Sekiranya anda bercadang untuk melancong ke Thailand, anda dinasihat untuk lebih berhati-hati atau mengurangkan aktiviti pelancongan ke negara berkenaan buat ketika ini berikutan penularan virus Chikungunya yang sedang melanda Hatyai ketika ini.
Perkara itu disahkan oleh media tempatan Thailand yang melaporkan virus tersebut telah menyebabkan puluhan pesakit mendapatkan rawatan di klinik di bandar berkenaan.
Malah apa yang merisaukan, negeri Perlis merupakan kawasan yang paling hampir dengan Thailand di mana kedatangan pelancong dari kedua-dua negeri ini di pintu sempadan negara juga perlu diperiksa bagi mengawal penularan wabak penyakit itu daripada merebak.
Apa Itu Wabak Chikungunya?
Mungkin ada yang keliru akan wabak Chikungunya yang dikatakan sama seperti wabak denggi.
Namun, kedua-dua wabak ini sebenarnya berkait rapat sesama sendiri yang mana Chikungunya juga adalah penyakit bawaan nyamuk aedes albopictus atau aedes aegypty.
Malah, wabak penyakit ini juga merebak melalui nyamuk Aedes yang juga menyebabkan demam denggi.
Kebiasaannya, pesakit Chikungunya dan denggi akan mengalami demam panas, namun mereka yang dijangkiti Chikungunya turut mengalami kesakitan pada bahagian badan.
Manakala wabak denggi, tanda ruam kebanyakannya muncul di bahagian tangan, muka, bahu dan lutut.
Bagi simpton wabak Chikungunya, ia kebiasaannya bermula dengan demam yang teruk dalam tempoh dua hingga empat hari malah mengambil masa selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan untuk sembuh.
Manakala wabak denggi pula, simpton tersebut akan muncul dalam tempoh tiga ke empat hari selepas jangkitan dan berkurangan kira-kira tiga hingga empat minggu dengan mendapatkan ubat dan rehat yang secukupnya.
Bagaimana Mencegah Chikungunya dan Denggi?
Walaupun, peratus untuk pesakit Chikungunya berhadapan dengan maut agak rendah berbanding dengan wabak denggi tetapi orang ramai tetap perlu menjaga persekitaran agar rumah atau kawasan kerja dalam keadaan bersih tanpa sebarang takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan jentik-jentik.
Sekiranya anda kerap sibuk sehingga tiada masa untuk membersihkan kawasan sekitar, mungkin anda boleh luangkan masa sekurang-kurangnya dalam dua hingga ke tiga jam pada hujung minggu untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah terutamanya kawasan semak yang sering menjadi sarang nyamuk.
Sebagai kesimpulan, wabak Chikungunya merupakan satu isu yang perlu dipandang serius dalam negara kita kerana ia adalah satu penyakit berjangkit yang boleh membawa maut sekiranya tidak diubati.
Jadi, adalah perlu untuk semua pihak yang berkaitan melalui kerjasama semua anggota masyarakat bagi mengelak wabak penyakit ini daripada masuk ke dalam negara walaupun sebelum ini wabak itu sudah pernah melanda negara.
KATA ORANG
AWAS sesiapa mahu ke Thailand ,wabak Chikungunya di wilayah itu baru-baru ini khususnya Hatyai.
— Herbamasbiz (@Herbamasbiz) January 14, 2019
Ha’a tahu. Dorg pesan dh balik kene g check kalau demam
— eirazuraini_. (@eirazuraini) January 14, 2019
sapa hat rajin masuk siam tu jaga2 kena demam ni mau sakit urat abis https://t.co/aKyaapSjcx
— NORSHAMSHIDA LIHANA (@lihana_solli) January 15, 2019