Isu kemalangan di jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan mahupun pejalan kaki pasti akan memberi kesan kepada pesalah apabila mereka akan menanggung kos yang besar untuk membayar ganti rugi mangsa, saman trafik dan kos membaiki kenderaan mereka sendiri.

Kerana itu, setiap pemiik kenderaan akan mengambil insuran bagi memastikan jika mereka terlibat dengan sebarang kemalangan mereka tidak perlu risau tentang kos yang perlu ditanggung.

Dalam setiap pemandu mencuba sedaya upaya untuk mengelak kemalangan daripada berlaku tapi malangnya ada beberapa buah negara yang penduduknya sengaja mereka-reka kemalangan kerana melihat ia sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang.

Lihat sahaja bagaimana di China, ramai rakyat mereka seolah-olah sudah hilang tahap kewarasan apabila sanggup mencederakan diri sendiri demi mendapatkan wang pampasan.

Bagi ramai yang mungkin tidak tahu bahawa mangsa kemalangan boleh menuntut sejumlah pampasan dari orang yang melanggar malah di negara China, pesalah yang terlibat di dalam kemalangan diwajibkan perlu membayar keseluruhan kos perubatan mangsa.

Kerana ini jugalah banyak berlakunya kes langgar lari di sana kerana tidak mahu menanggung kos perubatan mangsa yang dilanggar.

Sumber : ALLTIME

Dan terbaru, seorang rakyat Singapura turut berkongsi perkara yang sama apabila dia berdepan dengan situasi dimana salah seorang penduduk sana cuba menggunakan helah pura-pura dilanggar untuk memeras ugut mangsa.

Namun, helah tersebut tidak berjaya kerana terdapat kamera di dalam kereta mangsa yang berjaya merakam situasi keseluruhan.

Ketika kejadian, penipu berkenaan juga dilihat cuba meminta 300 USD jika ingin selesaikan insiden tersebut disitu segera, namun tidak dilayan pemandu berkenan.

Modus operandi yang digunakan ialah sama seperti yang digunakan di negara-negara lain dan itu juga menjadi punca mengapa ramai yang memilih untuk memasang kamera agar tidak mudah terperangkap dengan helah moden ini.

 

Rupanya Ada Sindiket Yang Terlibat

Bercakap tentang penipuan insuran, pasti ramai yang tidak tahu di Malaysia juga ada pelbagai sindiket penipuan insuran dan socso yang dilakukan demi kepentingan diri sendiri.

Malahan aktiviti-aktiviti penipuan ini turut dibantu oleh orang dalaman samada dari badan kerajaan mahupun swasta dan dibayar dengan upah yang cukup tinggi.

Seperti sebelum ini, pernah dilaporkan beberapa buah hospital swasta disahkan memalsukan rekod kesihatan pesakit mereka, membantu mereka mendapatkan wang pampasan malah terdapat dakwaan pemalsuan tuntutan insurans bernilai RM2.4 juta melalui syarikat insurans dan Socso oleh seorang pengerusi badan kebajikan sebelum ini.

Seperti juga di negara China, setakat 2018 terdapat 92 buah hospital disahakan terlibat aktif dengan pemalsuan tuntutan insuran dan sedang berada di dalam siasatan pihak polis.

 

Penting Pasang Dashcam

Penggunaan ‘dashcamera’ dilihat sangat penting dan merupakan keperluan lebih-lebih lagi dengan tahap kemalangan yang semakin meningkat dan isu melibatkan jenayah di jalan raya juga semakin menjadi-jadi.

Selain dapat merakam sebarang kemalangan yang berlaku, ‘dashcamera’ turut berfungsi sebagai mata-mata dan bahan bukti jika terjadi sesuatu yang tidak diingini sama ada kepada pemandu mahupun kenderaan itu sendiri.

Dengan harga yang mampu milik, semua pemandu kenderaan wajar mempertimbangkan pemasangan ‘dashcamera’ ini di dalam kereta mereka.

 

Rakyat Malaysia Tolong Jangan Terpengaruh

Tindakan sesetengah individu yang sanggup mendedahkan diri mereka kepada bahaya hanya kerana wang dilihat sangat tidak wajar.

Namun disebalik kegilaan tersebut adakah kerana kemiskinan dan kesusahan hidup menyebabkan mereka terpaksa berbuat demikian?

Syukur di Malaysia, masih belum pernah kita mendengar penipuan seperti ini berlaku, namun adakah ianya mustahil?

Dan sejujurnya, tidak mustahil perkara-perkara seperti ini akan turut berjangkit ke pemikiran sesetengah rakyat kita, lebih-lebih dengan tekanan hidup dan kos sara hidup yang menjulang tinggi. Helah seperti ini mungkin akan dilihat sebagai jalan pintas demi mencari sesuap nasi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN