannya dimaklumkan pada bulan Februari. Β Nampak gayanya pengumuman kali ini agak lewat memandangkan beberapa penstrukturan yang dilakukan oleh pihak TH.
Prestasi TH Defisit Sejak 2017
Ia susulan TH mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion pada tahun 2017. Perkara ini berdasarkan pendedahan terbaru oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat pada Januari lalu.
Defisit yang agak tinggi disebabkan salah urus tadbir yang dilakukan oleh pengurusan tertinggi sebelum ini menyebabkan TH terpaksa diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari lepas bagi menambah baik tadbir urus dan organisasi.
Perkara ini turut dinyatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa. Beliau menambah, kerajaan memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pengumuman hibah dan bonus Tabung Haji bagi tahun 2018 selepas semakan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2018 dimuktamadkan.
Β
Β
Β
Β
Hibah Perlu Ikut Akta
Perkara ini sangat penting bagi memastikan pengagihan hibah yang akan dilakukan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Tabung Haji 1995 serta mengikut kemampuan kewangan yang ada.
Isu ini menjadi polemik apabila ramai di kalangan pendeposit mengharapkan akan ada dividen bagi setiap tahun. Walhal, jika diteliti peringatan yang terkandung dalam Buku Simpanan TH jelas tertulis pemberian hibah adalah berdasarkan konsep Wadiah Yad Dhamanah iaitu mengikut kemampuan kewangan TH pada tahun semasa.
Ini bermakna tidak menjadi satu kewajipan kepada institusi kewangan Islam tersebut memberikan hibah kepada pendeposit sekiranya rekod kewangan tidak memberangsangkan. Perkara ini yang perlu difahami oleh para pendeposit.
Pemikiran Masyarakat Hanya Mengharap Keuntungan
Mungkin disebabkan norma masyarakat yang berpendapat bahawa semua simpanan di institusi kewangan islam mesti mendatangkan hasil pulangan. Ini merupakan suatu norma yang tidak wajar dicontohi. Perlu diingat, TH bukan tempat untuk pelaburan tetapi tempat untuk simpanan bagi menunaikan ibadah haji. Β
Malangnya hampir setiap tahun, ada sahaja dalam kalangan pendeposit tidak berpuas hati dengan dividen TH, ada yang menganggap dividen yang diberikan tidak seiring dengan kenaikan kos sara hidup yang melanda. Maka kita pertanyakan kembali, apa tujuan kita membuka akaun TH?
Betulkan Niat Anda
Sekiranya niat pendeposit hanya mengharapkan keuntungan daripada TH, sila perbetulkan niat itu semula. Apa yang boleh dilakukan oleh TH ialah memanfaatkan simpanan pendeposit bagi menjana keuntungan seterusnya membantu umat Islam menunaikan haji dan umrah dengan subsidi yang minima.
Hakikatnya, niat mempengaruhi fikiran dan tindakan. Jika niat kita benar mencarum untuk tujuan ibadah, dividen bukanlah ukuran. Hubungan kita dengan TH adalah penyimpan, bukan pelabur. Sekiranya TH mampu memberikan hibah, anggaplah hibah yang diberikan itu sebagai bonus, bukan kemestian.
KATA ORANG
Selagi Tabung Haji x umum hibah, selagi tu la kite berada dalam bulan March..
— Mohd Azfar (@budakmaran) April 2, 2019
- 2019/03/33
Hibah Tabung Haji kemungkinan umum selepas PRK Rantau. Ni untuk kurangkan damage PH dalam PRK kali ni. Sekadar telahan politik semasa. Haha
— UNCLE (@aimnzzan) April 2, 2019
selamat pagi Atok @chedetofficial
— Mohd_Mazlan (@dents_mazlan) April 1, 2019
Hibah Tahunan Tabung Haji bilo nak Umum an.
sikit jer tuh...tak an la nak #klepet yo.
Atok jangan sentap lak...sey nanyo yo.
jangan lupo jago diet Atok.
ππππ baik untuk diet Atok.#Diktator pic.twitter.com/8HiVbfbngt
Sehingga hari ini @mujahidrawa masih gagal untuk mengumumkan jumlah hibah kepada pendeposit tabung Haji walaupun sudah memasuki bulan April.
— π²πΎGerakan Pengundi Sedar (@pengundi_sedar) April 1, 2019
Tahun 2016, beliau claim kelewatan dividen Tabung Haji. pic.twitter.com/8DJqUQGjdd