Dalam program bual bicara pilihan raya kecil (PRK) Rantau ‘Apo nak Dikato’, penyanyi Hattan menyatakan jemputan untuk menyanyi semakin kurang selepas Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat sebagai kerajaan baharu pada PRU-14 yang lalu.

Sumber: Iluminasi

Ekonomi Lemah Sebab Kerajaan PH

Dalam kenyataan Hattan itu jelas menunding jari ke atas kerajaan PH.

Kata Hattan, dirinya ‘menderita’ akibat ekonomi negara yang didakwanya tidak memberangsangkan selepas kerajaan PH tadbir negara ini.

Hattan berkata ini ditunjukkan dengan berkurangnya majlis makan malam syarikat korporat.

Jelasnya, kebanyakkan artis bergantung kepada permintaan persembahan makan malam syarikat korporat.

Zaman BN Masyuk

Hattan dalam pada itu berkata pada satu ketika dahulu bayaran untuk persembahan majlis syarikat korporat boleh mencecah sehingga RM7,000, tetapi sekarang mendapat bayaran RM1,000 sudah dikira cukup bagus.

Sumber: FB Umno Online

Sementara itu, penyanyi veteran, Malek Ridzuan turut bersetuju masalah ekonomi merupakan faktor dunia seni tidak dapat berkembang besar.

Katanya, era pemerintahan BN, anak seni diperuntukan sebanyak RM3 juta.  

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cukup Sampai Di Sini itu berkata Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM 30) yang diadakan baru-baru ini juga tidak semeriah ketika era pentadbiran BN.

Katanya, sewaktu pemerintahan BN, dia pernah diberi bajet RM800 ribu untuk melakukan FFM.

Zaman PH, Artis Lebih Teruk

Hattan berkata, pemerintahan kerajaan sekarang banyak syarikat korporat tidak memanggil artis untuk buat persembahan kerana kemerosotan ekonomi yang semakin teruk hari ini.

Sumber:Anas Alam Faizli

Adapun majlis kecil, artis tidak lagi mendapat apa-apa jemputan. Ramai artis terpaksa meneruskan hidup mencari pekerajaan lain.

Didakwa kerajaan PH tidak membela anak seni seperti mereka. Tetapi, adakah mereka lihat apa puncanya? Adakah salah kerajaan mereka tidak ada tawaran dalam dunia seni?

Artis Dan Politik

Kita lihat semakin ramai artis yang melibatkan diri di dalam bidang politik. Malah, ada dalam kalangan mereka secara terbuka menyokong parti pilihan mereka.

Sumber:astroawani

Mereka juga seolah-olah seperti ahli politik apabila meluahkan pandangan serta cadangan mereka. Ada yang melibatkan diri dalam politik dan menyatakan sokongan kepada sesebuah parti kegemaran mereka sebagai bentuk untuk melobi.

Melobi ini penting untuk menjaga periuk nasi masing-masing. Memerlukan projek daripada parti pemerintah.

Ada juga pimpinan politik ini yakin artis mampu mempengaruhi jumlah undi sesebuah parti namun ia masih terletak kepada populariti dan kewibawaan artis tersebut.

Sekiranya tampuk pemerintahan berubah, golongan artis merasakan ia tidak akan memberi kesan kepada dunia hiburan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, mampukah selebriti mempengaruhi keputusan dalam setiap pilihanraya?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN