Sekarang ini, kesalahan menghina agama dan bangsa dilihat semakin menjadi-jadi di negara kita.
Bermula daripada kes menghina agama Islam, Agong sehinggalah tuduhan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aishah, ada sahaja individu tidak bertanggungjawab sengaja memuat naik komen serta karikatur yang berunsurkan penghinaan.
Tidak kira komen itu dilihat hanya sekadar suka-suka, namun sekiranya apa yang ditulis atau dikongsi itu boleh menimbulkan syak wasangka mahupun kemarahan sesuatu kaum, ianya boleh dikategorikan sebagai satu penghinaan dan wajar untuk dikenakan tindakan undang-undang.
Perkara itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang mahu kesalahan menghina agama ini dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) yang akan dibentangkan ke Kabinet, sebelum usul pindaannya dibawa pada sidang Dewan Rakyat, bulan depan.
Malah, rakyat Malaysia secara keseluruhannya memuji serta mendesak kerajaan untuk menyegerakannya memandangkan kes penghinaan dan tindakan menyuntik kebencian terhadap agama di negara ini semakin mendadak.
Â
Bukti Kerajaan PH Komited Tangani Kebencian Kaum Dan Agama
Tidak kira bangsa atau agama mana sekalipun, sebagai masyarakat yang berbilang bangsa, perkara yang mempunyai unsur penghinaan perlu ditegah sama sekali.
Melihat kepada berleluasanya kes penghinaan pada masa kini, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan menghina.
Walaupun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini dilihat lebih terbuka berbanding kerajaan terdahulu, janganlah anda memperguna atau mengambil kesempatan di sebalik kebebasan yang diberikan itu dengan melakukan perkara-perkara yang disifatkan melampau!
Jadi, sebelum perkara tersebut mengundang kemarahan masyarakat dan berulangnya tragedi 13 Mei 1969, ada baiknya kesalahan menyuntik kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama diletakkan di dalam kanun keseksaan ini.
Â
Jenis Tindakan Undang-Undang Kepada Mereka Yang Menghina Agama
Mana-mana individu yang didapati menghina agama serta mengeluarkan kata-kata penghinaan terhadap sesuatu kaum itu pasti tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang.
Baik yang menghina Agong mahupun institusi diraja sekalipun tidak akan terlepas dengan tindakan undang-undang, inikan pula mereka yang menghina Nabi Muhammad secara keterlaluan.
Sebelum ini, kita mempunyai tiga akta baru iaitu Akta Kebencian Agama dan Kaum, Akta Anti Diskriminasi dan Akta Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian dengan mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang didapati bersalah melakukan provokasi, boleh dipenjarakan selama 7 tahun dan denda sehingga RM100,000.
Pun begitu, masih ada individu dilihat tidak takut dengan tindakan undang-undang sebegini yang menyebabkan kerajaan membawa perkara tersebut ke Kabinet dan Parlimen supaya ia dimasukkan ke dalam Kanun Kesesaksaan peringkat nasional.
Diharap selepas ini, apabila kesalahan ini dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan, ianya dapat memberi peringatan kepada orang ramai yang mana selepas ini mereka yang didakwa bersalah bakal menyaksikan hukuman lebih berat selain proses pendakwaan termasuk operasi prosedur standard (SOP) pembuktian di mahkamah.
KATA ORANG
Slow nk tuggu pinda gila apa...ambil tindakan dengan undang2 yang ada dulu yb
— #EngkauSiapa (@FreeNajib2018) February 27, 2019
Boleh pinda. Tapi bila nanti diwartakan undang tu jgn berat sebelah bila yg majoriti tu yg mengancam minoriti tapi tidak diambil tindakan.
— Black Hawk (@ktsk88) February 27, 2019
Alhamdulillah....150% sokong. Ini baru la menteri!!! Harap lps ni ni semua hormat agama orang lain.
— Johny Wu (@TokDaddy69) February 27, 2019
Yg ni satu2nya baru aku setuju dgn statament kau.. Yg lain tu semua ke laut..
— rentong (@Ideal08562286) February 27, 2019