Tular di media sosial apabila seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Iskandar mendedahkan ada sindiket memberi wang palsu RM100 kepada peniaga tepi jalan.

Sumber:kulihatlangitbiru.com

Dia yang juga salah seorang mangsa menceritakan didatangi oleh seorang wanita berbaju kebaya berwarna hijau yang menaiki sebuah kereta Toyota Vios, mahu membeli ayam goreng di gerainya.

Dalam keadaan kelam kabut kerana ketika itu pelanggan sedang ramai,dia dikatakan tidak sempat untuk memeriksa wang yang diberikan. Selepas wanita itu pergi, barulah dia perasan yang wang diberikan sebenarnya adalah palsu.

 

 

Wanita Itu Juga Lakukan Taktik Yang Sama Di Gerai Lain

Menurut Iskandar, selepas sedar dirinya tertipu, dia cuba mencari kereta yang dinaiki wanita itu bersama seorang lelaki di kawasan berdekatan dan akhirnya berjaya menemui kereta tersebut di sebuah kedai keropok dekat Meraga Beris, Kijal.

Ketika cuba menahan wanita berkenaan, wanita itu terus memecut laju selepas menyedari mereka berjaya dikesan.

Iskandar kemudiannya pergi semula ke kedai keropok tersebut dan sah mereka juga menerima wang RM100 palsu.

Ambil Kesempatan Atas Peniaga Tepi Jalan

Sehubungan itu, Iskandar menasihati para peniaga di sekitar Kemaman supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima wang besar daripada pelanggan yang tidak dikenali agar kejadian yang menimpa dirinya tidak berlaku kepada orang lain.

Sumber:Usahawan.com

Musim perayaan ini bermacam-macam ragam manusia dapat kita perhatikan. Ada yang sanggup ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Isu duit palsu ini bukan sahaja berlaku di Kemamam, tetapi negeri lain juga turut dilaporkan berlaku perkara yang sama. Ini taktik atau sindiket cuba menipu peniaga yang tidak mempunyai mesin pengimbas ketulenan wang kertas.

Buat Laporan Polis Bukan Tular Sahaja

Mengambil maklum kes berkenaan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd Haki Hasbullah berkata bagi mengelak perkara itu berterusan, mereka yang terlibat dinasihatkan membuat laporan polis.

Sumber:Utusan

Beliau berkata walaupun mengalami kerugian, sehingga 10 malam semalam, kebanyakan mangsa terlibat masih tidak membuat laporan polis.

Haki berkata pihak polis memandang serius kes melibatkan penggunaan wang palsu, dan beliau menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Insiden tersebut mendapat perhatian ramai dan dikatakan kejadian sama menimpa ramai peniaga di daerah berkenaan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN